Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mei 14, 2010

P212 Sibu: 3 rumah ibadat terbesar Asia Tenggara terletak di Sibu, bukti kebebasan beragama di Malaysia.


Gereja Roman Katolik Scared Heart yang terletak ditengah-tengah Bandar Sibu merupakan Gereja Kristian yang terbesar di sebelah Asia Tenggara. Ini adalah bukti jelas bahawa kebebasan beragama berjalan dengan subur di Malaysia sejak sekian lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional walaupun negara ini adalah sebuah negara Islam.

Kuil Buddha Yu Lung San Tien En Si yang boleh dikunjungi orang ramai terletak di KM26 Jalan Sibu - Bintulu yang mana pembinaannya telah menelan kos sebanyak RM60 juta juga merupakan Kuil Buddha terbesar di Asia yang sering menerima ramai pengunjung setiap hari melambangkan kebebasan beragama di Malaysia khususnya di Sarawak sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan Barisan Nasional dan sudah tentu sekali menangkis dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang mendakwa bahawa tiada kebebasan beragama di negara ini.

Ini juga, Pagoda 7 tingkat yang terletak ditebing Sungai Rejang dihadapan terminal bot express lama Sibu merupakan Pagoda tercantik dan tertinggi di Malaysia menjelaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tidak pernah ada halangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional selama ini dan inilah bukti yang nyata bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional lah satu-satunya kerajaan yang mengamalkan cara kepimpinan yang terbuka dan tidak menekan rakyat.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! ..demi keharmonian kaum dan kebebasan beragama untuk seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

2 ulasan:

ISAC berkata...

Betul bro,

Tengah2 bandar lagi tu.... Kalau orang asing datang ke Sibu, pasti mereka takkan terfikir bahawa Sibu berada di bawah Negara Malaysia yang agama resminya agama Islam....

Jadi siapa kata tiada kebebasan beragama di Malaysia? DAP ni X habis-habis nak melaga-lagakan rakyaat demi untuk mencapai kuasa...

Patutlah mereka bermati-matian menentang ISA, memang sepatutnya mereka ini semua dihumban ke dalam kem Kamunting....

hilbert berkata...

Terima kasih Bro ISAC,

Yelah, kalau orang baru pertama kali mendarat di Sibu memang orang teringat Singapura..hehe

Arkib Blog