Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 19, 2010

Lantik semula TS Syed Hamid Albar dalam kabinet sebagai Menteri KDN...

Semasa saya sedang leka melayan siaran buletin utama di TV3 sebentar tadi, tetiba saja keluar berita mengenai kejayaan Forum Antarabangsa yang julung kali diadakan di Malaysia bersempena dengan perhimpunan Agung UMNO 2010 yang bermula hari ini.

Saya sebenarnya baru perasan rupa-rupanya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar adalah merupakan pengerusi kepada forum antarabangsa berkenaan yang baru diwujudkan tatkala beliau sedang ditemuramah oleh wartawan TV3 iaitu sebaik selesai forum tersebut.

Pertama kali diadakan, ternyata forum berkenaan telah berjaya memenuhi matlamat penubuhannya dan ianya telah mendapat reaksi yang sangat menggalak daripada lebih 500 para peserta yang mewakili 22 parti politik seluruh dunia yang mengambil bahagian manakala kejayaan forum ini juga adalah bukti yang Tan Sri Syed Hamid sebagai pengerusinya tetap ada pengaruh beliau yang tersendiri diperingkat antarabangsa.

Tan Sri Syed Hamid seingat saya beliau telah mula berkhidmat didalam kerajaan bermula sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab didalam hal ehwal undang-undang, sebagai Menteri Kehakiman lalu selepas itu dilantik sebagai Menteri Luar di era pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Negarawan YABhg Tun Dr Mahathir dan ketika dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, TS Syed Hamid telah dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri sehinggalah beliau digugurkan dari senarai kabinet DS Najib yang mengambilalih jawatan dari Tun Pak Lah.

Ketika menerajui setiap kementerian yang dipertanggungjawab ke atas bahu beliau, Tan Sri Syed Hamid ternyata berjaya membuktikan keupayaan beliau dan tindakan beliau yang cukup tegas walau cermat dan berhati-hati didalam mendepani sebarang isu yang timbul telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada rakyat amnya bahawa apa jua isu-isu yang sensitif jika sengaja dimainkan maka mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab masih melakukannya pasti akan diambil tindakan tanpa berulangkali diberi amaran.

Terdapatnya kelebihan yang ada pada TS Syed Hamid yang perlu diambilkira oleh PM DS Najib supaya beliau dapat dibawa masuk semula ke dalam barisan kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Menteri KDN.

Saya fikir, adalah lebih baik untuk PM kita melantik semula mereka-mereka seperti TS Syed Hamid ini sebagai menteri didalam kabinetnya daripada beliau melantik individu tertentu yang bukan pilihan rakyat dimana sebelumnya mereka itu wajib mengangkat sumpah sebagai senator bagi membolehkan dlaintik sebagai menteri.

6 ulasan:

amir07_johor berkata...

kalo tak silap belia telah dilantik jadi ketau pengarah bagi jabatan pengangkutan

Mohd berkata...

Gantikan Hishamuddin dgn Hamid Albar!

matrengganu berkata...

Saya ni bukan pakar politik tapi Haamid Albar seharusnya di panggil balik gantikan Hishamudin. Itu yang di katakan TRANSFORMASI.

YANG GAMBI berkata...

Salam Hilbert.... kawan rasa tak payahlah... biarlah dia berehat.... kesian kat dia yang sudah terlalu lama berjuang mempertahankan UMNO...

kingnek berkata...

pada aku, walaupun beliau berkaliber, lebih baik Mukhriz dilantik ketua KDN. Mukhriz ni tak peduli kata orang kalau dia fikir perbuatan dia betul bagi rakyat

hilbert berkata...

Amir07, slm..saya tiada maklumat mengenainya, mungkin juga ;-)

Mohd..ya..terima kasih..

Matrengganu, ya..dalam kabinet pun harus ada transformasi..baru mantap..

bro Yanggambi, saya rasa TS Syed Hamid masih berkemampuan sebelum DS Najib menemui menteri KDN yg baru..

Kingnek, saya juga sangat setuju kalu Datuk Mukhriz dilantik sebagai menteri di situ sekiranya DS Najib keberatan utk membawa balik TS Syed Hamid masuk kembali kedalam kabinet beliau..

Arkib Blog