Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Januari 24, 2010

Bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia

Ucapan Takziah disampaikan kepada seluruh keluarga bekas Menteri Dalam Negeri, YABhg Tun Haji Ghazali Shafie yang telah meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya Selangor pada jam 7.45 malam tadi.

Allahyarham Tun Ghazali yang berusia 87 tahun dan dilahirkan di Kuala Lipis Pahang pada 22hb Mac 1922 telah menyertai kabinet Malaysia sejak dari zaman pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehinggalah ke era kepimpinanan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu berkhidmat dibawah empat Perdana Menteri dari tahun 1970 hingga 1984.

Peranan Allahyarham dalam pembentukan Malaysia juga tidak kurang pentingnya apabila beliau telah dilantik sebagai Penasihat Tetap Suruhanjaya Cobbold yang bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat di Sarawak dan Sabah dalam usaha menubuhkan sebuah negara Persekutuan Malaysia dan seterusnya untuk menjayakannya.

Segala usaha dan pengorbanan Allahyarham selepas Malaysia berjaya ditubuhkan serta turut terlibat membantu kerajaan dalam pembangunan Malaysia khususnya untuk wilayah Sarawak dan Sabah tetap akan kami sanjung tinggi. Allahyarham mempunyai sejarah tersendiri didalam perkembangan awal Malaysia sehinggalah negara ini berjaya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan roh-roh mereka yang beriman. Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Arkib Blog