Tentu sekali semua rakan-rakan blogger mungkin juga seluruh rakyat Malaysia masih ingat lagi dengan kehebatan sebuah drama yang cukup mantap dan mendebarkan bertajuk "Anwar Ibrahim harus bertaubat" yang telah dilancarkan dalam suasana yang kelihatan cukup tegang dan mencemaskan oleh YB Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor beberapa ketika dahulu..
Seperti biasa, selepas majlis pelancaran drama selamat dilakukan, maka YB Karpal Singh selaku pengarah dan juga pelakon yang memegang watak utama di dalam drama tersebut telah mengadakan sidang medianya. Pada sidang akhbar itu, YB Karpal Singh dengan nada yang cukup marah dan kesal(cuma gimik dan strategi semata untuk mempromosi drama) mendesak agar DS Anwar Ibrahim segera bertaubat disamping meminta DAP supaya mengkaji semula hubungannya dengan PKR.
Drama tetap juga drama apabila bukan nama DS Anwar saja malah nama dua pemimpin utama dalam DAP juga iaitu YB Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng turut disebut sama oleh YB Karpal Singh semasa sidang media itu bagi menarik lebih perhatian masyarakat agar datang beramai-ramai untuk menonton drama mereka sehinggalah sampai kepada luahan kekecewaan hati beliau yang teramat sangat terhadap Kit Siang dan Guan Eng yang dituduh membiarkan beliau keseorangan berdepan dengan karenah PKR dan DS Anwar Ibrahim.
Kini setelah beberapa bulan berlalu, drama tersebut yang diadaptasi semula sesuai dengan peredaran masa dan diterbitkan dalam bentuk baru atau versi yang mudah untuk difahami cuma watak-watak tertentu dalam drama berkenaan kini sudahpun dipegang oleh pelakon bakat baru dari Akademi AMK dimana jalan ceritanya juga adalah sama dengan yang dulu iaitu mesej yang hendak disampaikan sama dengan yang dilakonkan YB Karpal Singh.
AMK seramai 60 orang ini yang datang menyerah memorandum Taubat kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan PKR iaitu encik Rauf Imran untuk disampaikan kepada DS Anwar Ibrahim dimana kesemua mereka datang dari Perak dan Pulau Pinang ni mungkin jenis yang boleh diibaratkan bak kata pepatah, 'hangat-hangat tahi ayam' dan AMK ini juga nanti akan jadi sama seperti YB Karpal Singh apabila mula saja dia marah-marah lepas tu sayang balik sehingga menjadi Ketua Pembela kepada DS Anwar Ibrahim.
Oleh, kita menyerulah kepada saki-baki anggota anggota PKR semuanya, jika sekiranya kalian merasa perlu untuk bangkit dari 'bawah sedar' maka sangat eloklah sekali tinggalkan saja perjuangan PKR dan bukannya mendesak DS Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat atau meminta beliau agar segera meletak jawatan. Mendesak dan meminta DS Anwar Ibrahim untuk segera bertaubat memang satu kerja yang sia-sia umpama mencurah air ke daun keladi.
Mereka harus sedar dan tahu bahawa tujuan penubuhan PKR sejak 12 tahun yang lalu adalah semata-mata hanya untuk menegakkan benang DS Anwar Ibrahim yang basah dan bukannya tujuan PKR diwujudkan untuk menegakkan keadilan kepada seluruh warga Malaysia sebagaimana slogan yang selalu disebut mereka iaitu 'samarata' atau kesamarataan hak.
Sedarlah, insaflah...wahai semua para penyokong PR dan tinggalkan saja perjuangan anda semua dalam PKR ~ DAP...dan kembalilah semula kepada perjuangan asal dulu yang ternyata berjaya membebaskan Malaysia daripada tangan penjajah !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Oktober 18, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
Gereja Khatolik boleh menyediakan surat taubat, Anwar Juburi perlu sain jer, Nik Ajis boleh jamin sorga.
Catat Ulasan