Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 01, 2010

Janji2 PR yang mungkin memukau segelintir rakyat Sarawak...


Semalam Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim telah berada dibahagian Limbang untuk memulakan siri penjelajahan 16 September yang turut disertai oleh Pengerusi perhubungan PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan beberapa pemimpin PKR yang masih tercari-cari identiti masing-masing.

Janji pertama yang ditabur Anwar kepada rakyat Sarawak yang ada di Limbang lebih kurang maksudnya untuk "mengkaya"kan penduduk yang miskin dikawasan Limbang supaya boleh menjadi kaya seperti Tan Sri Robert Kwok Raja Gula atau sekurang-kurangnya kaya seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan atau sama hebat dengan Raja Petra Kamaruddin yang boleh hidup mewah lagak Parish Hilton di London.

Janji kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya dalam siri penjelajahan yang mungkin boleh memukau setiap rakyat Sarawak yang mendengarnya agak-agaknya begini;

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya menawan Sarawak daripada Barisan Nasional dan seterus berjaya membentuk kerajaan serta jadi pemerintah, akan kami bina sebuah lift yang akan menghubungkan bulan dengan bumi dan rakyat Sarawak tak perlu lagi menggunakan roket untuk naik ke bulan.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Sarawak, akan kami pindahkan Gunung Mulu bersama Guanya sekali dari kawasan asal ke Kuala Baram agar senang pelancong datang untuk buat kajian dan sebagainya.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Sarawak, akan kami hapuskan masalah banjir serta-merta disemua tempat dalam Sarawak hanya dengan kuasa doa-doa pecah air dan bukannya doa pecah perut.

Kalau Pakatan Pembangkang berkuasa di Sarawak, akan kami ratakan semua bukit bukau serta gunung-ganang yang menjadi punca masalah sebab pembangunan sukar dilaksana kononnya oleh kerajaan BN sejak pentadbiran YAB Ketua Menteri Sarawak dan tanah serta pasir akan dijual kepada Singapura.

Kalau Pakatan Pembangkang menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak yang baru, maka kami semua DAP,PAS dan PKR berjanji akan mengenalkan konsep percuma 100% untuk selamanya kepada rakyat Sarawak, gaji percuma setiap bulan akan diberikan, makan minum semua percuma, air paip dan kesemuanya adalah percuma tak perlu bayar apa-apa.

8 ulasan:

pisau berkata...

hillbert,

karipap free ada tak anwar janji?

al-basri berkata...

salam jipo, harap diak2 dengah.
hihi.. ketawa saya baca.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak;
tidak ada kemiskinan,
tidak ada rasuah,
tidak ada salahguna kuasa,
malah kita orang Sarawak akan hidup seperti di syurga, dengan ceramah siang dan malam oleh PAS atau PKR. semua itu sudah cukup untuk mengenyangkan perut dan mengisi tabung serta akaun bank kita. justeru kita akan senang lenang...

tidak ada orang Sarawak akan masuk neraka, sebab syurga ditangan nik ajis. yang penting kita sokong PAS, maka terselamatlah hidup kita di dunia dan akhirat. sebab nik ajis adalah Tuhan.

bukan sahaja Sarawak akan kaya-raya, malah tidak akan ada kemelesetan ekonomi atau krisis kewangan dimuka bumi ini. sebab anwar adalah seorang graduan sastera melayu. ertinya, seluruh ekonomi dunia sangat bergantung dan terletak ditangan seorang graduan sastera melayu seperti anwar.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak; memaki hamun, menghina, memfitnah dan berbohong adalah Halal, yang penting tujuannya untuk menyokong PAS/PKR dan untuk menunjukkan kegilaan kuasa.

kronisme juga sangat digalakkan, sebab kerajaan Malaysia waktu itu dimiliki suami, isteri dan anak-anaknya.
kita juga akan mencipta sejarah dunia, sebab tidak pernah ada sesebuah kerajaan didunia ini di monopoli oleh suami, isteri dan anak-anak seperti dalam PKR.

lelah ko menulis, neah sambung udei..hehe

carmelo berkata...

kami rakyat s'wak dah bosan dgn gula2 projek & pembangunan BN..bila agaknya harga barang nak naik lagi or bila harga barang nak selaras lagi..

carmelo berkata...

janji2 pilihan raya BN pun tak kurang memukaunya...

kuchingitam berkata...

kita pun dah tahu yang anwar tu kaki temberang.tapi si pembela anwar masih lagi tak sedar.siapa nak jadi km Baru bian...hahahaha.apa qualificatian dia.nak pimpin sarawak bro,bukan hanya cakap kosong .....kalau takda pengalaman alamat miskinlah sarawak...

