Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 16, 2010

Haramkan pekerja dari wilayah Jawa masuk ke Malaysia !


Kejadian terbaru demonstrasi anti-Malaysia oleh rakyat Indonesia di Jakarta ekoran penahanan 7 orang nelayan yang dituduh menceroboh perairan Indonesia sementara itu pula 3 orang pegawai Penguatkuasa Kementerian Kelautan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia dari tempat kejadian yang sama.

Mengikut laporan awal, ketujuh-tujuh orang nelayan Malaysia itu telah diculik oleh pihak penguatkuasa kementerian kelautan Indonesia dan dibawa masuk melepasi sempadan wilayah dalam perairan Indonesia dan disanalah nelayan Malaysia telah dituduh menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Taktik yang telah digunakan oleh pihak penguatkuasa Indonesia pada insiden tidak ubah seperti cara yang telah digunakan oleh pihak berkuasa Israel ketika merampas dua buah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini iaitu Marvi Marmara dan MV Rachel Corry yang telah memaksa kedua kapal bantuan tersebut belayar memasuki ke wilayah perairan Israel dan selepas itu telah menahan kedua kapal tersebut yang kononnya telah menceroboh perairan negara pengganas itu.

Bila berlaku lagi kejadian-kejadian seperti ini maka sudah tentu mengingatkan kita kepada peristiwa yang terdahulu dimana kita dapat menyaksikan jalur gemilang telah dibakar, dipijak dan sebagainya selain ada usaha untuk menyerang negara Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing. Semua itu takkan luput dari ingatan rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Hasil dari semua kejadian seperti itulah kita dapat mengukur dan menilai hati budi sesetengah rakyat dari negara jiran kita itu. Saya tidak beranggapan yang kesemua rakyat Indonesia mempunyai pemikiran yang begitu terasing dari pemikiran mereka yang memang dikenali sebagai sebuah negara penduduknya adalah teramai didunia yang sudah semestinya patut memiliki keupayaan bertindak didalam kawalan yang munasabah dan bukannya suka bertindak diluar kawalan emosi.

Dan dari semua peristiwa-peristiwa yang tercetus dari sesuatu pertikaian yang sengaja diperbesarkan itu kita semua selaku rakyat Malaysia mungkin boleh membezakan kelaianan yang terdapat didalam masyarakat Indonesia itu sendiri tetap ada walaupun mereka ini sudah dikenali dengan semangat patriotik yang tebal terhadap negara tumpah darah mereka berbanding dengan rakyat negara lain khususnya rakyat Malaysia.

Kelainan yang saya maksudkan ialah tidak kesemua rakyat di Indonesia yang bersetuju dengan tindakan membabi-buta oleh sesetengah rakan-rakan mereka dari wilayah-wilayah yang tertentu malah ada yang jelas membantah serta mahu mencari penyelesaian dalam semangat satu rumpun atau semangat kejiranan.

Kita sudah menjadi semakin muak dan marah serta benci dengan kelakuan serta tindakan yang sering diguna oleh sesetengah rakyat Indonesia bila ada saja pertikaian berlaku dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia ini dan kita sebagai rakyat Malaysia harus cuba untuk mengenali mereka ini yang suka kepada jalan seperti itu datang dari wilayah mana.

Selama pemerhatian saya, rakyat Indonesia yang suka mengambil semua jalan mudah sebegini atau mudah sangat berbalah bila timbul sedikit permasalahan dengan Malaysia majoritinya datangnya dari Kepualauan Jawa atau mereka kebanyakkannya datang dari daerah Bandung, Surabaya, Semarang, Jakarta. Namun dari wilayah lain mereka jarang menyertai gerakan anti-Malaysia yang dianjur oleh rakan-rakan mereka dari wilayah Jawa.

Oleh itu, kerajaan Malaysia diharap dapat memperkenalkan dasar baru terhadap pekerja Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia dengan memperkenalkan 'dasar terpilih' terhadap mereka ini. Malaysia juga sangat diharap dapat mengambil langkah permulaan dengan mengharamkan semua bentuk urusan dengan rakyat Indonesia yang berasal dari wilayah Jawa kerana mereka inilah yang kerapkali suka menimbulkan suasana yang kurang baik didalam hubungan kedua-dua Malaysia dan Indonesia selama ini sekiranya terdapat sebarang pertembungan tentang apa jua isu yang berbangkit.

5 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, setuju dengan artiel tuan, kawan agak inilah sebahagian kuncu-kuncu upahan Anwar yang ada di Indonesia (penyokong golongan gay)... dan wajar sangat kalau pendatang dari Jawa ini disingkirkan terus dari memasuki Malaysia....

C L J berkata...

Kita tunggu dan lihat keikhlasan dari tindakan pemerintah Indonesia. Memangnya kita boleh dapat pekerja yang lebih kuat kerja dari negara negara sekitar yang lain. Tetapi kita masih menganggap Indonesia sebagai saudara terdekat dalam rangkaian serumpun ini.

Muka Petang berkata...

Jangan begitu wahai saudara, bumi Allah ni luas, kalau kita haramkan Indonesia maka berleluasa la saudara kita dari mata sepet turun ke Malaysia. Bukan membawa isu perkauman tapi sekadar merenung kalau tidak ada saudara sebelah Aceh turun ke Chow Kit mungkin Petaling Street akan panjang sampai ke Jalan TAR. Kita cuma patut memantau visa dan permit mereka agar tidak lalai sehingga mereka boleh mendatangkan musibah. Malaysia adalah negara yang kaya dengan rezeki berilah peluang kepada yang memerlukan dan sama-samalah kita memajukan supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga pekerja di satu-satu negara sahaja. Banyakkan peluang tapi pemantauan mesti kukuh agar semua aman damai dan hidup sejahtera di bawah 1Malaysia.

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

adooiiii indon ni buat perangai lagiii... bagi muka dia buat hal dia plak...

dah namanya ceroboh tak paham ke.... nasib baik negara serumpun bangsa melayu... kena hormat sikit ngan undang-undang Malaysia

hilbert berkata...

YG, kita mahu kerajaan Malaysia menapis kemasukan para dari Indonesia dan pastikan mereka yang datang dari daerah yang selalu buat hal didalam hubungan dua hala kedua negara diharamkan terus untuk mencari sebarang rezeki dinegara kita.

CLJ, Malaysia harus tegas dan jangan terlalu menurut..ini rakyat Indoneisa khususnya dari Pulau Jawa yang merantau ke Malaysia dan telah bekerja lama di negara kita hidup mereka kebanyakkannya dapat hidup mewah, punya kedai, punya pusat perniagaan sendiri sebagaimana rakyat Malaysia sendiri tetapi kenapa itupun mereka tidak pernah mahupun belajar bersyukur..

MP, ..kita bukan semua mahu buat begitu kepada seluruh rakyat Indonesia kerana yang selalu buat hal dengan negara kita ialah mereka yang datang dari wilayah Jawa dan mereka ini kebanyakkannya telah dapat hidup mewah di negara kita hasil dari kemakmuran dinegara ini..

Salam sdra Afzanizam, inilah yang boleh kita sebagai masyarakat yang tak tau dek untung. Kebanyakkan rakyat Indonesia yang berasal dari Pulau Jawa bekerja di negara kita, mereka boleh lebih berjaya membuka perniagaan di Malaysia ini kerna sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka mengambil mudah dalam semua hal...kita kecewa sangat dengan keadaan seperti ini..

Arkib Blog