Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Februari 05, 2010

Terdesak :-) Nik Aziz sanggup buka semula pintu PAS kepada UMNO setelah ditutup rapat

Dulu semasa isu 'kerajaan perpaduan' antara PAS dengan UMNO yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mendapat reaksi yang sangat baik dari hampir kesemua orang UMNO serta juga anggota PAS sendiri, tetapi sayang sekali apabila cadangan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz.

Sampai kepada satu peringkat dimana selepas mesyuarat khas PAS untuk membincangkan isu cadangan oleh Haji Abdul Hadi itu telah mencapai kata putus iaitu PAS sebulat suara menolak idea Presiden PAS itu, dengan megahnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa PAS telah menutup serapat-rapatnya pintu rundingan dengan UMNO tidak kira mengenai apa juga masalah yang dibangkit.

Tetapi sekarang, apabila isu "langsir ditutup, lampu bilik tidur juga ditutup" tiba-tiba saja Datuk Nik Aziz membuat jemputan 'kilat' kepada UMNO dengan membuka balik pintu PAS yang sebelum ini telah ditutup, dikunci, dirantai supaya UMNO boleh masuk kembali berbincang dengan mereka.

Saya melihat langkah sangat terdesak umpama "seperti menjilat ludah sendiri" yang sedang diambil oleh Datuk Nik Aziz untuk berbaik-baik semula dengan UMNO ialah kerana mungkin beliau merasakan sesuatu perkara buruk pasti akan berlaku keatas PAS sekiranya tiada usaha awal diambil untuk menyelamatkan PAS dari terjerumus sama dengan PKR yang sedang berdepan dengan banyak masalah dalaman dan luaran sebagaimana semua rakyat sudah sedia maklum.

2 ulasan:

raiha ahmad berkata...

salam,

Apa salahnya jika mereka ingin berdamai dan sebagai rakyat Malaysia? Harus disambut baik perdamaian ini dan kita patut bersyukur dengan membayangkan dua parti besar negara bersatu dan berpadu menyelamatkan agama dan bangsa yg semakin dipijak2 oleh org lain..tak sedarkah isu perkauman seakan2 menjadi taruhan,hingga sanggup bbrp pihak menuntut nama Allah,bangsa kite di tanah sendiri juga dah ditindas..org Melayu ditindas di bbrp buah negeri,rezeki mereka disekat..tak nampak ke lg ke?
Mungkin inilah hikmahnya Allah nak bagi dan buka mata pd semua untuk berdamai.
Jika mereka bersatu dan berdamai,agama dan bangsa kite juga dipelihara.Saya rasa peranan media dan bloggers penting dalam menjernihkan keadaan dan berfikiran sebagai rakyat yg pentingkan keamanan,bukan ego dengan ideologi politik masing2 yg akhirnya menghancurkan bangsa dan agama sendiri-jika kite terus meng'api'2kan keadaan,bermakna kita tak sayang bangsa dan agama untuk anak2 kite..bangsa dan agama kite di tanah sendiri,dan itulah GENERASI kite..

hilbert berkata...

Salam Raiha Ahmad, terima kasih atas komentar yang bagus...

sebenarnya bukan kita tidak suka kepada perdamaian antara dua Parti PAS dan UMNO... kita sememangnya amat mengalu-alukan sebarang usaha ke arah itu, malah saya sangat menyokong usaha murni itu.

tetapi harus kita ingat juga, semasa idea bagus dan murni Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi..siapa yang membantah dan menentang dan siapa yang menerima dengan hati yang terbuka... saya sangat terharu apabila Abdul Hadi bercakap pasal perpaduan dengan UMNO demi bangsa Melayu, Islam serta Malaysia keseluruhannya tetapi sayang sekali Datuk Nik Aziz telah menjadi batu penghalang kepada langkah itu.

Yang hampir menjadi mangsa keadaan ialah YB Tuan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan yang setuju dengan cadangan 'kerajaan perpaduan' PAS dan UMNO itu.

Oleh itu kita mahu Datuk Nik Aziz jujur dan ikhlas dengan apa yang dikatakannya, jangan nanti lepas ini dia akan memutar belitkan pulak apa yang beliau katakan kepada UMNO atau BN pulak... kita dah terbiasa dah dengan 'U-TURN' Datuk Nik Aziz ni... kadang kala kita lihat tindakan beliau tersasar dari dasar asal PAS itu sendiri..sehingga sanggup bersekutu dengan DAP yang jelas memang anti orang Melayu dan Islam..

Arkib Blog