Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 04, 2010

Berdepan cabaran ketenteraman awam: KDN wajar ada Menteri baru !

Pada pendapat saya, sekiranya mereka-mereka yang sengaja menimbulkan perkara yang akhirnya akan menjadi masalah kepada keamanan, ketenteraman, kesejahteraan serta keselamatan negara dibiarkan saja bertindak mengikut selera mereka tanpa tindakan yang paling tegas diambil untuk menghalang sudah memang ianya akan menjejaskan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri serta pihak-pihak lain untuk membentuk masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan boleh hidup rukun damai dalam kepelbagaian.

Dalam isu Namewee misalnya, jika beliau dibiar terus dengan cara dia yang suka menimbulkan berbagai kontoversi dengan tidak memperdulikan kesannya terhadap perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini adakah Kementerian Dalam Negeri dibawah DS Hishamuddin Tun Hussein dapat memberi jaminan yang perbuatan Namewee kelah tidak akan menggugat keadaan yang stabil didalam negara dan dalam bentuk apakah jaminan seumpamanya boleh dipercayai mampu untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada.

Walauapapun, mau tidak mau, saya ingin menyatakan pendapat bahawa Kementerian Dalam Negeri harus diterajui oleh individu yang tegas dan berani atau dalam ertikata lainnya KDN wajar berketuakan seorang menterinya yang baru, yang tidak 'teragak-agak' dalam menunaikan tanggungjawab beliau selaku seorang menteri yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal keselamatan dalam negara.

Berbalik kepada isu yang telah ditimbulkan oleh Namewee, jelas sudah DS Hisham ternyata telah gagal menjalankan kewajipan beliau di KDN apabila beliau sekarang ini dilihat lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri daripada menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk memperbetulkan keadaan apabila berdepan dengan isu-isu sensitif yang sengaja ditimbulkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab.

6 ulasan:

iKAnBUNtal berkata...

hisamudin WAJIB letak jawatan..sebelum musibah melanda negara
kelemahan beliau terlalu menonjol..mengekalkan beliau bermakna negara berisiko terjerumus kelembah persengketaan kaum

mariana berkata...

aku pelik ,,hishamudin ni langsung buat tak kesah.....jgn harap nak jadi pm suatu hari nanti kalau macam ni cara dia...hancur negara..tanda tanda tak layak jadi pm dah nampak...wahai hishamudin kau tak boleh melawan ketentuan allah....kalau allah katakau tak akan jadi pm maka kau tak akan jadi..tenguk saja anuar....

kalau kau hisyamudin masalah kecil pun tak reti nak selesaikan macammana kes lagi besar....

tak layak langsung jadi menteri...mentang mentang kau sepepu najib,agsknya najib pun malas nak beri amaran keras kat mudin ni.

Unknown berkata...

eloklah tukar atau pun suruh dia letak jawatan.
semua orang bolih jadi menteri,tapi tak semua bolih bertanggung jawab dalam menjalankan tugas.
nak buat camana,kalau maruah diri telah dibeli..ntah berapa banyak puak2 pendatang membayar supaya kes2 macam namawee ni ditutup.
bila diri dah kekenyangan,mata mula tertutup,kerja apa pun dah tak larat nak buat.
jadilah diri seperti berok kekenyangan..

hilbert berkata...

iKAnBuntal, Mariana, Putera Makasar...salam semua,

saya sebenarnya sudah sgt bosan dengan cara DS Hisham mdlm menangani isu2 yg sengaja dibangkit oleh mereka2 yg langsung tidak tahu menghormati undang2 negara serta perlembagaan negara...

Unknown berkata...

Rasa nya dah berbulu aku dengar pasal Menteri x da telok ni. Hangpa bercakap pun buat habis ayak liuk je. La ni terpulang kat PM untuk membuat perubahan kat KDN ni. Kalau PM pentingkan kehendak rakyat dan kestabilan negara maka tukaq kan Keris ni dari terus membawa bencana buat pemerintah. Tapi kalau PM masih dok fikiq pasal beradik beradik maka akan kekal lah bacul ni dlm kabinet. Jadi mana PM kata nak tngk KPI menteri. Pegang ayat ini. Dunia pun dah tahu KPI keris ini dan hanchok bersepai.Maka keputrusan nya hantak pi jaga sukan udah.

joecharlie berkata...

bior tansrimusahasan gantilah baru tau

Arkib Blog