Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Oktober 07, 2010
DS Bakri Zinin & TS Musa Hassan didakwa hina Mahkamah ???
Semasa saya sedang leka mengikuti perkembangan terkini apa yang telah berlaku hari ini dalam negara melalui siaran Buletin Utama TV3, tiba-tiba saya tersentak dengan satu berita menyebut dimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk menghadirkan diri di mahkamah pada 28 Oktober ini atas sebab kedua-dua mereka kononnya telah menghina Mahkamah.
Tindakan terhadap kedua-dua mereka itu diambil besar kemungkinannya berkaitan dengan penahanan semula dua bekas tahanan di Simpang Renggam Johor selepas mereka dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan tersebut yang menempatkan penjenayah berstatus kejam dan berbahaya. Mengikut laporan berita, seorang daripada tahanan itu ditangkap semula oleh pihak polis sejurus selepas beliau dibebaskan manakala yang seorang lagi yang dibebaskan sehari kemudian juga ditahan semula pada hari yang berikutnya oleh polis.
Bagi saya, penahanan semula oleh pihak polis terhadap mana-mana individu yang pada mereka berpotensi untuk menyumbangkan kembali kepada masalah jenayah di negara ini haruslah dihormati oleh semua pihak. Polis pasti mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa mereka harus dan mesti menahan semula seseorang penjenayah yang walaupun telah dibebaskan dengan usaha dan bantuan peguam yang kononnya "pakar" dalam "meng'ayat'kan pihak berwajib bagi melepas dan membebaskan pelanggan mereka walaupun jelas tampak orang yang di bela merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara dan ketenteraman masyarakat kita.
Saya bukan bermaksud untuk mempertikaikan apa-apa jua keputusan yang telah dibuat terutama sekali yang telah dibuat oleh pihak yang berwajib namun apabila memandangkan akan tanggungjawab yang terpaksa dipikul dan digalas oleh pihak PDRM dalam mereka untuk menunaikan kewajipan demi mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dalam negara mungkin tidak menjadi kesalahan bagi semua pihak untuk 'berpendapat' bahawa pihak polis harus ada 'kekebalan' disisi undang-undang kerana setiap tindakan yang mereka ambil sudah tentu bertujuan untuk membawa kebaikan kepada semua dan bukannya untuk memudaratkan keadaan yang sedia ada.
Kepada semua, saya rasa tiada kurangnya dan tiada lebihnya seandai kita mahu untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan oleh pihak PDRM didalam menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini dengan memberi ruang yang secukupnya untuk pihak PDRM menentukan sendiri bentuk tindakan apa yang patut dan tidak daripada kita asyik melayan perasaan hati diri sendiri yang sentiasa tidak pernah puas dengan sesuatu perkara yang akhirnya akan menyusahkan orang lain.
Di akhir tulisan ini saya secara peribadi ingin menyampaikan rasa penghargaan yang tinggi buat bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang pada pandangan saya selaku rakyat biasa ini adalah seorang Pegawai Polis yang sentiasa tegas, sangat berwibawa, sabar dan berhati-hati didalam setiap tindakan yang diambil serta juga kepada Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin beliau pada pengamatan saya juga banyak mewarisi sifat kerja Tan Sri Musa, tegas, berani, berhati-hati serta benar-benar "tidak teragak-agak' untuk bertindak jika keadaan sudah mengizinkan.
Sokongan padu dan kerjasama berterusan oleh semua pihak tak kira siapa kepada PDRM akan menjadikan negara kita Malaysia aman dan selamat untuk didiami dan dihuni...
Label:
polis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
6 ulasan:
saya juga senada dengan tuan...ini bukanlah penghinaan kepada mahkamah, tetapi merupakan pencegahan....
Ye la orang Mahkamah tu tak kena kat muka dia, cuba kalau kena kat muka diaker, keluarga dia ker, dah tentu tak lepas punya si penjenayah tu.
saya pon setuju pendapat anak merdeka
polis yang buat kerja dengan baik pun tak terlepas jugak, kena dakwa juga, menghina mahkamah pulak.besar sungguh kuasa si hakim2 ni! harap bersabar. hakim2 tak nampak menghina mahkamah, sebab mereka yang menghakimkan. tapi jangan lupa, ramai hakim yang mati dalam keadaan terhina. ada hakim yang mati telinga busuk. kenapa ye? menghakim bukan senang, kalau salah hakim, terima lah padahnya. tambah2 lagi hakim yang menghakimkan si pesalah ke tali gantung. wow berat tu. sebab tu zaman dahulu, kalau hakim nak jatuhkan hukuman, mereka banyak berfikir dan memohon petunjuk dari Allah swt. bukan mudah. ini cerita menghina mahkamah ni, macam lah Hakim ni tak banyak kerja lain.kerja mungkin tak banyak tertunggak kut, sampai kan apa yang polis buat nak di sangkutkan juga. apakah modus operandi yang bolih menjurus pada sebegini? adakah melibatkan peguam? dan nampak sangat kes2 yang melibatkan bangsa bukan melayu? adakah ini kerja peguam kepada Hakim2 ini? terfikir juga. aku pun nak ingatkan hakim2 ini jangan menghina polis. bolehkah hakim yang menghina tugas polis di bawa ke mahkamah?
Ya betul Sdra Azli,
kekadang ada juga pihak yg terkhilaf tafsir tentang orang lain. Saya juga sependapat dgn sdra yang tindakan polis adakalanya tidak difahami oleh pihak lain kerana setiap tindakan mereka lebih kepada usaha pencegahan supaya tidak semakin menjadi barah.
Sudir, terpulanglah kpd mereka saya cuma katakan apa yang saya fikir perkara yang sya lihat boleh diperbetulkan...
DaturaAINnoXia..., terima kasih ;-)
Lonkikinoi, saya tak mempersoalkan kuasa mana2 cuma saya melihat tindakan 'menghina mahkamah' yg akan dikenakan terhadap dua individu ini iaitu TS Musa dan DS Bakri dari sudut kewajarannya saya rasa ada yg tidak kena dan kurang sesuai apatah lagi didalam keadaan negara yg sentiasa berdepan dgn isu-isu sudah semakin tidak memerlukan pihak berkuasa untuk terlalu memberi muka kepada pihak2 yg suka menimbulkan berbagai ancaman dan sebagainya kepada keselamatan dan keamanan negara ini.
simpati dengan pihak polis.
benar bukan semua polis baik.
tapi kalu tangan polis sudah di ikat apa yang mereka bolih buat.
memang senang tuduh polis itu dan ini.
hakim pun manusia...tak ada apa2 kelebihan,dalam makamah mereka ada kuasa.bila diluar mahkamah mereka hanya manusia biasa macam kita.
ada masa sebagai manusia naluri mereka tak dapat lari dari kehidupan manusia biasa.
,harta,kuasa,betina,kemewahan,rumah besar,kereta besar,nak makan sedap,bini nak cantik dan lebih dari satu,berkawan dengan kelas2 tersendiri.
apakah mereka tidak punya keinginan macam tu????
bila dah ada keinginan...macam2 cara dan peluang sedia menanti.
dunia bebbb....
bukan senang nak cari manusia baik dan bersih serba serbi kehidupanya dizaman manusia mengejar kemewahan.
Catat Ulasan