Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 09, 2010

Setuju dengan cadangan YB Datuk Ibrahim Ali...

Saya sangat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PERKASA yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan, Yang Berhormat Datuk Paduka Ibrahim Ali mahu Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Gereja Roman Katolik iaitu Pope Benedict XVI di Vatican City bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh umat Kristian di negara ini.

Bagi saya, inilah antara jalan yang terbaik harus difikirkan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia dalam mencari penyelesaian bagi kemelut yang sedang dihadapi antara masyarakat Kristian dengan Islam berkaitan dengan isu yang sedang berbangkit kini. Diharap pihak kerajaan dapat mempertimbang atau menerima dengan baik cadangan yang dicetuskan oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali itu.

Jika dulu, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih Perdana Menteri telah sudi untuk mengunjungi Pope John Paul II di negara Katolik itu walaupun Malaysia pada umumnya tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut, saya rasa tiada salahnya bagi pemimpin Malaysia sekarang untuk turut melawat Vatican lebih-lebih lagi apabila perkembangan yang berlaku sekarang memerlukan kerajaan Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin-pemimpin Gereja Katolik terutamanya Pope Benedict XVI sendiri yang mana hasil pertemuan itu nanti diharap dapat meleraikan kekusutan yang timbul selama ini.

7 ulasan:

Siddiq Azani berkata...

cadangan yang baik!

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, inilah cerusan dari pemimpin tulin yang mahukan keharmonian rakyat.......... sokong sangat dengan cadangan ini.........

AbgTuah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AbgTuah berkata...

AbgTuah berkata...

SAYA MENYOKONG PENUH. CADANGAN YG BAIK DAN BERNAS UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK.

Jeffry berkata...

SLM BRO..ITU YG SEBAIK2NYA. SEMOGA YG KELAM DPT DI JERNIHKAN

Frodo Baggins berkata...

setuju ~
mgkin ada baiknya ...
tnya pendapat pope pulak
mgkin pope boleh bg idea sal isu
agama ni n guna nama Allah tuk Herald

hilbert berkata...

Salam saudara Siddiq, Yanggambi, AbgTuah, Jeffery and Frodo Baggins...

kita akan sokong apa jua usaha yang baik untuk menafaat bersama...demi Malaysia.

Arkib Blog