Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 23, 2010

Tahniah ! ..rakyat Johor Darul Takzim bertuah...


Gembira sangat apabila melihat bagaimana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Johor Darul Takzim Tuanku Ibrahim yang begitu sudi telah mencemar duli untuk menemui serta mendekati rakyat jelata disetiap ceruk rantau negeri Johor.

Program 'Kembara Mahkota Johor' yang memang sinonim dengan penjelajahan Baginda untuk menemui seluruh rakyat Johor merupakan aktiviti Baginda sejak dilantik sebagai Tuanku Mahkota Johor lagi dan masih diteruskan walaupun kini Baginda adalah Sultan Johor yang menaiki takhta bagi menggantikan tempat Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah harus diberikan kepada seluruh rakyat Johor Darul Takzim kerana mempunyai seorang Sultan yang begitu mudah didekati oleh rakyatnya serta begitu mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Baginda.

Kemesraan Baginda Tuanku Ibrahim ini pasti sentiasa mengingatkan kita semula akan keramahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terhadap rakyat Baginda ketika hayat Almarhum sebagai Sultan Selangor Darul Ehsan dulu dan juga kita sebagai rakyat biasa boleh melihat bahawa wujudnya persamaan sifat semulajadi yang mulia diantara Tuanku Ibrahim dengan Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah untuk selalu dengan rakyat bagi membolehkan kedua-dua Baginda lebih faham tentang permasalahan rakyat bawahan.

Mampukah YB-YB yang telah dipilih oleh rakyat negara ini sebagai wakil mereka baik kawasan DUN mahupun kawasan Parlimen mengikuti jejak langkah KBDYMM Tuanku Ibrahim ini untuk sentiasa dekat dengan rakyat ?

Tidak sabar juga menanti giliran KDYMM Sultan Johor ini untuk ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, semoga negara Malaysia terus aman dan makmur dilimpahi dengan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan dibawah naungan Raja yang berjiwa rakyat.

4 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KWN PUN TUMPANG BANGGA SBG ANAK JOHOR HUHUHU :D

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salah satu kekuatan bangsa Johor adalah kerana Rajanya yang berdaulat. Raja Berdaulat kerana doa rakyat. Justeru itu Sultan Johor ini amat menjaga rakyatnya, banyak exco-exco dan ahli politik Johor yang di lihat oleh baginda tidak berada di jalan yang lurus di panggil mengadap.Sultan Johor lebih percaya aduan rakyat marhain daripada sembah pembesar negeri.

Sebagai anak bangsa Johor kami percaya bahawa baginda Sultan adalah payung rakyat.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

MEMANG BEST JADI ANAK JOHOR...NASIB BAIK JADI RAKYAT NEGERI JOHOR...ALHAMDULLILLAH

hilbert berkata...

Negeri Johor pada saya merupakan antara negeri yang sangat menarik, maju, aman dan selamat untuk dikunjungi...

Arkib Blog