Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 27, 2010

Dua bencana alam di Indonesia, semangat Jalur Gemilang yang dibakar telah bangkit !


Dua bencana alam yang sedang menimpa negara Indonesia ketika ini saya tetap percaya memang ada kaitannya dengan perbuatan kurang ajar oleh sesetengah daripada rakyatnya yang sanggup bertindak biadap dengan membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
(Kita setiap kali iaitu semasa menaikkan Jalur Gemilang ke puncak tiang bendera akan mengiringinya dengan doa-doa dalam bentuk nyanyian sebagaimana yang terdapat didalam senikata lagu Negaraku dan itu merupakan salah cara untuk menghidupkan semangat Jalur Gemilang yang kita tidak nampak agar bangkit)

Pertama berlaku dalam bulan ini apabila Gunung Merapi di Jawa Timur meletus yang telah menyebabkan asap tebal beserta debu memenuhi ruang udara sehingga memaksa ribuan penduduk di sekitar kaki gunung berkenaan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Selang beberapa hari Gempa Bumi yang berukuran 7.2 pada skala richter pula telah berlaku di Padang Sumetera yang menyebabkan berlakunya ombak Tsunami di Mentawai setinggi 3 meter dan sehingga kini telah meragut 113 nyawa.

Kepada seluruh rakyat Indonesia, walauapapun kami di Malaysia tetap prihatin dengan apa yang telah meimpa negara dan warga mereka biar sering negara serta rakyat Malaysia menjadi mangsa cemuhan dan penghinaan oleh segelintir rakyat Indonesia apabila timbulnya isu-isu yang kecil membabitkan kepentingan dua negara Malaysia-Indonesia tetapi sengaja diperbesar-besarkan.

Dan apabila terjadinya musibah alam seperti ini, maka diharaplah agar boleh sekiranya untuk sesetengah rakyat Indonesia khususnya ahli-ahli Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) untuk mencerminkan diri mereka sendiri, lihat jauh ke dalam diri..apa yang ada atau apa yang tiada dalam diri mereka dan nilaikan dengan orang lain, perbetulkan mana yang silap dan apa yang amat penting ialah hendaknya semua ahli BENDERA segera BERTAUBAT !

6 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Allah Akhbar

Teman pernah kabor dulu, Malaysia tak perlu serang Indonesia cukuplah Malaysia yang teraniaya akibat kezaliman, fitnah, kejahatan dan kebodohan kumpulan Bendera, Laskar Merah Putih dsbnya berdoa dan membaca qunut nazilah.
Sesungguhnya doa insan teraniaya akan TETAP dimakbulkan ALLAH.
Nuar Brahim pun tak lama lagi kena tulah sumpah laknat...insya Allah.

hilbert berkata...

Megat,
betul saudara..sebagai rakyat Malaysia kita tak perlulah nak ikut rentak BENDERA yang nyata tiada pedoman..

harap puak-puak seperti mereka di Indonesia segera sembuh..

hanizam berkata...

kena macam ni, usah ditolong spesis macam ni...aku ingat lagi, masa tsunami kat aceh dulu, ada cerita kehadiran sukarelawan kita tidak dialukan sangat...

banyak songeh kalau nak berurusan terutama berurusan dengan orang gomen...nak ape, PULUS..nak itu..PULUS...

masa Bomba kita padam kebakaran kat Sumatera, komunikasi radio sering diganggu oleh TNI..kononnya takut bomba kita ni perisik...

pendek kata, buat baik macam maner pun, kita tetap akan dipandang serong...

Cucu berkata...

Satu sen pun jangan diberikan kepada mereka selagi BENDERA,Laskar Merah Putih dsbnya tidak memohon maaf secara terbuka kepada Malaysia di atas sikap kurang ajar dan provokasi melampau mereka baru2 ini.Kita juga mahu mereka menyamak dan mensucikan setiap inci kedutaan kita di Jakarta yg dicemari oleh najis manusia oleh BENDERA. Allah maha kaya setiap kali pihak Indonesia mahu menggayang Mlaysia pasti negara itu ditimpa mala petaka yg dahsyat! Allah Akbar x3!!

hilbert berkata...

Hanizam: kalau diikutkan hati memanglah kita nak dengar, nak tengok masalah yang menimpa mereka pun kita tak rela lagi..tetapi entah kenapa sifat dan sikap mudah bersimpati dalam jiwa rakyat Malaysia sukar untuk dihapuskan, makanya..mahu tak mahu kita terpaksa bantu jua...

Cucu: ye larrr sama seperti yang saya katakan pada Hanizam..kita hanya mampu berserah dan pasrah,,,semua demi perpaduan antara dua negara...

Hareez Haiqal ™ berkata...

lihat..
Allah telah membuktikan kuasanya sekali lagi..
tetapi masih x sedar-sedar

Arkib Blog