Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 14, 2010

Mana dia KeADILan Pakatan Pembangkang untuk Mohd Bakri ?

Hari ini hari Ahad 14hb February 2010 bagi saya tiada apa keistimewaannya jika dibandingkan dengan hari-hari biasa yang lain. Mungkin bagi sesetengah pihak pula hari ini membawa berjuta-juta makna yang tersendiri namun bagi sesetengah pihak yang lain pula ianya seolah-olah cuba untuk menunjukkan kemewahan serta kesenangan hidup pihak tertentu dan di masa yang sama pula tanpa disedari telah memperlihatkan kesukaran serta kesengsaraan dipihak yang lain yang sama hidup sebagai warga Malaysia.

Ini adalah satu hakikat dan ini juga adalah satu perbandingan yang tidak boleh dinafikan. Jika ada pihak yang lain tahu erti bersyukur dapat hidup aman dan damai dalam negara ini maka tiada sebab untuk pihak yang satu lagi untuk bersikap disebaliknya dengan tanpa henti-henti mempertikaikan hak-hak pihak yang lain di negara ini sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Jika semua kaum yang terdapat didalam negara ini mampu untuk membuang jauh-jauh prasangka buruk yang tertanam dilubuk jiwa masing-masing, adalah memang tidak mustahil bagi saya apabila semangat tolenransi diamalkan dalam masyarakat majmuk pasti berjaya melahirkan generasi yang bertanggungjawab serta mewujudkan perpaduan kaum yang sejati di Malaysia.

Berkenaan dengan kes ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim yang memandu ketika dibawah pengaruh alkohol atau berada didalam keadaan yang mabuk lalu melanggar seorang pelajar berusia 23 tahun iaitu adik Mohd Bakri bin Mohd Bazli serta menyebabkan mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kini difahamkan masih tidak sedarkan diri dan diletakkan dalam wad Unit Rawatan Rapi(ICU) di Hospital tersebut, maka timbul banyak persoalan dalam diri saya berkaitan dengan kejadian itu.

Jika untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Pakatan Pembangkang(DAP,PKR,PAS) sanggup berbuat apa saja demi untuk menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga TBH disamping turut bersama-sama berjuang bagi mendapatkan keadilan berkonsepkan "sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja" untuk keluarga mendiang TBH tetapi bagaimana pula dengan keadilan untuk keluarga mangsa langgar mabuk YB Ng Suee Lim itu ?

Semasa isu kematian mendiang TBH hangat diperkatakan dan juga masa upacara sembahyang jenazah mendiang TBH diadakan, kita jelas melihat bagaimana Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Syamsul Iskandar, Salahuddin Ayub sanggup mengangguk-anggukkan kepala bersama dengan Chua Jui Meng, Francis Xavier dan yang lainnya disaat upacara itu sedang berlangsung. Dan semua itu sebagai menandakan rasa simpati yang teramat sangat mereka kepada nasib mendiang serta keluarga mendiang yang masih hidup.

Jadi bagaimana pula dengan nasib adik Mohd Bakri ? Bagaimana pihak Pakatan Pembangkang memperlihatkan kepada rakyat keseluruhannya akan pendirian sebenar mereka dalam isu ini dimana sebelum ini merekalah yang begitu lantang sekali bersuara mengakui bahawa merekalah juara dalam memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas serta merekalah juga menjuarai perjuangan untuk keadilan dan hak asasi manusia di negara ini ?

Kejadian tersebut melibatkan secara langsung pemimpin Pakatan Rakyat dan mereka tiada alasan lagi untuk berdalih bagi melepaskan diri dari disabit dengan kes tersebut. Cuma yang saya mahu tunggu ialah bilakah agaknya Pakatan Pembangkang akan memohon kepada kerajaan untuk ditubuhkan satu lagi Suruhan Jaya Bebas bagi menyiasat kes kemalangan itu ?

Jika mereka belum terfikir untuk menggesa kerajaan supaya diadakan sidang khas peringkat Parlimen bagi membincangkan kes kemalangan itu adakah mungkin Pakatan Pembangkang akan melakukannya pada persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung dalam bulan Mac depan ?

Rakyat mau tahu, samada kes kemalangan yang menimpa adik Mohd Bakri itu benar-benar kemalangan biasa ataupun satu kemalangan yang berbentuk ke arah permulaan iaitu "konspirasi jahat" Pakatan Pembangkang menerusi agenda licik mereka untuk menindas hak pihak mangsa serta terus untuk memertabatkan hak pihak yang satu lagi ?

