Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 21, 2010

Nama 'Pekan Lachau' di Sri Aman Sarawak harus ditukar

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini telah berada di Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja selama dua hari mulai esok 22hb sehingga 23 hb February ke beberapa kawasan tertentu di Bumi Kenyalang sepertimana yang telah dijadualkan.

Jadual lawatan YAB Perdana Menteri kali ini ke Sarawak dikatakan terlalu padat kerana lawatan tersebut merangkumi kawasan-kawasan yang kebanyakannya terletak dibahagian pendalaman Sarawak dimana sistem pengangkutan utama masih bergantung sepenuhnya kepada laluan sungai.

Antara tempat yang akan menerima kunjungan Perdana Menteri kali ini ialah "Pekan Lachau" yang terletak didalam bahagian ke-2 Sarawak iaitu Sri Aman.

Jadi sempena dengan lawatan bersejarah oleh seorang Perdana Menteri ke pekan tersebut, diharap ada pihak yang dapat membuka mata untuk melihat ada sesuatu yang tidak kena pada nama pekan itu yang jika disebut maka bunyinya seolah-olah menghina orang disitu disamping orang yang bertamu di pekan yang berkenaan.

Sebelum ini nama bahagian kedua di Negeri Sarawak iaitu Simanggang boleh di tukar kepada Sri Aman sempena dengan perjajian damai serta perletakan senjata oleh pemimpin Parti Komunis Utara Sarawak, Bong Kee Chok dengan kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri ketika itu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Begitu juga dengan nama Daerah Bintagor dalam bahagian Sarikei yang sekarang, jika dahulu ianya dikenali dengan nama Binatang dan ditukar sebagai Bintangor oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib dikala beliau mula menjawat sebagai Ketua Menteri Sarawak awal tahun 1980an.

Sementara itu, kawasan Parlimen Tanjung Manis yang kini diwakili oleh YB Datuk Norah Tun Abdul Rahman sebenarnya nama asal untuk daerah berkenaan dulu yang ketika itu masih didalam kawasan Parlimen Rejang telah dikenali sebagai Tanjung Mani. Penukaran nama kawasan tersebut dari Tanjung Mani cuma ditambah dengan huruf "S" kepada Tanjung Manis juga telah dilakukan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib.

Perubahan nama untuk kawasan-kawasan tersebut terpaksa dilakukan mungkin disebabkan bunyi sebutannya kurang sedap untuk didengar dan seakan-akan bunyi mengejek serta lucah.

Bagi saya, jika nama bagi kawasan-kawasan yang saya sebut itu dapat diubah kepada nama yang agak elok untuk disebut dan tidak malu untuk didengar, mengapa tidak untuk Pekan Lachau ? Maka bubuhlah nama yang bagus sikit untuk pekan itu dan boleh juga dicadangkan nama-nama pahlawan Iban yang terkenal seperti Rentap, PW1 Kanang, Datuk Tawi Seli dan ramai lagi.

Taruhlah nama-nama yang boleh menarik minat pelancong agar mereka mempunyai keinginan untuk berkunjung ke sana dan saya rasa jika mereka kurang maklumat berkenaan dengan nama Pekan Lachau yang jelek untuk didengar saya fikir tentu para pelancong atau orang luar akan berfikir dua tiga kali sebelum mereka mengambil keputusan samada untuk terus menjejakkan kaki di pekan yang namanya agak pelik itu ataupun tidak.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Wahai Anak Merdeka,
Pada pandangan saya yang berasal dari kampung Lachau, yang mana pada pandangan anda namanya agak "tak sedap untuk didengar" dan "seakan-akan berunsur lucah", pandangan orang tempatan haruslah diambil kira dalam menentukan sama ada perlu atau tidak nama pekan ini ditukar (if there is a real need to do so). Pada saya,yang telah mendengar nama kampung saya ini selama lebih daripada 30 tahun dan begitu juga saudara mara saya yang berpuluh-puluh tahun telah menetap di kampung ini, kami sama sekali tidak pernah menganggap nama Kampung kami "tidak sedap didengar" mahupun "seakan-akan berunsur lucah". Why would we? Penukaran nama kampung atau sesuatu tempat bukanlah sesuatu yang dilakukan semata-mata kerana segolongan orang berpendapat ianya tidak elok etc. Because we have to look at the historical point of view in the in the naming of places, in this case, Pekan Lachau. By simply changing it to oher names as suggested by you to Rentap, Kanang, etc, think, what does this means to the local people??? Is there any relations between this kampung and these names (historically or current)?

hilbert berkata...

