Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 14, 2010

50 Ahli Parlimen Australia sama seperti ketam !


Tindakan yang paling tidak bertamadun oleh 50 orang Ahli Parlimen dari Australia yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan pembangkang dalam Parti Buruh Australia(ALP) hendak mendesak Kerajaan Malaysia supaya menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang di Parlimen, YB Datuk Seri Anwar merupakan satu perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan prinsip sesebuah negara bekas jajahan British yang kini membentuk sebagai negara-negara dalam Komanwel.

Setiap negara yang berada didalam pertubuhan Komanwel adalah merupakan negara-negara yang telah bebas dan merdeka serta berdaulat. Apabila disebut sebagai negara yang berdaulat maka sesebuah negara itu mempunyai kedaulatannya tersendiri yang berkaitan langsung dengan soal keselamatan, kepimpinan, sistem perundangan, kepentingan didalam kawasan lingkungan pentadbirannya dan lain-lain lagi yang harus dihormati oleh negara-negara lain.

Begitu juga dengan Malaysia. Negara lain tiada hak untuk mencampuri apa jua urusan dalaman negara ini. Australia yang merupakan sebahagian daripada negara-negara yang bernaung didalam pertubuhan Komanwel sepatutnya lebih peka dengan perkara seperti ini apatah lagi apabila mereka sering berpendapat bahawa hanya mereka sajalah yang mempunyai keupayaan tinggi untuk berfikir bagi menentukan agar pihak lain harus mengikut cara mereka.

Namun dalam apa juga keadaan terutamanya yang membabitkan hubungan dua hala antara dua negara, Australia mahu tidak mahu mesti menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak sewenang-wenangnya mencampuri hal-hal lain ataupun hal ehwal dalaman negara Malaysia lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan sistem kehakiman atau perundangan di negara ini.

Ahli Parlimen Australia juga mesti mau ingat yang negara mereka juga sehingga ke hari ini masih lagi bermain tarik tali dengan kerajaan Indonesia dalam isu Balibo Five dimana kerajaan Australia masih bertegas menuduh bahawa Tentera Nasional Indonesia(TNI) bertanggungjawab penuh dalam pembunuhan 5 wartawan Australia di Dili Timor Timur pada tahun 1975 dulu walaupun telah disangkal berkali-kali oleh kerajaan Indonesia.

Oleh itu adalah lebih baik bagi 50 Ahli-ahli Parlimen Australia itu untuk turut sama membantu kerajaan dibawah Perdana Menteri Kevin Rudd menyelesaikan semua saki-baki masalah yang masih menyelubungi hubungan diplomatik Australia dengan negara-negara lain sebelum memandai untuk mengajar Malaysia didalam menguruskan segala hal ehwal dalaman negara ini. Australia tidak usahlah berlagak umpama "ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring sepanjang masa."

3 ulasan:

AbgTuah berkata...

SALAM SATU MALAYSIA HILBERT.

SYABAS DAN HEBAT...!!

...SUARA ANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA.

hilbert berkata...

Salam AbgTuah,

50 Anggota Parlimen Australia itu simpan otak mereka dalam kepala lutut..itu yang payahnya...

...sehinggakan hal dalaman negara lainpun mereka menyibuk !

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, apakah mereka merasakan sudah melebihi bidang kuasa untuk mencampuri perundangan negara lain..... atau mereka ini juga satu spesis dengan Anwar ? sehingga sanggup menjangkau bidang kuasa sendiri...

Arkib Blog