6 ulasan:

Zorro berkata...

Dari Blog Tok Selampit/GAP:
--------------------------------
KALAU BETUL CINA KEPARAT yg punya
ANGKARA,kawan rasa kita pegi piket
kat rumah dia,kita BELASAH aje si-bedebah ni...!!!ADUN ke tak adun ke, apa PEDULI..!!!Kalau dah langgar orang sampai KOMA,dan dia pulak memandu dalam keaadaan MABUK,
NO WAY HOZEH....TIME to get TOUGH,
MAN...!!!ADUN nilah jugak yg telah
meneLANJANGkan pasal rumah YB Khir Toyo...!!!Sekarang,kita bukan saja
TELANJANGkan dia,kita TERAJANG dia,biar dia tau MIM-POWER...!!!!
NG SUEE LIM,LU BETUL SUWEHH,TIU NA SENG....!!!!

Ameno Chacha Marba

AbgTuah berkata...

JANGAN BERSIKAP PERKAUMAN.

JANGAN SEBUT DAN TUJU KOMEN PADA SESUATU BANGSA..TAK MOLEK BERBICARA BEGITU.

MUNGKIN SEKERAT DUA YANG TERLALU ULTRA DALAM BERBAHASA DAN PEMIKIRAN..KITA PERLU BENTUK DAN PERBETULKAN.

hilbert berkata...

Salam Zorro juga AbgTuah,

...maksud saya disini ialah apabila perpaduan itu dapat ditunjukkan pada majlis-majlis tertentu seperti perayaan sesuatu kaum itu serta diraikan bersama oleh masyarakat lain selain daripada mereka sendiri, maka kita sangat berharap agar suasana seperti itu akan kekal dan berterus dan tidak hanya kelihatan pada musim perayaan tertentu sahaja.

Oleh itu apabila sikap bertolak-ansur atau saling hormat-menghormati diantara satu aum dengan kaum yang lain hanya ditunjukkan pada hari yang sedemikian saja maka tiada gunanya atau tidak ada faedahnya...seolah-olah kita menipu diri kita sendiri serta menipu orang luar tentang perpaduan erat dikalangan kaum dalam negara kita padahal hakikatnya kita belum pun mencapai kepada tahap yang boleh dikatakan sebagai bersatu-padu apabila ada diantara sesetengah rakyatnya masih memperjuangkan isu-isu yang boleh meruntuhkan usaha ke arah pembentukkan rakyat yang bersatu-padu di negara ini.

AbgTuah berkata...

TUAH TUJUKAN PADA ZORRO..

SENGAJA NAK BUSUKKAN NAMA GAP AGAKNYA..

TAK DENGAR GAP DAN KAWAN-KAWAN KATA SEBEGITU

ZORRO NIE SAJA NAK MENGADU DOMBA AJE NIE..

hilbert berkata...

oh ya, ya..ya..

Zorro berkata...

APA MENDE KORANG NI????
KALAU DGN CINA KAU NAK MUHIBBAH, KONON...!!!!DENGAN MELAYU,KAU NAK HENTAM ABIS ABISAN...!!!
NI,CINA DAP KEPARAT LAH
BRO.KALAU CINA NI KURANG AJAR,KITA AJAR LAH SAMA DIA....!!!
YG KAU Abg Tuah,nak berbahasa pulak,apa ke hal??Dah banyak makan
limau,dan banyak dapat ampau ALI LAYA CINA ke????LEBIH BAIK KAU TUKAR NAMA KAU ke Abg BUAH,yg tak ada BUAH AJE..!!!!Atau kau ni dah
jadi ahli DAP Melayu?????
NO QUESTION NAK BURUKKAN NAMA GAP!!
Tolong sikit!!!NI ADALAH question of MENCARI KEADILAN..!!!KAU INGAT,
SENANG2 NAK LEPASKAN si-CINA KEPARAT ni GITU SAJA????
Si-SUWEY LIM NI KALAU ADA CHAN NAK
LANYAK ORG KITA,DIA BAWA KEMERATA RATA,kau FAHAM tak...???
KES TEOH BENG HUAT,dia bawa sampai
DEWAN UNDANGAN NEGERI,KES RUMAH KHIR TOYO,DIA BAWA ORG RAMAI kondem
KHIR TOYO,KES RUMAH ZAKARIA KELANG,
dia BAWA ORANG RAMAI pei TINJAU RMH
nak meMALUKAN ORG UMNO...!!!!!

ZORRO TEAM MALAYSIA

Arkib Blog