Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 02, 2010

Namewee tak bersalah - Nazri. Era kerajaan lebih tahu segalanya belum berakhir !

Kita semua tahu bahawa ramai di antara rakyat Malaysia khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap blogger rasis tak rasis iaitu Namewee yang telah banyak kali menimbulkan kemarahan dikalangan masyarakat Melayu terutamanya apabila beliau seringkali muncul dengan berbagai-bagai karya yang ternyata menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kaum Melayu juga Bumiputera lainnya.

Desakan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang mewakili kaum Melayu serta Pribumi lainnya kepada kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab di dalam soal menjaga keharmonian dan ketenteraman dalam negara bukanlah bertujuan untuk mengajar kerajaan supaya bertindak tidak adil kepada Namewee tetapi lebih kepada usaha untuk melihat kerajaan lebih tegas di dalam mencegah segala perbuatan yang akhirnya jika tidak dibendung lebih awal pasti akan memudaratkan kestabilan negara dalam tempoh masa yang sangat panjang.

Sebelum ini kita telah terpukau dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri YAB DS Najib bahawa bermula dari zaman pentadbiran beliau 'era kerajaan lebih tahu segala-galanya sudah berakhir' dan kita tentu gembira dan bukannya bermakna kita berharap yang kita hendak mengajar kerajaan tentang serba-serbinya tetapi memadailah bagi kita apabila ada sesuatu yang kita mahu kerajaan buat maka kerajaan akan beri perhatian tetapi malangnya apabila dalam masa yang sama perkara kita bawa kepada kerajaan diletak balik ke atas bahu kita untuk menyelesaikannya dan ini seolah-olah menggambarkan yang kerajaan mahu lepas tangan dari terlibat dalam sesuatu isu itu.

Dalam isu klips video NAMEWEE misalnya, cuba kita perhati betul-betul alasan yang telah dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB DS Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz beberapa hari yang lalu. DS Nazri kata Namewee tidak bersalah dan yang bersalah maksudnya ialah kita dan semua mereka yang mahu Namewee dibawa kemuka pengadilan kerana kita tidak tahu juga tidak memahami undang-undang negara dan tidak tahu tentang bagaimana prosedur-prosedur yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan boleh dianggap sebagai salah ataupun sebaliknya.

Dalam isu Namewee ini apakah kerajaan tidak mahu mengambil pendekatan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' apabila membiarkan saja Namewee terus dengan cara beliau tanpa sebarang tindakan pencegahan dibuat agar beliau sedar bahawa hidup di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang punya kaum beraneka bangsa hendaklah tahu erti bagaimana hendak menghormati adat resam dan budaya kaum lain dan bukannya sesuka hati membuat perkara tertentu yang boleh melukakan hati kaum lain tanpa menoleh ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, ke atas dan ke bawah.

Sebagai rakyat kita bukannya hendak mendesak sangat kerajaan untuk bertindak lebih jauh terhadap Namewee berbanding perbuatannya tetapi adalah cukup untuk beliau diberi pengajaran yang setimpal dengan apa yang pernah dia buat agar ianya akan menjadi satu iktibar untuk beliau dan juga kepada mereka-mereka yang lain supaya tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan yang sememangnya tidak wajar dilakukan oleh sesiapa saja yang mengaku diri sebagai rakyat serta warga Malaysia.

Tuhan, selamatkanlah Malaysia daripada tangan-tangan manusia yang suka berbuat dusta...
...hindarkanlah kami seluruh rakyat Malaysia termasuk semua penyokong-penyokong pembangkang yang belum insaf dan sedar dari berketuakan pemimpin seperti mereka dalam Pakatan Anugerah Pembangkang ! ...jauhilah kami rakyat Malaysia daripada pemimpin-pemimpin seperti Anugerah Anwar Ibrahim, Anugerah Lim Kit Siang, Anugerah Nik Aziz Nik Mat, Anugerah Karpal Singh, Anugerah Wan Azizah, Anugerah Azmin Ali, Anugerah Mahfuz Omar, Anugerah Saifuddin Nasution, Anugerah Zuraidah Kamaruddin, Anugerah Khalid Samad, Anugerah Khalid Ibrahim, Anugerah Lim Guan Eng, Anugerah Hadi Awang, Anugerah Nizar Jamaluddin dan ramai lagi para anugerah lainnya! Amin.

Tiada ulasan:

Arkib Blog