Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 14, 2010

Apa sudah jadi dengan artis-artis di negara kita ?

Sesudah Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah yang ditahan oleh pihak berkuasa di Sarawak sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dengan sebuah penerbangan dari Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1982 kerana terlibat didalam penyalahgunaan najis dadah, pengelibatan oleh beberapa orang artis di negara ini dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang negara seperti tidak ada titik tamatnya.

Vokalis kumpulan rock Iklim, Saleem yang terkenal dengan lagu "Suci Dalam Debu" juga turut tidak terkecuali setelah terjebak beberapa kali didalam kegiatan penagihan dadah serta beberapa kali masuk ke pusat pemulihan sebagaimana yang pernah dialami oleh Jamal Abdillah sebelum itu.

M. Sani, penyanyi terkenal era tahun 1970an pernah menggemparkan dunia hiburan beberapa tahun yang lepas apabila terlibat didalam kes moral. Penyanyi Evergreen, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang juga artis seangkatan M. Sani atau lebih awal lagi berkecimpung didalam seni suara, juga pernah berdepan dengan tindakan undang-undang apabila beliau didakwa menghantar suatu emel yang tidak sewajarnya kepada Penyanyi No.1 Negara Datuk Siti Nurhaliza.

Dramatis dan juga pelakon drama TV yang bersuami muda, Rosnah Mat Aris juga pernah diambil tindakan tatatertib oleh badan penyiaran apabila beliau didalam satu kenyataan media telah didapati menghina Nabi Muhamad S.A.W iaitu satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku umat Islam walaupun beliau ini iaini Rosnah Mat Aris hanyalah seorang artis.

Semalam, apa yang sangat mengejutkan saya ialah mengenai satu berita yang menyebut berkenaan dengan seorang pemain gitar yang juga anggota kepada kumpulan rock terkenal awal tahun 1990an, Ekamatra yang top dengan lagu "Sentuhan Kecundang" dan " Pusara Di Lebuhraya" telah ditahan oleh pihak polis ketika beliau dalam percubaan untuk melakukan jenayah pecah masuk kedalam sebuah rumah milik jiran beliau sendiri.

Mengejutkan lagi apabila berita menyebut bahawa adik beliau yang juga adalah anggota Ekamatra kini masih lagi dalam buruan polis kerana terbabit didalam kes mencuri barangan bernilai dalam rumah seperti dua buah laptop, telefon bimbit serta melarikan sebuah kereta produa kancil milik rakan serumah beliau sendiri.

Kumpulan Ekamatra merupakan salah sebuah kumpulan rock yang paling saya minati selain kumpulan rock lainnya seperti Spring, Slam, Black Rose, Febians, Wings, XPDC, Budak Kaca Mata, Arrow, May kerana lagu-lagu mereka bagi saya mempunyai kekuatan tersendiri dari segi mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengar serta peminat.

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila mereka sendiri pulak yang terjerumus kedalam masalah yang dibawa untuk mendidik pendengar bagaimana untuk merungkaikanya walaupun ianya disampaikan dalam bentuk lagu dimana sepatutnya mereka inilah yang seharus memperlihatkan teladan yang baik kepada peminat untuk dijadikan ikutan.

Selang beberapa hari selepas kes anggota kumpulan Ekamatra, seorang lagi artis iaitu pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah bintang popular telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium yang dipercayai digunakan sebagai pusat memproses dadah berbagai jenis. Benjy, beliau adalah anak kepada penyanyi awal 1980an serta pelakon filem dan juga dramatis yang lebih dikenali dengan gelaran 'bintang airmata' Seniwati Azean Erdawati.

Inilah, apa akan terjadi kepada industri seni di negara kita jika berterusan mereka sendiri ini yang bergelar sebagai anak seni telah gagal menjaga dan memelihara makna nilai-nilai serta kehalusan dan keindahannya jika mereka sendiri pula yang merosakkannya ? Dimana tanggungjawab persatuan-persatuan arits seperti SENIMAN, PAPITA dan sebagainya didalam menjaga kebajikan ahli-ahli mereka yang bermasalah supaya tidak terus mencemar nama baik industri ini sendiri dimasa yang akan datang.

2 ulasan:

DR 1221 berkata...

salam
bimbang sekiranya yg tidak bermoral diangkat menjadi idola oleh rakyat.......

hilbert berkata...

salam DR 1221

Lebih kurang macam Penasihat PKR lah agaknya hehe

Arkib Blog