Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Februari 12, 2010

Ugutan bunuh: Saiful ke Balai Polis, Anwar lari ke Kedutaan Turki

Inilah beza diantara dakwaan yang ada asas dengan dakwaan yang langsung tidak berasas.


Pada penghujung bulan Jun 2008 negara telah digemparkan dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa keselamatan beliau terancam dan dalam keadaan yang sangat berbahaya kerana "ugutan bunuh" yang diterimanya sehingga memaksa beliau lari dan bersembunyi bagi mencari perlindungan diri di Pejabat Kedutaan Turki selama 2 hari bermula petang 28hb hingga 30hb Jun 2008.


Yang pelik dan "aneh"nya ialah kenapa sehingga ke hari ini belum ada satupun laporan polis yang dibuat oleh pihak Datuk Seri Anwar untuk mengesahkan bahawa dakwaan beliau benar ataupun sebaliknya disamping untuk memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.


Dan, beberapa hari yang lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan pula telah membuat laporan polis mengenai ancaman yang serupa iaitu 'ugutan bunuh' terhadap dirinya berdasarkan pada satu komen yang tersiar didalam sebuah laman facebook milik Datuk Seri Anwar yang mana komen tersebut telah dihantar oleh individu yang dikenali dengan nama Anaz Zahari namun akaun itu didapati telah dipadam kemudiannya.


Berdepan dengan ancaman seperti itu, jelas kita nampak bahawa Mohd Saiful telah menggunakan saluran yang betul untuk mencari tempat perlindungan bagi melindungi diri serta keluarganya dengan membuat aduan terus berhubung dengan ugutan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut tanpa perlu bersusah payah mengetuk pintu pejabat kedutaan asing untuk tujuan mendapatkan perlindungan.


Tetapi setelah Mohd Saiful membuat aduan di Balai Polis mengenai ugutan yang diterimanya itu, Datuk Seri Anwar ketika diminta mengulas oleh wartawan mengenai perkembangan itu telah melahirkan rasa kehairanan beliau terhadap laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful serta menyatakan yang dakwaan Mohd Saiful itu sebagai "aneh."


Apa yang 'aneh'nya? ...kan ke Mohd Saiful telah mengikut garis panduan yang betul dalam tindakannya dengan membuat aduan terus kepada pihak berkuasa supaya perkara itu dapat disiasat serta diambil tindakan lanjut serta beliau juga berani tampil beserta dengan fakta sebagai sokongan kepada dakwaannya itu sedangkan Datuk Seri Anwar hingga ke saat ini belum lagi berbuat demikian bagi mengesahkan samada dakwaan yang serupa terhadap beliau dulu itu benar atau sebaliknya. Lagi 'aneh dan pelik'kan...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang muka tak malu..duta turki pun tak suka dia datang sana..

PAPA GOMO berkata...

salam bro... AMARAN DAN PERHATIAN KEPADA SEMUA http://www.papagomo.com/2010/02/perhatian-amaran-kepada-pelayar.html

C L J berkata...

Bagi hamba sikap Anwar itu tidak aneh kerana dia tu memang macam tu. Yang anehnya ialah ada juga orang macam tu dalam dunia nih. Ingatkan Yahudi dan komunis je yang berperangai macam tu .....

hilbert berkata...

Salam semua,

ye lah Siddiq, dah dua hari Anwar memerap dalam pejabat duta Turki, merekapun mulai meluat dan paksa dia keluar hmmmmm...

GOMO, saya perihatin mengenainya..terimakasih atas maklumat ;-)

CLJ, memangpun dia macam tu, tapi dia cakap orang lain yang aneh pulak...

Arkib Blog