Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 03, 2010

Kejadian Israel merampas passport rakyat Malaysia harus dirujukkan ke Mahkamah Antarabangsa The Huge


Peristiwa paling tragis yang telah menimpa seorang Komander Kanan pemimpin Pergerakan Hamas, Mahmoud al-Mabhuh pada subuh Rabu 20 January 2010 disebuah hotel penginapannya di Dubai dimana beliau telah bunuh oleh skuad pembunuh Israel Mossad seharusnya terus diambil sebagai iktibar dan peringatan kepada kita semua kerana ketika pembunuhan itu berlaku pihak rejim zionis telah meyalahgunakan passport antarabangsa negara seperti Britain, Ireland, Jerman, Perancis dan Australia untuk melengkapkan matlamat mereka.

Dan dalam insiden terbaru apabila pengganas serta lanun-lanun laut Israel telah menyerang kapal Mavi Marvara yang dinaiki para sukarelawan dari seluruh dunia dengan membunuh 9 orang sukarelawan iaitu 8 orang rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza yang membawa bersama mereka beberapa jenis barang bantuan untuk dihulurkan kepada rakyat Palestine di Gaza dan selain itu pengganas Israel telah mencuri passport antarabangsa milik rakyat Malaysia.

Apabila saya mendapat berita bahawa passport salah seorang daripada rakyat Malaysia telah dirampas dan dicuri oleh pengganas Israel tentu sekali saya akan menunggu apa agaknya tindakan seterus Wisma Putra samada untuk mendapatkan kembali dokumen yang paling bernilai itu dalam bentuk asal atau juga pihak kementerian luar akan membiarkan saja dokumen tersebut terus berada didalam genggaman tangan pihak pengganas Israel tanpa mensyaki apa-apa akan dilakukan oleh pengganas Israel dengan menggunakan passport antarabangsa rakyat Malaysia itu.

Banyak yang dapat saya nampak akan tujuan sebenar pengganas Israel menyimpan passport antarabangsa milik rakyat Malaysia itu dan antaranya ialah akan digunakan untuk membunuh beberapa orang pemimpin rakyat Palestine dan sekiranya ini terjadi sudah tentu hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestine akhirnya akan mula bermasalah dan ini akan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat Palestine terhadap Malaysia, maka inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pengganas Israel.

Sebaiknya, sebelum terlambat adalah sangat elok untuk Malaysia membawa kes pengganas Israel mencuri dokumen rakyat Malaysia ini ke Mahkamah Antarabangsa agar keputusan dapat diperolehi darinya yang membolehkan passport antarabangsa tersebut dapat dikembalikan kepada Malaysia.

5 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...ZIONIS NI LICIK BROO. DIORANG BLEY PASANG SPY KAT MANA2. DLM M'SIA NI PUN DIORANG SNANG2 BLEY KUAR MASUK MCM TU AJE. NUUNN KAT NEGARA SBRANG TAMBAK TU SURE RAMAI SPY DH BG INFO BAIKKK PUNYE KT KETUA DAJJAL ZIONIS. PM KENA HATI2 SKET BROO

hilbert berkata...

Betul bro Jeff, dalam Parlimen kita dah terang2 ada talibarut zionis ni...macam mana negara kita nak mengelak dari pengaruh yang merbahaya ini...jadi kerajaan harus lebih tegas.

shonzu berkata...

Pembaca sekalian, cuba fikirkan... sebagai seorang pemikir ke 32 terbaik di dunia (Al-Jub), hanya mampu buat demonstrasi anti-Israel je??? Orang yang tiada dalam senarai pemikir terbaik dunia pula (Tun Mahathir) semakin berjaya menghampiri dan menghantar bantuan makanan, keperluan dan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Bagaimana pula tokoh Islam ke-42 paling berpengaruh di dunia (N.Ajis tua kutuk)???? Tengah sedap makan kek Black Forest sedekah dari Al-Menantunya kut???

Lawak sungguh pemikir Islam dan pemikir bertaraf antarabangsa yang kononnya terkenal seantero dunia tu..... Hahahahahahaha....

Pilih Islam Anda Selamat, Pilih PAS Anda Sesat

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, yahudi-Israel sudah rasakan mereka lebih daripada Polis antarabangsa, mereka lebih kuasa... macam sekutu yahudi-israel Anwar barua dan Nik Aziz juga, mereka sudah rasa macam raja, boleh hemtam apa saja pada UMNO-BN.....

hilbert berkata...

Shonzu, dia(Al-Jub) adalah peliwat ke 32 takbaik di dunia...

YABhg. Tun Dr. Mahathir adalah satu dalam sejuta...beliau seorang pemimpin yang sangat luarbiasa...

YG, ..Israel hanya akan dapat ditundukkan jika semua negara Islam bersatu, Negara Teluk atau Liga Arab juga bersatu... selagi negara-negara ini berpecahbelah maka selagi itulah Palestine terus ditindas pengganas Israel.

Arkib Blog