Tanpa Nama berkata...

FUYOOO NAK PINDAH GUNUNG MULU SKALI? PAKAI APE? PAKAI AIR LIOR JEK? KEHKEHKEH. JANJI TINGGAL JANJI JE LAAA BROO. SAJE NK BG ORG S'WAK TENGANGE DGR AUTA DIA HUHUHU

alehkayong™ berkata...

memang nobody is perfect kecuali Nabi S.a.w..
apa jaminan sidak pr tok munnya memerintah harga barang turun?
sidak dah banyak molah janji di negeri nak di menang sidak tapi sik mampu nak menunaikan janji.contohnya segek jaklah,air pree janji sidak , cek kitak betul2 berapa baldi jak free...

Yang di riso kita jika sidak tok berkuasa d sarawak apa jadi dengan hak agama ,perpaduan bangsa kita yang berbilang kaum?geney peluang anak cucuk kita khususnya sidak bumiputra disitok?tangar kita di melaya huru-hara.bapak sik negur anak,abg kelahi ngan adik,jiran becakar,bangsa beritey2.. hal politik.tok sebenarnya nak diembak sidak masuk kesarawak.ADA kita di sarawak macam ya???...BELUM.. TAPI MUN SIDAKTOK MERINTAH SIK MUSTAHIL.

kmk madah ngan kitak cara sidak berpolitik di malaya ya lain.
ketahui lah kitak rakyat sarawak sidak tok sik akan peduli camney cara sidak menang , agama diputarbelit , bangsa dilaga ,isu ekonomi dimain sidak.

kinek tok barang nait ..SELURUH dunia pun nait , tapi ada kita mengkaji subsidi nak diberik kerajaan tanpa kita sedari?contoh minyak ,gula,api,air dsb.

Mastermind sidak tok nang orng sanggup 'bedagang' agama , bangsa n negara.yang penting sidak dapat memerintah.
jangan ikut emosi bila diuji Allah.kata org tua menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian sik beguna..

hilbert berkata...

hehe..Pisau,
jangan kan karipap, seluar dalam pun bagi percuma..boleh bawa melancong juga tu,

Ok Jipo,,,(al-Basri), dao lah dengah ako gidei, harap kaau dao-dao kawak lah..
wahhh!!! idak aluk lah senarai janji2 PR nak kaau jipo hahaha...telo kena muwau buyak hehe,,

wouh Carmelo, janji BN selalu ditunai..kalau tak segera lewat sikit pasti akan dilaksana..sebab semua memerlukan kerjasama dari semua pihak..nanti kalau kerajaan BN dah luluskan projek tapi malangnya ada tuan tanah yg enggan beri kerjasama walau dibayar dengan pampasan yg berpatutan tapi lagi mau dibayar lebih dari harga pasaran. Mcmmana ya???

Baru Bian tu sekadar jadi remote control nanti..orang lain yg pegang..contoh TS Khalid Ibrahim MB Selangor...dia dah jadi Menteri Besar Boneka...

hhahaha bro Jeffry, janji PR adalah sinonim dengan angan2 16 September...nak ambik kunci Putrajaya daripada BN..hehe..

ro Alehkayong, menang memang ada tempat PR ni nanti akan menang..tapi utk mengambil alih Sarawak dari BN payah lah...tak semudah itu rakyat Sarawak menolak BN hanya kerana terpesona dgn janji2 palsu PR tu... kita sama2lah mohon doa agar Sarawak terlepas dari bala PR tu... fusssssss!!!!

Arkib Blog