Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang amat luar biasa yang belum pernahpun terjadi di mana-mana dalam bahagian yang ada di Sarawak ini iaitu banjir sampah berupa sisa-sisa potongan kayu balak dalam jumlah yang begitu banyak sekali sehingga memenuhi permukaan Sungai Rejang dalam jarak berpuluh-puluh kilometer.
Kejadian tersebut telah menyebabkan semua jenis pengangkutan air terutamanya boat ekspress yang saban hari berulang-alik membawa penumpang dari Sibu-Konawit-Kapit dan sebaliknya terpaksa dibatalkan untuk beberapa hari akibat tiada ruang yang boleh dilalui walaupun hanya menggunakan boat-boat berukuran sederhana apatah lagi oleh boat ekspress yang bersaiz besar.
Apa yang saya tahu ialah kejadian tersebut telah berlaku dan didakwa bermula dari sebelah hulu Sungai Mujong, Nanga Gaat dan Putai dalam Batang Baleh pada petang Khamis 7hb Oktober 2010 iaitu lebih kurang empat hari sebelum kerja-kerja penakungan air untuk memenuhi Empangan Hidroelektrik Bakun bermula di mana kerja untuk tujuan berkenaan dilakukan pada hari Ahad 10hb Oktober 2010.
Walaupun ada pihak yang cuba untuk mengaitkan bahawa Projek Bakun sebagai puncanya, tetapi saya tidak nampak sebab untuk menyatakan yang kejadian tersebut berpunca dari Projek Empangan Bakun sebab air dari hulu Sungai Baleh langsung tidak disentuh atau diperlukan untuk kegunaan projek berkenaan kerana jaraknya sangat jauh dan terletak jauh di sebelah barat Bukit Talang serta amat jauh dari Hulu Sungai Balui dan Sungai Belaga.
Lainlah pula dengan satu kejadian yang terbaru di mana paras air di sepanjang Sungai Pelagus telah didapati semakin cetek dan keadaan kedalaman sungai berkenaan dikatakan sebagai semakin kritikal apabila semua kenderaan air seperti perahu-perahu baik yang dimiliki penduduk rumah panjang atau milik kerajaan serta milik syarikat-syarikat pembalakan di sekitarnya sangat payah untuk bergerak akibat air sungai yang semakin kering sehingga batu-batu besar di dasar sungai jelas kelihatan.
Fenomena ini telah menjejaskan banyak kegiatan seharian penduduk sekitar serta turut mendatangkan berbagai masalah kepada pegawai-pegawai kerajaan yang ditempatkan untuk bertugas di pendalaman sepanjang Sungai Pelagus kerana hanya itulah saja laluan yang mampu digunakan oleh mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain jalan-jalan kem pembalakan yang laluannya hanya terhad didalam linkungan konsesi.
Walaupun tidak boleh mengatakan bahawa Projek Bakun sebagai punca sebenar kepada kejadian yang membelenggu penduduk sekitar Jeram Pelagus itu kini tetapi jika diambilkira dari keadaan muka bumi di sekeliling Projek Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun itu, saya rasa kita tidak boleh menafikan bahawa ada kemungkinan besar bahawa Projek Bakun itu lebih banyak menyumbang kepada kejadian yang berlaku sekarang di Hulu Rejang simpang Sungai Pelagus.
Cuba kita buat sedikit analisa tentangnya. Tapak Projek Bakun sebenarnya terletak tidak jauh dari kaki Bukit Talang yang berkembar dengan Bukit Dema dan juga Bukit Kuang di sebelah barat. Ketiga-tiga bukit ini pula apabila hari hujan, maka semua air akan mengalir masuk ke dalam Sungai Balui yang kedudukannya terletak mengelilingi kaki Bukit Talang disebelah barat dan air yang mengalir itu tadi akan keluar ke kuala Sungai Balui dan masuk ke Sungai Pelagus di tapak Projek Bakun.
Begitu juga dengan sumber air di sebelah timur Bukit Talang serta punca air yang lainnya seperti dari Bukit Punan, Bukit Kenawang, Bukit Selidang dan Bukit Pecu di selatan dan ia akan memasuki Sungai Belaga serta akan terus mengalir keluar ke kualanya yang kemudian juga masuk ke dalam Sungai Pelagus dan demikian juga dengan aliran sungai-sungai kecil yang mengalirkan air dari bukit terdapat di sekitar Long Murum seperti Bukit Semalong, Bukit Alat, Bukit Garoh Aseng dan Bukit Lesung semuanya akan mengalir masuk turun ke dalam Sungai Pelagus.
Saya melihat begini, apabila pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penakungan air untuk projek berkenaan memulakan tugas mereka, yang mana ianya telahpun dimulakan pada 10hb Oktober 2010 lalu iaitu hari Ahad dan dijangka mereka memerlukan masa selama 7 bulan untuk memenuhi empangan tersebut dengan air yang diperlukan sebelum ia boleh beroperasi atau menjana tenaga elektrik maka ada kemungkinan pihak mereka iaitu SEB terus menutup semua laluan air tanpa membuka satupun aliran air bagi menjaminkan supaya Sungai Pelagus tidak menerima kesannya seperti sekarang akibat dari ketiadaan sumber air dari mana-mana arahpun.
Pihak SEB harus sedar bahawa dalam mereka untuk mempercepatkan projek berkenaan siap, mereka juga harus ingat masalah lain yang pasti akan timbul apabila tindakan seumpama itu tanpa memikirkan terlebih dulu kesannya terhadap nasib penduduk-penduduk di sepanjang Sungai Pelagus yang telah berabad-abad menggunakan sungai berkenaan sebagai laluan penting mereka untuk berhubung dengan dunia luar tetapi kini apabila urusan kehidupan seharian mereka mulai terganggu apakah akan ada tindakan susulan dari pihak SEB untuk menyelesaikannya ?
SEB tidak boleh bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah seperti itu tetapi mereka harus berbuat sesuatu dan cari ikhtiar sendiri bagaimana untuk mengatasi masalah air cetek di Hulu Sungai Rejang sekarang. SEB boleh membuka satu laluan air bagi membolehkan sebahagian daripada air takungan berkenaan mengalir terus ke Sungai Pelagus di sebelah hilir demi untuk menjamin kehidupan seharian penduduk rumah panjang serta aktiviti-aktiviti oleh pihak lain di situ tidak terus terjejas.
Terima Kasih !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Oktober 28, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan