Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 27, 2010

Rakyat Sarawak harus menjauhi PKR !




Bermula daripada Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak iaitu Encik Baru Bian serta Penasihat PKR peringkat negeri Sarawak Datuk Sri Hajjah Hafshah Haji Harun, Timbalan Pengerusi PKR negeri Sarawak, Ketua AMK Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak serta mereka-mereka yang memegang apa jua jawatan tertentu dalam PKR Negeri Sarawak, peringkat bahagian dan juga peringkat cawangan atau cabang, maka saya selaku rakyat negeri Sarawak ini menyeru kepada anda semua yang menyokong segala pergerakkan atau dalam ertikata lainnya menyertai setiap kegiatan yang telah, sedang dan yang akan dianjurkan oleh PKR di negeri ini agar berhenti setakat ini, cukuplah !

Anda semua yang sentiasa menentang segala bentuk pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri bagi membangunkan Sarawak dan memakmurkan rakyatnya tiada apa alasan yang boleh meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mempengaruhi mereka dengan perjuangan sia-sia PKR itu dan begitu juga anda semua ini yang kini masih lagi menebal rasa setia terhadap perjuangan PKR sudah tiada sebab-musabab untuk anda semua dari terus bersandiwara memperdayakan rakyat Bumi Kenyalang ini kata-kata yang cuma indah khabar dari rupa. Berpatah baliklah kepada perjuangan untuk membela rakyat daripada perjuangan yang tidak ada arah tujuan bersama PKR !

Melihat kepada situasi semasa pemilihan berbagai jawatan peringkat cawangan atau cabang PKR di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu sehingga semalam seperti yang digambarkan diatas, kita semua tentu sekali seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku itu boleh terjadi didalam PKR yang selama ini begitu gah dan angkuh melaungkan slogan 'reformasi' untuk menuntut sistem demokrasi tulen diamalkan dalam pemerintahan negara kerana kononnya mengikut tuduhan PKR bahawa selama ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN bersifat kuku besi atau diktator serta tidak demokratik..

PKR ini belum lagi membentuk dan mentadbir sebuah negara, mereka baru saja mengadakan pemilihan jawatan dalam parti sendiri tetapi demokrasi yang mereka tuntut daripada BN selama ini sudah tidak mereka pakai lagi dan yang lebih malang lagi ialah semasa dibeberapa tempat pusat penjumlahan undi semalam demokrasi tidak mereka gunakan lagi iaitu sewaktu proses pengiraan undi malah telah jauh dibuang dari landasan asal perjuangan PKR apabila terdapat beberapa calon yang telah tewas tidak sanggup menerima kekalahan mereka sehingga berlakunya pergaduhan, baling kerusi, bakar bendera PKR, tumbuk menumbuk dan sebagainya lagi.

Jadi kepada mereka semua yang nama tersebut dan tidak disebut diatas dan juga kepada seluruh rakyat Sarawak khasnya yang masih mengagung Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin idaman mereka, lihatlah kalau anda mampu melihat lalu renung dan fikirkanlah sokongan dan kerjasama yang telah dan sedang berikan kepada PKR itu boleh membawakan kebaikan kepada negeri serta rakyat Sarawak dikemudian hari. Dengan melihat kepada peristiwa yang berlaku dalam PKR semasa proses pengiraan undi semalam, apakah itu juga belum lagi cukup untuk menyedarkan anda semua bahawa perjuangan dengan PKR sepatutnya ditamatkan setakat hari ini saja dan anda semua harus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan Barisan Nasional dalam menyatupadukan rakyat, mempertingkatkan tahap ekonomi rakyat dan negara.

Rakyat Sarawak, jauhi dan hindarilah Parti KeADILan Rakyat (PKR) demi keharmonian dan kesejahteraan kita semua!!!
Posted by Picasa

3 ulasan:

Esperalzi berkata...

Benar 100% apa yang anda tulis wahai Melanau blogger! Negara kita dari Perlis hingga Sabah akan hancur punah jika PKR dan Pakatan Rakyat memerintah.

Saya tak tau apa lagi nak ditambah kerana tulisan anda sangat sempurna tentang kelemahan PKR. Namun saya tambah lagi bahawa semua kebaikan yg PKR minta dari BN mereka (PKR) sendiri tidak mempunyainya. PKR minta demokrasi yg konon tak ada di BN tetapi PKR sendiri tidak mengamalkan demokrasi. Kita dapat lihat sendiri kekecohan dalam PKR ketika pemilihan parti di peringkat akar umbi yg tiada langsung amalan demokrasi, sebaliknya amalan rasuah politik sehinga timbul kekecohan seperti kekerasan, violence, baling membaling objek, maki memaki, tumbuk menumbuk dll..bahkan terdapat unsue perkauman di mana penyokong PKR etnik Bumiputra/Melayu berkelahi dengan penyokong etnik India.

Dan segala kejahatan yg dilemparkan PKR kepada BN merupakan kejahatan yg PKR sendiri turut memiliki dan tak mampu dibuang. Saya khuatir kalau PKR perintah Malaysia, mereka akan jadi lebih diktator dan kuku besi dari BN..

Esperalzi berkata...

Dilaporkan dalam akhbar hari ini pergaduhan sesama PKR, khususnya antara puak Zaid Ibrahim dan puak anti-Zaid. Zaid Ibrahim terang2 mengutuk Anwar Ibrahim kerana Anwar bukan Presiden tetapi berkuasa melebihi Presiden yg juga merupakan bininya, Wan Azizah.

Zaid keras menegaskan tiada siapa yg boleh berkuasa melebihi Presiden, termasuk Anwar. Kata Zaid, Anwar bukan Presiden PKR yg dipilih, hanya sebagai ketua umum atau ketua de facto. Tetapi kenapa Anwar berlagak macam dia lebih berkuasa dari Presiden dan kenapa pula Presiden membiarkan Anwar lebih berkuasa darinya?

Zaid mendesak Anwar secara rasmi bertanding jawatan Presiden kalau benar2 mau tunjuk kuasa tapi sangat salah bagi Anwar berlagak ketua yg kuasanya melebihi kuasa Presiden..

Semua ini Zaid luahkan secara terbuka kepada akhbar "kesayangan" PKR, Mingguan Malaysia/Utusan Malaysia yg sangat dibenci Pakatan Rakyat. Apa lagi! Pengikut2 Anwar yg anti-Zaid cepat2 meminta Zaid dihukum dan dikenakan tindakan tatatertib kerana meluahkan sentimen anti-Anwar secara terbuka. Kata mereka lagi, perbuatan Zaid itu melampau, melebihi batasan dan boleh merosakkan PKR. Kata mereka lagi, Zaid mesti guna "saluran tertentu" (cliche yg dah basi!)dan ada batasan kalau nak kutuk pemimpin pun..

Inilah pemimpin2 munafik PKR yg satu masa dulu menyokong Zaid mengutuk UMNO secara terbuka ketika Zaid masih dalam UMNO.Ramai orang UMNO waktu itu marahkan Zaid kerana kutukan terbuka terhadap UMNO dan meminta Zaid dihukum. Maka menjeritlah orang2 PKR waktu itu bahawa UMNO tak demokratik dan berfikiran sempit kerana menyekat hak demokratik Zaid untu bersuara bebas. Orang2 PKR ini mencampuri urusan dalaman UMNO secara terbuka dengan menyokong tindakan seorang pemimpin UMNO mengutuk UMNO secara terbuka.

Tapi hari ini Zaid bukan dalam UMNO, dia dalam PKR. Dan hari ini dia bukan kutuk UMNO secara terbuka tapi dia kutuk PKR secara terbuka. Tabiat kutuk parti sendiri secara terbuka memang dah lumrah pada Zaid, dia opportunis. Tiba2 orang2 PKR yang dulu amat menyokong Zaid kutuk UMNO dan kononya mempertahankan hak demokratik Zaid kini mahu Zaid dihukum, kerana dia kutuk PKR..

Itulah sikap munafik PKR. Bila pemimpin UMNO kutuk UMNO, dia dikatakan mengamalkan demokrasi. Bila pemimpin PKR pula kutuk PKR, itu sudah dikatakan haram dan perlu dihukum!

Kalau PKR perintah Malaysia begitulah cara mereka laksanakan kuasa mereka. Siapa yang kutuk musuh mereka akan disokong, tapi yang kutuk mereka akan dihukum termasuk menggunakan ISA. PKR tak akan buang ISA kalau mereka perintah Malaysia walaupun kini mereka berpura2 mahukan ISA dimansuhkan..

Jom kita semua boikot dan jauhi PKR, PAS dan DAP diseluruh Malaysia dari Perlis sampai Sabah..

hilbert berkata...

Terima kasih banyak2 bro Esperaizi diatas komen2 anda yang sangat bernas serta sokongan.

Bagi saya bro, kita sudah tiada masa lagi untuk memberi muka kepada PKR dan DAP ini dari terus untuk memperdaya dan menipu rakyat Malaysia dengan berbagai cara.

Dua-dua parti ini sudah jelas sangat dah menipu...dan kita semua harus berusaha untuk menentukan sesiapa saja patut segera menjauhi perjuangan mereka.

Arkib Blog