(gambar diatas cuma hiasan)
Sebelum saya menulis sekali lagi berkenaan dengan perihal kemalangan yang membabitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mana kereta yang membawa beliau telah melanggar seorang anggota tentera Diraja Malaysia sehingga menyebabkan kematian kepada askar terbabit iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan, saya ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan soleh.
Biasanya jika seseorang perajurit, askar ataupun tentera tewas dimedan perang menentang musuh ketika mempertahankan negara baik diperbatasan darat, laut ataupun udara, mereka akan dikenang dan sentiasa diingat sebagai seorang pahlawan serta bunga bangsa oleh pemimpin-pemimpin serta para pembesar negara.
Kerjaya sebagai seorang anggota tentera, satu tugas dan tanggungjawab yang penuh dengan segala risiko yang berbahaya, namun sebagai menyahut seruan perwira dan juga pertiwi segalanya tidak menjadi penghalang kepada semua para anggota tentera kita untuk terus menabur bakti demi kelangsungan keadaan dalam Malaysia yang aman, selamat dan sejahtera untuk selamanya.
Tetapi bagaimana pula dengan keADILan untuk seorang anggota tentera Mohd Salleh Hamdan yang terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki oleh seorang Ahli Parlimen yang memang pakar dalam selok-belok menyusun fitnah, Tian Chua, Anggota Parlimen Batu ?
Akan adakah usaha dilakukan bagi mendapatkan pembelaan untuk Allahyarham Mohd Salleh walaupun beliau telahpun meninggal dunia ? Siapa yang akan berjuang untuk menegakkan keADILan bagi pihak ibubapa, adik beradik serta tunang Allahyarham ? Dimana Angkatan Tentera Malaysia dalam isu ini apabila pihak mereka telah kehilangan seorang anggota akibat kemalangan itu ?
Kementerian Dalam Negeri, bila masa lagi mau memberi penjelasan kepada rakyat, macamana pemandu pacuan empat roda itu serta juga seorang Ahli Parlimen yang masih terikat dengan kes di Mahkamah apabila terlibat dalam kemalangan di jalan raya masih boleh meneruskan perjalanan beliau ke tapak ceramah yang dianjurkan tanpa dibawa bersama ke balai terlebih dahulu untuk ditahan serta untuk diambil keterangan, diperiksa tahap alkohol pada pernafasan mereka ?
Selalunya kalau kemalangan seperti itu melibatkan rakyat biasa atau rakyat bawahan, pasti pemandu serta sesiapa saja yang terbabit akan dimasukkan ke dalam lokap dulu sementara menunggu perintah reman diperolehi daripada pihak Mahkamah. Tetapi saya bukan hendak mempersoalkan prosedur seperti ini, malas nak mempertikaikannya...silap haribulan penulis pula yang kena getahnya.
Walau apapun, kita semua masih menunggu apakata Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Nizar, Datuk Nik Aziz, Husam Musa, Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS.
Jika pada kematian misteri TBH mereka ini sanggup bertindak seperti kata pepatah "masuk kandang lembu menguak" dan " masuk kandang kambing mengembek", jadi bagaimana sekarang ?...kandang harimau sudah terbuka...tidak mahu mengaummmm!!! ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Mac 14, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
4 ulasan:
Salam stu Malaysia Bro...
Pepatah tu X berapa sesuai lah....
Bukan mahu tunjuk pandai...Sebagai saudara kit kena saling membantu dan tegur menegur demi kebaikan.
Pepatah saudara tu lebih dekat maknanya dengan pepatah "di mana bumi kita pijak di situ langat kita junjung" = "bumiyang" ... :).
Mamat yang gigit telinga polis ni X habis2 nak kondem tentera...
Kat Bagan Pinang pakatan "memfitnah" tentera jadi kuda "tunggangan" Umno/BN kini "membunuh" askar pula....
Salam 1Malaysia ISAC,
Terima kasih bro, bagus begitu jika ada yang tak kena mesti ditegur, lagipun saya memang terbuka kepada teguran dan ianya saya harap dapat membantu saya dalam menyampaikan sesuatu untuk dikongsi bersama dengan lebih berkesan lagi.
Sebenarnya saya gunakan kiasan tu bagi merujuk kepada tingkahlaku pemimpin Melayu dari Pakatan Pembangkang semasa mereka menghadiri upacara sembahyang jenazah mendiang TBH dulu.
Pegang lilin, tunduk-tunduk kepala. Walhal perbuatan seperti itu memang ditegah dalam Islam tapi kerana mabuk kuasa untuk memerintah negara Malaysia mereka sanggup juga lakukannya walaupun tahu ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Al-Fatihah buat arwah. Takziah buat keluarga arwah..
Takde pulak suruhanjaya di-Raja ditubuhkan?
Terima kasih Anak Malaysia,
itulah yang kita tunggu-tunggu ni...mau dengar dan lihat apa bentuk tuntutan yang akan dikemukakan oleh DS Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Husam Musa, Azmin Ali, Khalid Samad, Zuraidah Kamaurddin, Mustapa Ali dalam kes itu.
Adakah mereka akan menuntut ditubuhkan Inkuiri Awam untuk menyiasat sebagaimana yang mereka buat untuk mendiang Teoh Beng Hock dulu... mau lihat dimana keadilan yang samarata seperti mereka laung-laungkan selama ini///
Catat Ulasan