Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 27, 2010

...bila Ulama masuk UMNO, bukan Islam pula masuk PAS...


Apabila berita tentang sokongan para Ulama terhadap UMNO semakin meningkat dan ditambah lagi dengan penyertaan 40 orang daripada mereka yang masuk kedalam UMNO baru-baru ini diketahui umum terutamanya rakyat Malaysia sudah tentu ini sesuatu yang sangat menarik bagi saya kerana pada perkiraan saya ialah bila saja UMNO semakin mendapat sokongan padu daripada seluruh kaum Melayu serta Bumiputera Islam lainnya di negara ini maka adalah satu perkara yang betul dan tepat masanya untuk orang bukan Islam yang berhajat hendak memilih Islam sebagai pedoman hidup.

Berbeza pula dengan parti PAS apabila sepatutnya orang Islamlah yang masuk dan memberi sokongan berterusan kepada perjuangan mereka namun sayang sekali bilamana ruang itu kini telah diisi oleh 'orang-orang bukan Islam atau kafir' melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)tanpa perlu mereka ini untuk memeluk agama Islam terlebih dulu.

Harapan agar Malaysia terus aman, maju, harmoni dan sejahtera selalu dibawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional...

8 ulasan:

ISAC berkata...

Ke arah satu Malaysia bro...

ISAC berkata...

Idea yang menarik.....Daripada pemerhatian yang teliti...

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, sepatutnya PAS sudah lama membuang perkataan Islam pada nama parti...... tapi apa boleh buat, perkataan Islam itulah senjata PAS untuk memperdaya umat Melayu Islam....

OtAkZ berkata...

Amat setuju dgn cadangan YANG GAMBI..Jika PAS buang ISLAM maka UMNO juga patut buang MELAYU..agar Melayu dan Islam tidak terpedaya dgn Politik Haprak ini cuba baca:-
http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=print&sid=2332

lagendakebayan berkata...

salam persahabatan

http://lagendakebayan.wordpress.com/

hilbert berkata...

...terima kasih,

tahniah orang Johor ;)

..betul tu YG, PAS dah ada DHPP...maka tidak 'molek' nama Islam masih ditaruh bersama dengan parti sebab dasar mereka sudah berubah dari sebelumnya.

OtakZ, saya rasa tak perlu UMNO buang perkataan Melayu daripada parti itu sebab dasar perjuangan UMNO kekal sebagai ianya diwujudkan dulu..

LagendaKebayan, salam 1Malaysia :-)

hilbert berkata...

bagi saya, apabila PAS mendakwa bahawa mereka telah berjaya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam, sebenarnya itu satu kekeliruan,..

..yang pasti ialah PAS hanya berjaya mendekatkan orang bukan Islam kepada parti PAS saja, bukannya kepada Islam.

Lihat saja kepada DHPP, orang bukan Islam hanya masuk DHPP tapi bukannya masuk Islam. Itu saja.

al-basri berkata...

salam,
PAS sanggup buat apa saja nak tarik sokongan pengundi. itu saja target dia...tak lebih dari itu.

Arkib Blog