Salam 1Sarawak cik? or puan?.. Eli,

Terima kasih atas komen anda.

Sebenarnya itu cuma satu cadangan..bukan bermakna untuk memaksa, jadi jika wajar terima dan jika tidak maka wajib diabaikan saja...

Saya cuma ingat kepada diri kita sendiri atau lain-lain perkara, misalnya untuk menerima sesuatu perubahan maka kita perlulah terima hakikat yang kita perlulah berubah dan sekaligus menerima perubahan itu seadanya.

Begitu juga dengan sesuatu perkara itu, apabila kita rasa perlu untuk melakukan apa jua perubahan terhadap perkara tersebut kerana kita rasa ianya agak tidak bersesuaian walaupun sesuatu itu mempunyai talian sejarah dengan sesetengah penduduk disesuatu tempat itu maka kita kena terpaksa berkorban untuk kearah perubahan.

Namun apa yang saya rasa ada yang tidak kena ialah perkataan itu apabila kaum Tiong Hua menuturnya akan membawa maksud yang lain, sebabnya saya sendiri satu ketika dulu lebih kurang dalam tahun 1987 pernah naik bas dari Sibu ke Kuching dimana yang duduk dikerusi sebelah hadapan saya adalah dua orang wanita Cina yang tergolong dalam warga emas, jadi semasa bas singgah di Pekan tersebut salah seorang daripada mereka bertanya kepada yang satu lagi..."kita sampai dimana dah ni?.. jawab yang seorang lagi, "Lachau..." dengan selamba. Lalu saya lihat reaksi yang bertanya tadi terkejut sambil berkata "HAH?..Lancau????? dan yang menjawab tadi hanya tersenyum sinis dan mereka sama-sama ketawa dan diikuti oleh para penumpang yang lain... dan saya pasti yang bertanya tadi belum pernah datang ke Pekan tersebut dan mungkin itu kali pertama bagi beliau.

Dan ini hanyalah melibatkan rakyat Sarawak sendiri namun jika orang luar dari Sarawak, misalnya dari Semenanjung ataupun Sabah..tentu mereka akan tertanya-tanya kenapa Pekan itu namanya seperti itu...dan kita tidak tahu dalam hati mereka mungkin ketawa..dan jika kita mendapat tahu yang pengunjung ketawa bila mendengar nama itu, yang merasa malu tentu sekali kita sendiri...

Unknown berkata...

Dear Anak Merdeka,
Sememangnya perubahan yang baik haru dilakukan untuk memajukan lagi tanah kita yang tercinta ini. Tetapi bukan dalam kes ini yang mana nama pekan Lachau harus ditukar, just because the name resemble other meaning in other menaning in other language. Just imagine, if we are to compare each and every name of a place/town etc, dengan segala dialect yang ada di Malaysia? What will happen? Is the name "Menggatal" considered as tidak senonoh as well? The name of kampung may sound weird/improper to outsider because they do not know the local language. But that does not mean that it is improper. Instead, why not the local corrected them? As for your case in the bus in 1987. It wouldn't have hurt for any other passesnger who understand Iban language the meaning of a Lachau. Or even simply corrected them by pronouncing the name correctly. And as for the historical point of view, the historical behins the name of the kampung may not as BIG as the historical naming of Malacca. But the concept is still the same. How would the people of Malacca react if let say people decided to change it? Because I truly belive that none of the village peoples would agree that the name should be changed purely because certain people tends to relate the meaning of their kampung to other meaning in other dialect which is not the mother tounge of the kampung people. For me, to hear people think ( I am not accusing anyone here) that the name of my kampung is improper and relates it with other meaning, hence needs to be changed, is an insult.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tukar nama pun tak apa sebab yang penting, JALAN RAYA tu TURAP DULU, ELEKTRIK tu biar ada dan BEKALAN AIR BERSIH tu biarlah disambung dahulu. Bagi penduduk di sekitar Pekan LACHAU ni, yang penting adalah kemudahan seperti ini. Bukannya disebabkan nama GAGAH ala-ala pahlawan tapi pembangunan entah ke mana?! Bukan nama yang jadi isu disini, tetapi pembangunan!! Bagi orang yang sama bas dengan saudara seperti yang saudara cerita, betul ke saudara berasa malu?? Atau cerita ni cuma di ada-adakan sahaja?? Apa-apapun, tukar nama tapi pembangunan tiada, pun tak guna.Walau President dari USA melawat kampung Lachau sekalipun!

TQ

Arkib Blog