Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 20, 2010

Brunei Darussalam bangga dengan negeri Sarawak


MIRI: Delegasi dari Brunei yang diketuai oleh Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral(B) Datuk Seri Pahlawan Mohammad Daud berbangga dengan pembangunan pesat infrastruktur tenaga di Sarawak, termasuk loji arang batu di Mukah.
Menteri Kemudahan Awam dan Perancangan Sumber Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan ketika ditemui disini semalam berkata, rombongan dari negara itu amat terpegun dengan kerancakkan pembangunan tenaga di negeri ini.
"Mereka terpegun dengan loji arang batu Mukah yang direka bentuk menggunakan teknologi tinggi serta kesan pencemaran yang sedikit," katanya sebelum berlepas ke Kuching semalam.
Menurut Tengah, stesen tenaga arang batu yang bernilai RM800 juta yang mempunyai kapasiti 270 megawatt itu dibina oleh China National Machinery and Equipment Import and Export Corporation(CMEC) dibawah kontrak bernilai RM736 million.
Kawasan Mukah Balingian yang kaya dengan arang batu ini mampu beroperasi sehingga 50 tahun dengan kadar penggunaan dianggarkan bernilai 1.2 million setan setahun.
Sementara itu rombongan lawatan disertai oleh Timbalan Setiausaha Tetap(Tenaga) Brunei Awang Ismail Awang Hashim, Ketua Bahagian Tenaga Brunei Alidi Mahmud, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei, Ketua Transmisi dan Pengedaran Brunei, Awang Musa Awang Metali dan Menteri Muda Kemudahan Bekalan Air Sarawak, YB Sylvester Entri Muran.
Pada 7hb Mei tahun lalu, Brunei diwakili Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei di Jabatan Perdana Menteri telah menandatangani memorandum persefahaman(MoU) dengan Sarawak Energy Berhad(SEB) untuk bekerjasama dalam membekal dan menyalur tenaga elektrik dari Sarawak ke negara itu.
Memorandum ini termasuk pemasangan sambungan transmisi fasa pertama dari stesen pencawang kecil Tudan di Miri ke Brunei menggunakan sistem grid di Kuala Belait, diikuti fasa kedua projek empangan hidro dari Limbang I dan Limbang II yang berpotensi menghasilkan 245 megawatt.
Menurut Awang Tengah, menjelang 2012, Sarawak dijangka mengeksport bekalan tenaga sebanyak 100 megawatt dan 200 megawatt dengan kadar penambahan 50 megawatt menggunakan sistem grid. - Oleh Sudan Ajang --> Utusan Borneo
Komen; ...fakta sejarah Negeri Sarawak sebelum membantu pembentukan Persekutuan Malaysia yang ingin dikongsi bersama -: secara keseluruhannya wilayah Sarawak sebenarnya sebelum kedatangan keluarga James Brooks dari British adalah merupakan sebahagian daripada wilayah dalam pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei.
Sehingga ke hari ini terdapat kaum-kaum yang tertentu di Sarawak yang masih lagi memelihara budaya serta menggunapakai adat-istiadat yang diwarisi dari Negara Brunei sebagaimana yang diamalkan baik pada majlis-majlis perkahwinan atau adat ketika ada berlakunya kematian sejak zaman berzaman walaupun kini Sarawak telah menjadi sebahagian dari negeri dalam Persekutuan dalam Malaysia.
Walauapapun, semua itu telah menjadi sebahagian daripada bahan sejarah negara dan kini Sarawak terus melihat kehadapan dengan perjuangan "politik pembangunan" yang menjadi inspirasi kerja Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud jelas mampu bergerak seiringan dengan negeri-negeri lain yang ada dalam Malaysia baik dari segi ekonominya, penyediaan peluang kerja kepada rakyatnya dan sebagainya lagi.
Dan semua ini terhasil setelah rakyat Sarawak terus yakin dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini dan akan sentiasa memberi sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada BN untuk kekal mentadbir Malaysia selama-lamanya.

2 ulasan:

ISAC berkata...

Mudah2an bro,

Cuma Umno/Bn perlulah juga sentiasa memperbaiki diri.

Cuma orang Melayu/Bumiputera ni memang baik sangat....Tengok Brunei, Raja Brooke tolong patahkan pemberontakkan, satu Sarawak Sultan Brunei bagi kat dia, pada hal Sarawak mungkin 30 kali ganda keluasan Brunei.


Lihat pula kepada kaum pendatang di Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak juga, mereka kita biarkan kaya-raya, tetapi kita jugak yang masih papa-kedana. Itupun "mereka" masih X puas hati....dan mahu merampas semua hak kita....:(


Bagi kami orang Semenanjung nak lari mana, "boleh kamik numpang di Sarawaak"

hilbert berkata...

Salam saudara ISAC,

Betul tu, kerana sikap terlalu berlembut itu juga yang merugikan bangsa Bumiputera dan Melayu.

Tapi nasib rakyat Sarawak sangat baik kerana selamat terus berada dengan Malaysia walaupun terlepas dari tangan kerajaan Brunei tidak seperti nasib yang menimpa rakyat Singapura, penduduk asal terus ditindas...

Arkib Blog