Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 20, 2010

Giliran Hj Hadi selamatkan orang hampir lemas dipantai politik pula...

Baru-baru ini Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah turut bersama dengan orang ramai menyelamatkan salah seorang pengunjung yang dalam lingkungan usia warga emas iaitu agak sebaya dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri dari menjadi mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang di Terengganu.

Syabas dan tahniah diatas bantuan yang dihulurkan oleh Tuan Guru Haji Hadi itu dan itu sebagai tanda prihatin beliau kepada mereka-mereka yang terperangkap didalam keadaan yang sangat memerlukan serta terdesak. Walaupun saya pada mulanya melihat kejadian itu seperti sesuatu yang dirancang namun apabila saya mendapati ianya jelas melibatkan soal hidup atau mati lalu saya telah buang jauh-jauh tanggapan tidak berasas saya itu.

Ambil kejadian itu sebagai satu ikhtibar. Dan selepas ini saya harap YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi meneruskan pula peranan beliau yang telah jadi penyelamat kepada seorang individu biasa untuk menyelamat pula orang tertentu yang kelihatan semakin hanyut dan mungkin akan terus lemas dibuai ombak-ombak politik, contohnya YAB MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta para pemuja beliau dari leka dengan tafsiran-tafsiran lemah beliau berkenaan dengan isi kandungan agama Islam ala ramalan kaji cuaca oleh Jabatan Metreologi.

Jika semalam YB Datuk Seri Haji Hadi berpendirian senada dengan pendirian pemimpin-pemimpin serta seluruh rakyat Malaysia lainnya untuk tidak bersetuju dengan tindakan oleh 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat DSAI dan ini menunjukkan beliau mempunyai rasa tanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan undang-undang di negara ini dari campurtangan oleh kuasa luar berbeza pula jika dibandingkan dengan YB Lim Kit Siang yang yang bertindak sebaliknya dalam isu ini.

4 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

baguslah selamatkan orang.
lepas ni selamatkan maruah Islam pula.

dan seperti bro tulis, selamatkan nik aziz yang sudah nak lemas.

kalauu tak nak selamatkan pun tak apa, mungkin ini kifarah dosa politik nik aziz selama ini.

ISAC berkata...

Salam 1 Malaysia,


Posting yang bagus!!! Saudara bumiputeraku... :)

matrengganu berkata...

Salam Pang5 perang Cyber dan ISAC. Posting dan komen yang bagus. Malaysia memerlukan pembangkang yang ada jiwa penyelamat bukan yang memusnahkan. Tahniah YB Hj Hadi. jangan memalukan rakyat Trengganu seperti mana ada di kalangan Hj Hadi sendiri..yang hitam nampak putih,yang sah putih di katakan hitam. Yang hampir lemas di lautan politik sempit ada di sekeliling Tuan Haji. Bawa lah mereka ini ke pantai kebenaran. Ada kala apabila terlampau banyak berceramah akan tersasul dengan fatwa2 karut.

hilbert berkata...

Salam,

Panglima, benar juga bila difikir balik, mungkin doa Nik Aziz salah sebut.

ISAC, terima kasih..salam perjuangan dari rakyat untuk negara.

MatTerengganu, ada perubahan pada Tok Guru Haji Hadi selepas kejadian itu...

Arkib Blog