Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 17, 2010

Kenapa DS Chua Soi Lek semakin miang ?

 

Sudah tertunaikah janji-janji DS Chua Soi Lek untuk membawa perubahan yang maha ajaib kepada parti MCA sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh beliau semasa kempen untuk merebut jawatan Presiden MCA yang menyaksikan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang turut bertanding semula pada pemilihan itu telah tewas ditangan DS Chua.

Perjuangan bermatlamat jelas iaitu untuk mendapat semula sokongan kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional secara keseluruhannya disamping ingin membersihkan MCA dari sebarang kontorversi, itulah antara lain ikrar yang pernah DS Chua luahkan bagi mengukuh dan menguatkan semula kedudukan MCA didalam Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.

Hari ini, semalam dan beberapa hari yang lepas...DS Chua Soi Lek kelihatan mula miang dan semakin gatal. Ini bukan jangkitan virus kesan dari watak biru yang pernah beliau lakonkan dalam sebuah video clip pada tahun 2007 dulu tetapi tidak dapat dinafikan besar kemungkinannya berpunca dari badi babak-babak yang beliau pegang dalam video tersebut.

Mula-mula DS Chua Soi Lek cuba mengganggu DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Amaran Dalam Negeri berhubung isu yang pernah dibangkit oleh Parti Perkauman Malaysia(DAP) berkenaan dengan desakan DAP yang mahu kouta biasiswa untuk kaum Melayu dan Bumiputera dimansuhkan dan desakan itu telah disambut dengan galak dan tepukan gemuruh oleh sekutu DAP diluar gelanggang iaitu MCA melalui Presidennya DS Chua Soi Lek.

Hari ini pulak, dalam isu yang sama..sekali lagi bintang porno veteran ini tanpa rasa segan silu, tanpa rasa hormat terhadap seorang pemimpin nombor dua negara, TPM YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin...cuba meneruskan siri serangan beliau keatas hak dan keistimewaan kaum Melayu dan kaum Bumiputera lainnya di negara ini.

Nampak sangat keberanian DS Chua tidak kena pada tempatnya. DS Chua mungkin berfikir beliau tak perlu risau dan tak perlu hormat kepada sesiapa kerana DAP sudah mengangkat beliau sebagai seorang wira kaum mereka, berani dan kurang ajar !

Kacang tak pernah lupakan kulitnya. Lautan juga tak pernah lupa pada daratan. Tetapi manusialah yang terbukti mudah lupa kepada asal-usulnya. Manusia dari kaum-kaum tertentu seperti inilah yang tergolong dalam jenis yang pelupa dan tak mahu mengenang budi kaum asal dinegara ini yang telah sanggup menerima mereka sebagai sebahagian daripada warganegara.

Kepada Pengerusi Barisan Nasional, YAB DS Najib...bertindak dengan tegaslah kepada Presiden MCA ini, jangan berdiam diri. Jangan biarkan DS Chua Soi Lek dari terus berbuat sesuka hati dia untuk menekan serta menyerang sesiapa saja yang dia rasa menjadi halangan untuk dia meneruskan perjuangannya dan DAP bagi meleburkan segala hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera yang masih tersisa di negara ini.
Posted by Picasa

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KWN MAKIN MENYAMPAH TENGOK SI BINTANG PORNO MCA TU. INGATKAN LEPAS ABIS KONTROVERSI DPT LA BANTU KERAJAAN BN TAPI TIDAK. MAKIN MIANG MENGERNYAM!. DAH JADI SOCHAI KIT SIYAL PLAK!. JGN TEKEJUT DKT2 PRU NANTI DIA BERPALING TADAH!! HARKK PTUIHHH!!

Apai Ngelai berkata...

salam bro hilbert,

MCA sengaja amik bintang porno jadi ketua bukan apa.. bila mintak pelik2 orang tak heran sebab dia memang jenis muka tak tau malu...

hilbert berkata...

Salam Jeff,

ye lah, mula kita ingat DS Chua ini lebih baik dari Ong Tee Keat tetapi 100% lebih parah lagi...kita juga ingat dia akan berusaha untuk merapatkan lagi MCA dengan rakan2 dalam komponen lain BN tetapi rupanya tidak.

Salam Apai,
betul tu Apai..DS Chua jenis muka tembok betul2... kalau orang lain mana mau lagi terlibat dengan politik dan berdepan dengan masyarakat umum...

Arkib Blog