Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 15, 2010

Autonomi: janji PKR jelas untuk memisah Sarawak dari Malaysia !

Sejak Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali yang menang jawatan tersebut melalui proses 'balingkerusi' pada Kongress parti berkenaan baru-baru yang baru saja bertandang ke Sarawak dengan membawa satu janji yang paling tidak masuk akal bagi saya iaitu akan memberikan 'kuasa autonomi' atau kuasa penuh untuk mentadbir kerajaan negeri Sarawak kepada kepimpinan negeri jika Pakatan Haram berjaya menumpas kerajaan yang sedia ada ketika ini pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Ada satu lagi janji manis Azmin Ali sewaktu beliau hadir pada satu majlis makan malam pra-krismas di Bintulu beberapa hari yang lepas iaitu atas cadangan pihak parti DAP Sarawak maka PKR Sarawak setuju untuk menamakan Baruk Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dengan gelaran yang sedang direka iaitu 'Chief Minister in The Making' seandainya impian dan angan-angan gila mereka untuk berkuasa di Bumi Kenyalang berjaya dicapai kelak.

Mengenai janji utama mereka tentang pemberian 'kuasa autonomi penuh' kepada kerajaan negeri iaitu sekiranya Pakatan Haram berjaya atau berupaya menubuh kerajaan Persekutuan mereka secara mutlak di negara ini nanti maka janji mereka sebelum ini memang wajib untuk ditunaikan kepada kerajaan negeri yang terbabit dan apabila kuasa penuh sebagaimana yang telah dijanjikan itu sudah diberi dan berada dalam genggaman pemimpin kerajaan negeri tersebut maka ini bermakna kerajaan pusat yang sepatutnya mempunyai kuasa lebih luas daripada semua kerajaan negeri yang bersekutu didalamnya sudah tidak punya apa-apa lagi kuasa ke atas kerajaan negeri yang berkenaan yang mana kerajaan negeri telah ada kuasa penuh untuk mentadbir sendiri negeri mereka tanpa memerlukan sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat sepertimana kelazimannya.

Ringkasnya, apabila mula berlaku keadaan yang sedemikian dalam hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat pada ketika itu sudah tentulah akan timbul pula perkara lain yang pasti akan terus menyusul dari belakang satu demi satu sehingga akan berlakunya keratakan hubungan antara kedua pihak dan sekiranya keadaan sudah mula semakin sukar untuk diatasi, apakah jaminan yang dapat diberikan bahawa Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara dan Sarawak akan tetap terus berada bersama-sama dengan Malaysia ?

Apakah ada jaminan lain daripada Azmin Ali khususnya dan PKR amnya bahawa Malaysia tidak akan berpecah pada akhirnya andaikata Pakatan Haram berkuasa di negara ini dan janji-janji seumpamanya juga mereka telah penuhi kepada semua kerajaan-kerajaan negeri dalam negara ini ? Saya melihat tindakan yang paling tidak bertanggungjawab Azmin Ali ini dengan menjanjikan perkara yang bukan-bukan kepada penduduk Sarawak mungkin ada dikalangan para pemimpin BN sendiri dan juga sesetengah pihak memandangnya sebagai perkara remeh namun mereka lupa seandainya benar-benar ditakdirkan perkara itu akan berlaku adakah pada masa itu barulah kita semua perlu bangkit bertindak untuk menyedarkan diri masing-masing betapa bahayanya percubaan yang telah Azmin Ali buat yang mana jika tidak dicegah dengan segera pasti akan memudaratkan kestabilan di negara ini sehingga boleh menyebabkan Malaysia akan berpecah-belah sebagaimana yang pernah terjadi ke atas bekas Negara Soviet Union yang menyaksikan negara berkenaan runtuh setelah banyak wilayah-wilayah menuntut kemerdekaan sendiri daripada kerajaan Soviet yang kini dikenali sebagai Russia.

Mengenai janji Azmin Ali atau PKR untuk melantik Baruk Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika mereka berkuasa kelak, saya melihat betapa pimpinan tertinggi PKR serta DAP sangat tidak memahami keadaan di Sarawak termasuklah berkenaan dengan rakyat Sarawak sendiri. Mereka tidak tahu bahawa Baruk Bian ada datang dari suku kaum yang paling minoriti di negeri Bumi Kenyalang yang hanya terdapat di bahagian utara negeri Sarawak dan kaum ini pada dasarnya tidak mahu digolongkan dalam kumpulan Dayak atas sebab-sebab yang tertentu maka itulah mereka lebih senang dikenali sebagai masyarakat Lun Bawang.

Masyarakat Dayak pula dimana kaum Iban yang mendominasi masyarakat berkenaan merupakan kaum majoriti di Sarawak namun sikap mereka yang suka berpuak-puak dan sukar untuk bersatu menyebabkan mereka lemah dari segi kuasa tidak seperti kaum Bidayuh yang menjadi majoriti kedua terbesar dalam komuniti Dayak, mereka ini walaupun kurang memiliki semangat bersatupadu dikalangan sesama mereka namun dalam soal sokongan kepada kerajaan BN kaum Bidayuh sepatutnya dipuji dari segi kesetiaan mereka terhadap Barisan Nasional.

Dan kaum Melayu, Melanau serta Kedayan yang mempunyai identiti yang tersendiri sebagai sebahagian daripada rakyat negeri Sarawak mempunyai semangat berkerjasama sesama mereka dan jarang menampilkan suasana perpecahan dalam kumpulan masing-masing kepada umum dan lebih selesa memilih dengan cara berbincang dan ketiga-tiga kaum ini mempunyai banyak persamaan baik dari segi adat atau amalan hidup serta tempat kediaman tidak jauh berbeza diantara satu dengan yang lain dan sekiranya mereka bersatu maka sudah pasti mereka akan memiliki kuasa yang lebih kuat lagi di negeri Sarawak.

Oleh itu sekiranya Baruk Bian menyimpan impian untuk ke Petra Jaya, maka teruskan saja...PKR harus sokong dia dan begitu juga Anwar Ibrahim yang punya impian untuk ke Putra Jaya...teruskan saja...TETAPI ada satu perkara yang harus selalu diingat, jangan disebabkan hanya kerana untuk mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup pula untuk meruntuh dan memusnahkan segala apa yang telah Malaysia ada dan capai selama ini !

3 ulasan:

Agent X berkata...

Bang, kalau tak silap tindakan membawa atau menjurus kepada pemisahan negeri dari persekutuan adalah satu kesalahan besar mengikut perlembagaan dan undang-undang negara. Tapi, undang-undang tinggal undang2 kerana ada orang masih tidur.

hafez j malim berkata...

salam hilbert

ini perkara yang paling say takuti sejak dahulu lagi... bersama kita berdoa supaya perkara ini terhindar

hilbert berkata...

Iya Aisanda,

undang2 jelas melarang tetapi malangnya tidak ada seorangpun wakil rakyat BN Sarawak yg ambil peduli mengenainya :-(

Hafez,

Siapa saja akan merasa sangat kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang sudah semakin berani untuk mengajar rakyat untuk menjadi kurang ajar.. sial betul !

Arkib Blog