Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Februari 05, 2010

Tengah jalan tiba-tiba Nik Aziz buat pusingan 'U'

Apakah agaknya komen yang akan dikeluarkan oleh Presiden PAS serta seluruh pemimpin PAS berkenaan permintaan terbaru daripada Nik Aziz untuk "menamatkan sengketa" sejak 50 tahun yang lampau dengan UMNO.

Tiba-tiba saja kenyataan yang diluar dugaan sama sekali boleh terkeluar dari bibir Mursyidul Am PAS itu. Beliau mahu PAS dan UMNO duduk semeja berbincang bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menyentuh agama Islam.

Dulu Nik Aziz kata sampai bila-bila selagi beliau masih hidup memang PAS tak mahu bekerjasama dalam apa-apa hal sekalipun dengan UMNO. Dulu Datuk Seri Hadi dan YB Ustaz Nasha buat cadangan 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO, namun telah ditolak Nik Aziz mentah-mentah.

Entah apa tiba-tiba saja, kebetulan pula masa sekarang ini prosiding di Mahkamah bagi perbicaraan kes liwat Anwar sedang berjalan... pasti satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat kepada perkara yang lain.

Memang lidah tak bertulang...tak terbatas kata-kata...setinggi gunung seribu janji...lain dibibir lain dihati...

3 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

bro,
nik aziz sedang menjilat kahak yang beliau ludahkan kepada ustaz nasa!
dasar pengotor! suka kepada kekotoran..nik aziz kotor luar dalam..

Siddiq Azani berkata...

bro hilbert,

ini lah dikatakan cakap tak serupa bikin. cakap lain buat lain. kerana permainkan islam, bala menimpa2 keluarga nik aziz.

hilbert berkata...

Bro PM, Siddiq.. terima kasih...

itulah yang buat kita terkejut,,,dulu PAS dah tutup rapat-rapat pintu kepada UMNO, kenapa tiba-tiba pulak dia buka balik...hehehe

Arkib Blog