Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 04, 2010

DS Chua Soi Lek sudah pulih dari igauan 'Perlembagaanaphobia' !

'Believe it or not' ...cehhh!!! Mau percaya atau tidak apabila saya katakan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik atau dalam ertikata lainnya beliau sudah boleh memahami dengan lebih mendalam apa sebab kaum Melayu dan Bumiputera yang waras begitu kuat dalam mempertahankan semua perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta beliau juga sudah mengerti apa itu konsep 1Malaysia sebuah gagasan yang dipandu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya terbaca satu kenyataan terbaru yang dibuat oleh DS Chua berhubung dengan dua perkara berkenaan iaitu mengenai Perlembagaan Malaysia dan juga Gagasan 1Malaysia dalam akhbar arus perdana iaitu Utusan Borneo keluaran hari Rabu, 1 Disember 2010 dalam ruangan fokus. Antara percaya dengan tidak saya apabila melihat tajuk artikel berkenaan namun setelah saya membaca berulang-kali barulah saya yakin yang kenyataan oleh DS Chua itu dibuat beliau ketika berada dalam keadaan sedar dan bukan lagi saat beliau mengigau.

Marilah kita sama-sama membaca apakata DS Dr Chua Soi Lek ketika ditemui oleh wartawan Bernama untuk mengetahui pendirian terkini beliau tentang Perlembagaan Malaysia yang kini mula hangat diperkatakan gara-gara tindakan Presiden PKR Wan Azizah dan suami anugerah Tuhan kepadanya iaitu Anwar Ibrahim untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu di negara ini...

JANGAN ADA PEMIKIRAN UNTUK UBAH PERLEMBAGAAN: Soi Lek
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan rakyat supaya jangan mempunyai pemikiran untuk mengubah apa yang tertera dalam perlembagaan kerana ia hanya boleh diubah oleh Yang DiPertuan Agong.

Katanya ramai orang mempunyai salah faham mengenai maksud sebenar konsep 1Malaysia seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri.

"Maksud 1Malaysia ialah kerajaan akan melayan semua rakyat dengan adil dan saksama mengikut apa yang disediakan dalam perlembagaan...anda tidak boleh terpesong dari perlembagaan," katanya ketika bertemu dengan peminat 'Facebook'nya di Kelab Golf Tropicana dan Resort disini, malam kelmarin.

Di bawah perlembagaan katanya, semua rakyat Malaysia mempunyai hak kepada pendidikan, kebebasan beragama dan kebudayaan.

"Walaupun orang Cina adalah warganegara, di Malaysia mereka bukan diasimalasi seperti mereka di Indonesia, Thailand dan Filipina. Anda mengekalkan nama Cina anda, anda mungkin warganegara tetapi anda tidak diasimilasikan. Anda ada apa yang kita panggil integrasi dan bukan asimilasi," katanya.

Oleh itu, katanya bagi mencapai parti bukan berasaskan perkauman atau negara, ia mungkin mengambil masa daripada dijangkakan.

"Saya ingin katakan tidak ada parti tunggal dalam negara yang bukan perkauman. Jadi perkauman akan wujud untuk satu ketika tetapi kita berharap sebagai negara yang menuju era kemajuan dan rakyat Malaysia menjadi lebih berpendidikan dan yakin dalam kehidupan harian dan interaksi perkauman, kita boleh merealisasikan sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama

Syabas ! kepada DS Chua kerana berjaya mengubah persepsi diri tentang perkara-perkara yang perlu dilindungi.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..SO LEPAS NI KLU DIA USIK ATAU 'MENGIGAU' LAGI PSL PERLEMBAGAAN JGN SALAHKAN ORG LAIN PULAK! HUHUHU

hilbert berkata...

Ye lah bro, kini DS Chua seperti sudah sedar dan lepas ini janganlah pulak dia ungkit2 benda yg bukan2 pulak hehe

Arkib Blog