Sejak akhir-akhir ini terdapatnya cubaan darpada pihak tertentu untuk menimbulkan suasana keresahan dikalangan rakyat berbilang kaum di negeri Sarawak terutamanya apabila dikala bahawa kononnya pilihan raya negeri akan diadakan awal mula ditimbulkan. Usaha oleh golongan ini seakan-akan cuba untuk mengeruhkan hubungan diantara kaum yang mendiami Bumi Kenyalang.
Sasaran utama golongan yang tidak bertanggungjawab ini ialah kaum Melanau. Kaum Melanau yang pernah satu ketika dilabel oleh sesetengah pihak sebagai Yahudi Asia Timur, hanya disebabkan jumlah yang kecil iaitu sekitar 200,000 orang namun telah memimpin kaum-kaum yang majoriti yang jumlahnya jauh lebih besar daripada kaum Melanau itu sendiri.
Perkara seperti itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan jika semua pihak di Sarawak ini dapat melihat dengan teliti serta memahaminya dengan baik bagaimana keadaan di negeri Sarawak ini sebelum dan sehingga kini iaitu semasa pentadbiran Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, cuba ingat apa perkara yang mula sekali telah dilakukan oleh beliau sewaktu mula mengambilalih jawatan ketua menteri daripada YABhg Tun Rahman Yaakub iaitu bapa saudara beliau.
Namun demi perjuangan untuk membersihkan Sarawak dari penyakit rasuah, kroni dan apa jua kegiatan yang boleh membantutkan segala perancangan oleh kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyatnya serta membangunkan ekonomi Sarawak dengan cara yang sungguh telus dan bersih maka YAB Ketua Menteri telah bertindak nekad tanpa mengira siapa mereka didalam pentadbiran kerajaan yang menjalankan urusan atau mempunyai hubungan juga kepentingan didalam syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ketika itu harus dikenakan tindakan tatatertib serta ada diantara syarikat-syarikat yang operasinya terpaksa ditutup setelah didapati sebilangan ahli politik terlibat sama dalam urusan syarikat.
Tindakan tegas YAB Pehin Sri Taib ini iaitu ketika mula menjawat jawatan sebagai Ketuan Menteri memang tidak disenangi ramai pemimpin tertentu dalam BN ketika itu dan tindakan berani beliau untuk membersihkan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak dari gejala yang tidak sihat seperti rasuah serta pemilikkan saham kosong oleh sekelompok pemimpin yang biasa diamalkan dalam kerajaan yang terdahulu inilah yang menyebabkan pemberontakan terhadap beliau sehingga membawa kepada "Peristiwa Ming Court Hotel 1987" di Kuala Lumpur untuk menjatuhkan beliau serta-merta.
Saya tidak berniat untuk menulis mengenai peristiwa itu namun ianya tetap selalu akan diingat oleh rakyat Bumi Kenyalang sebagai satu peristiwa hitam dalam sejarah politik Sarawak dan saya masih ingat bagaimana hampir keseluruhan rakyat Sarawak ketika itu terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak yang kecewa yang memfitnah Pehin Sri Taib dengan berbagai cerita sehingga di daerah Dalat ketika itu saya dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana penduduk memulau kehadiran Pehin Sri Taib malah ada yang sudah termakan dengan hasutan sanggup mencemuh dan mencaci Pehin Sri ketika beliau melintas didepan sekumpulan orang iaitu semasa siri penjelahan Ketua Menteri untuk menerangkan isu berkenaan kepada rakyat.
Kepada rakyat Sarawak seluruhnya, cukuplah. Kita semua harus menyahut seruan yang baru saja dibuat oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kita pada Perhimpunan Agung UMNO yang ke-61 baru lalu yang mahukan kita semua supaya memandang masa depan sebagai rakyat Malaysia dan bukannya sebagai mewakili kaum kita sendiri. Kita simpan perasaan tidak berpuashati yang ada didalam diri kita kerana memang benar kata YABhg Tun Dr Mahathir bahawa adalah amat mustahil bagi sebuah kerajaan seperti Malaysia ini yang rakyatnya terdiri dari berbagai bangsa, agama dan budaya dapat memuaskan hati setiap kaum atau memenuhi semua tuntutan mereka.
Kepada anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Pehin Sri mengutamakan kaumnya sendiri iaitu Melanau di dalam pentadbiran atau di mana-mana sektor yang ada di negeri Sarawak ini saya harap golongan cuba lihatlah dan kemudian fikirlah sendiri sebelum buat kenyataan. Buktikanlah jika benar Ketua Menteri ada memberi keutamaan yang lebih.kepada kaum beliau sendiri.
Untuk menidak atau menafikan dakwaan seumpama itu, saya mahu mengambil contoh apa yang kita dapat lihat dalam barisan kabinet kerajaan negeri itu sendiri, berapa orang Menterinya yang berketurunan Melanau, baru dua orang saja kan iaitu YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah dan YB Datuk Talib Zulpilip manakala yang kebanyakannya semua terdiri dari kaum Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan Orang Ulu.
Dan begitu juga diperingkat persekutuan, Ahli Parlimen dari kaum Melanau agak ramai tetapi tiada seorangpun yang dicadangkan oleh Pehin Sri kepada Perdana Menteri DS Najib untuk diletakkan didalam barisan Kabinet Malaysia tetapi Ahli Parlimen dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Kenyah, Cina Sarawak dan Orang Ulu ada terpilih.
Begitu juga di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, di sektor-sektor tertentu di negeri Sarawak ini yang menampakkan berlakunya kepentingan kaum Melanau menguasai mana-mana urusan disetiap tempat tetapi jika ada terdapat di beberapa tempat maka itu sudah pasti kerana tidak mungkin kaum Melanau selaku rakyat Sarawak cuba disisih atau diketepikan hanya kerana Ketua Menterinya berketurunan Melanau.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Oktober 24, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Hilbert, itulah sifat-sifat pemimpin yang terpuji.... tetapi puak-puak pembangkang ini tidak pernah berterima kasih dengan segala pengorbanan pemimpin untuk meningkatkan kebajikan mereka.... Alhamdulillah, Malaysia sentiasa dipimpin oleh pemimpin yang baik dan prihatin...
Terima kasih Yang Gambi,
Rakyat yg tidak mengikuti sejarah kepimpinan YAB Pehin Sri dengan baik memang mudah untuk dipengaruhi oleh fitnah2 dari pihak pemangkang tetapi bagi mereka yang tahu dan sedar akan kejujuran Pehin Sri Taib dalam memimpin negeri ini maka memang tidak akan mudah untuk disajikan dengan berbagai cerita karut tanpa asas mengenai beliau.
Catat Ulasan