Pihak berkuasa Malaysia sudah lama berusaha untuk menjejaki akan kedudukan dimana Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK) bersembunyi setelah beliau beberapa kali gagal hadir di mahkamah bagi perbicararaan fitnah beliau terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur yang dituduh beliau turut terlibat didalam kejadian pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu beberapa tahun yang lalu.
Untuk membantu mengesan RPK yang berada di luar negara setelah disedari berjaya menyusup keluar dari Malaysia melalui Thailand dan destinasi beliau tuju adalah London dan juga dipercayai dia sudahpun berada disitu maka pihak PDRM sudahpun memohon kerjasama daripada polis antarabangsa atau Interpol bagi tujuan menahan Raja Petra Kamaruddin.
Difahamkan bahawa pihak Interpol telah bersetuju untuk membantu pihak berkuasa Malaysia dan sudi menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk mencari tempat dimana Raja Petra bersembunyi.
Hari ini, akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Raja Petra mengancam untuk tidak lagi menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang sekiranya ketiga-tiga parti yang berada didalamnya iaitu DAP, PKR dan PAS masih gagal menunai segala janji yang pernah dibuat pada PRU ke-12 walau sudah berjaya memerintah lebih dua tahun 4 negeri yang mereka tawan ketika PRU itu.
Peringatan daripada Raja Petra itu dilaporkan telah disuarakan oleh beliau pada Sessi Dialog bersama rakyat Malaysia di London yang mana sessi itu dilaporkan turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Itu semua hanyalah cuma sandiwara Anwar, Raja Petra serta PKR untuk mengalih perhatian rakyat yang kini masih bertumpu dan melihat kepada masalah teruk dalam PKR waktu ini terutamanya kejadian-kejadian yang telah berlaku disepanjang berlangsungnya mesyuarat pemilihan cabang-cabang PKR sejak beberapa hari yang lalu.
Yang pelik dan menjadi persoalannya disini bagi saya ialah, bagaimanakah sudah dengan status siasatan serta kerjasama yang telah dijalinkan oleh pihak polis Malaysia dengan pihak Interpol setakat ini ? Apakah siasatan itu serta risikan mereka ke atas Raja Petra masih berjalan atau sudah dihenti ?
Yang herannya juga, bagaimana mereka yang namanya sudah disenarai sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa seperti Raja Petra boleh pula bebas hadir diforum-forum serta berucap didepan tetamu yang bijak-pandai yang juga turut dihadiri oleh seseorang yang masih dalam jaminan undang-undang serta masih lagi terikat dengan kes tertangguh di mahkamah Malaysia ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Oktober 04, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan