Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 17, 2010

Keluarga Askar yang maut dilanggar Tian Chua bangkit menuntut keadilan...

(...gambar atas 'ihsan? daripada The Unspinners, terima kasih untuk mereka)

Kedua ibubapa serta ahli keluarga kepada anggota tentera iaitu Allahyarham Mohd. Salleh bin Hamdan yang terkorban setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta Mercedes Benz milik Ahli Parlimen Batu Tian Chua di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti pada malam jumaat 13 Mac lalu dilapor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen dari PKR itu.

Hamdan, bapa kepada mangsa turut menjelaskan mereka akan berbuat demikian apabila keadaan telah mengizinkan serta sekiranya mereka merasa sudah berada didalam keadaan yang tenang dan bersedia setelah mengalami keadaan yang sangat sedih dan trauma disebabkan kejadian yang tidak diduga sama sekali akan berlaku ke atas keluarga mereka sehingga mengakibatkan mereka telah kehilangan anak yang tersayang.

Saya ingin berkongsi berita ini dengan semua pembaca melalui akhbar Utusan Malaysia di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm , sila baca...ada kandungan seterusnya yang lagi menarik untuk dikongsi bersama.

Lagi komen;
...selanjutnya kita mahu lihat bagaimana pihak Pakatan Pembangkang(DAP,PKR dan PAS) untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang dasar perjuangan sebenar mereka yang sering dilaung-laungkan selama ini sebagai 'Adil dan Saksama tanpa mengira siapa, tanpa mengira bangsa, tanpa mengira agama, tanpa mengira pangkat, darjat dan kedudukan(sesuai dengan surah yang pernah diucap oleh YB Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping Perak suatu ketika dulu iaitu Pakatan Pembangkang "akan berlaku adil kepada semua") dalam isu ini.

Kita rakyat Malaysia dalam kes Tian Chua melanggar Askar Melayu sehingga maut itu mesti mahu melihat setakat mana mereka iaini Pakatan Pembangkang berjuang untuk menegakkan kebenaran bagi menuntut keadilan untuk semua pihak "mangsa-mangsa" yang pernah teraniaya, pernah ditindas, yang terkorban dan sebagainya sepertimana yang pernah mereka lakukan sebelum ini untuk kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Dalam kes ini, adakah pemimpin DAP,PKR dan PAS juga akan mendesak kerajaan untuk menubuh satu lagi badan penyiasat bebas iaitu Suruhan Jaya DiRaja bagi menyiasat punca berlakunya kemalangan itu sekiranya mereka mahu melindungi Tian Chua dari sebarang tuduhan serta untuk mengelak Tian Chua akan dianggap oleh masyarakat sebagai penyebab kepada kematian Allahyarham Mohd. Salleh bin Hamdan disamping itu juga adakah DAP.PKR dan PAS akan turut berbuat sesuatu untuk mendapat keadilan yang samarata bagi pihak keluarga anggota tentera terbabit dalam kemalangan itu ?

4 ulasan:

ISAC berkata...

PKR Johor sepatutnya berikan wang khairat kematian RM 20k untuk keluarga arwah untuk tujuan kos pengkebumian sebagaimana yang diberikan oleh Keraajaan negeri Selangor kepada keluarga Teoh Beng Hock. Demi untuk berlaku adil....

hilbert berkata...

Ye, tepat sekali tu ISAC.. barulah boleh dikatakan 'keadilan untuk semua' seperti kata Nga Kor Ming dulu..

sampai sekarang pun kita tak dengar lagi PKR,DAP,PAS cakap pasal insiden itu...

...apa istimewanya TBH jika dibandingkan dengan seorang Askar, anggota ATM kita...

TBH hanya seorang Setiausaha Politik Ronnie Liu, sedangkan Allahyarham Mohd Salleh seorang anggota keselamatan barisan hadapan negara.

trackers berkata...

minta maaf bro...nk btlkn ckit..
eksiden tue bkn kat lebuhraya jb mersing...tp kat jln kota tinggi mersing..suka bc blog bro,tp kna make sure gak r smua info n data tue at least tally ngan data sebenar even kita quate dr source len...jgn jd blogger PR yg men sebat jer,fitnah ker,citer palsu ker,'hear say' ker,smua men sebat jer...
thnkz bro...

hilbert berkata...

Terima kasih Trackers atas pembetulan, nanti saya ubah.. ada juga posting yang lepas mengenai perkara yang sama..

Terima kasih..

Arkib Blog