Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 30, 2010

Menyelesai masalah 'Penan Ulu Baram' tak semudah yang disangka~~~


Saya sangat hairan bagaimana boleh beberapa badan bukan kerajaan NGO tempatan dan NGO luar serta juga terdapat sesetengah pemimpin parti politik khususnya dari parti seteru BN seperti Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin(PKR) serta beberapa lagi rakan beliau dari Pakatan Pembangkang dengan begitu mudah untuk mencari kesilapan kerajaan negeri Sarawak didalam isu yang berkaitan dengan masalah suku kaum Penan di Ulu Baram.

Mungkin bagi YB Zuraidah yang hanya datang ke kawasan tertentu di penempatan suku kaum Penan ini sewaktu isu itu berbangkit akan melihat bahawa masalah masyarakat terbabit sebagai mudah untuk diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat hanya dengan menekan kerajaan negeri Sarawak agar tunduk kepada segala tuntutan daripada kaum tersebut terhadap berbagai perkara dan akur kepada desakan NGO-NGO serta individu-individu tertentu yang sentiasa memperalatkan isu Penan ini untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Tidakkah mereka ini ingin tahu bahawa bagaimana kerajaan negeri Sarawak sejak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengambil-alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada YABhg Tun Haji Abdul Rahman Yaakub awal tahun 1980an telah berusaha begitu gigih untuk membawa masyarakat Penan ini bersama-sama dengan kaum Bumiputera lainnya kedalam arus pembangunan negeri agar kaum tersebut tidak ketinggalan serta dapat sama-sama mengecapi erti sebenar nilai politik pembangunan yang menjadi dasar kepimpinan YAB Pehin Sri Taib.

YB Zuraidah serta wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang lainnya mungkin hanya tahu menyalak tanpa mahu mencium bau sebenar apa dia masalah yang membelenggu sebenar masyarakat Penan Ulu Baram ini sehingga begitu sukar untuk kerajaan negeri Sarawak membawa serta membuat perubahan terhadap kaum terbabit. Orang luar memang belum tahu bahawa ada segelintir masyarakat Penan di Ulu Baram ini telah diajar oleh pihak-pihak tertentu bagaimana cara untuk menentang apa-apa jua dasar yang akan dibawa oleh kerajaan walaupun hakikatnya mereka tahu itu semua adalah untuk kebaikan kaum mereka juga.

Itu semua tentu sekali banyak orang akan sedia maklum iaitu apabila ada golongan yang menghasut pasti sekali pihak yang dihasut sedikit sebanyak akan terpengaruh dan golongan inilah yang akan dipergunakan oleh golongan yang menghasut itu tadi untuk mempengaruhi kumpulan masyarakat yang lebih besar lagi sehinggalah penentangan kaum ini terhadap semua usaha oleh kerajaan negeri untuk membawa perubahan kepada mereka sentiasa akan gagal dan tidak berhasil dan bila ini berlaku maka akan menjadi mudah untuk pihak-pihak berkepentingan ini mereka-reka cerita.

Yang menjadi lebih parah lagi apabila dalam masyarakat Penan di Ulu Baram itu sendiri mereka seringkali tidak seiya dan sekata dalam apa-apa jua perkara atau lebih tepat lagi mereka ini dapat bersatu untuk membina kaum mereka agar kuat untuk keluar dari masalah kemunduran semulajadi apabila lebih gemar memilih jalan persengketaan walaupun dalam isu-isu yang kecil dikalangan mereka dan jauh sekali untuk bersepakat.

Untuk memaju atau membawa masyarakat ini keluar bersama-sama dengan masyarakat peribumi lainnya adalah sesuatu yang amat mustahil untuk dilakukan kerana apabila hanya kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh berbuat demikian namun tidak bagi masyarakat itu sendiri maka sudah tentu semua usaha adalah hanya sia-sia.

Untuk menyalahkan kerajaan negeri Sarawak seratus peratus didalam isu yang membabitkan isu Penan di Ulu Baram ini maka saya rasa iainya adalah satu kesilapan dan masyarakat luar juga harus melihat kedalam apa masalah yang melingkari kaum Penan terutamanya di Ulu Baram itu sendiri apabila keadaan mereka sangat sukar untuk diubah, orang luar boleh bertanya disitu.

Mana mungkin untuk sesiapa juga mampu menuruti segala jejak-jejak masyarakat terbabit jika berhasrat untuk memberi sebarang bantuan serta kemudahan kepada mereka walau dalam bentuk apapun memandangkan cara hidup mereka yang suka berpindah-randah dan tidak mahu menetap disatu-satu kawasan tertentu sebagaimana kaum peribumi lain di Sarawak.

Lebih sukar lagi apabila suku Penan di Ulu Baram ini kadangkala jumlah mereka didalam satu-satu kumpulan cuma 8 orang, 9 orang dan yang paling menyukarkan sekali mereka ini tinggal dalam jarak yang sangat jauh diantara satu dengan yang lain dan selepas itu berpindah lagi ke kawasan yang sangat payah untuk dijejaki dan inilah diantara cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak didalam menyelesaikan masalah penempatan suku Penan di Ulu Baram sejak dulu lagi. Dibina rumah panjang, tidak mahu tinggal didalam rumah, mereka lebih suka membina para diluar supaya mudah bagi mereka memasang unggun api serta kegiatan yang lain.

2 ulasan:

Apai Ngelai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Apai Ngelai berkata...

salam sahabat,

kita bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab. Ada segelintir pemimpin yang tidak memberikan perhatian langsung terhadap masalah rakyat sehingga penyokong lari keluar parti.

Arkib Blog