Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 19, 2009

16 September Harijadi Malaysia. Bukan tarikh ke Putrajaya.

Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk menetapkan agar tarikh 16 September setiap tahun bermula pada tahun depan iaitu pada 2010 akan di sambut dan dirayakan sebagai Hari Malaysia.

Bermakna enam belas hari selepas rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan maka rakyat Malaysia akan sekali lagi menyambut perayaan bagi memperingati harijadi Persekutuan Malaysia setelah Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah untuk membentuk sebuah negara yang sekarang ini telah dikenali sebagai Malaysia.

Untuk beberapa ketika yang lalu, tarikh 16 September telah menimbulkan sedikit kegusaran dan kegelisahan pada diri dan hati sesetengah rakyat Malaysia apabila tarikh itu telah didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk memancing sebilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional bagi memudahkan perjalanannya untuk menuju ke Putrajaya bagi menawan Pusat Pentadbiran Negara itu.

Namun Anwar tidak pernah menyatakan tahun bila dia hendak menjayakan impiannya itu walaupun tarikh hari dan bulan telah dinyatakan tetapi tahunnya tidak pasti kerana tidak disebut sehinggalah tarikh itu kini telah ditetapkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan yang akan disambut secara rasmi pada 16 September 2010.

Sebenarnya saya kurang selesa dengan keputusan oleh kerajaan itu yang saya lihat seolah-olah telah mendapat ilham daripada rancangan pincang Anwar suatu ketika dulu iaitu hendak membelakangi sistem demokrasi di negara ini dengan memperkenalkan kaedah "lompat parti" bagi membolehkannya untuk menubuhkan kerajaan yang baru di Malaysia yang jika beliau berjaya memperolehi sekian-sekian jumlah anggota Parlimen yang sanggup berpaling tadah maka pada tarikh 16 September itulah maknanya kerajaan BN terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Pakatan Haram yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Walau apapun, sebagai rakyat kita harus menerima juga keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan itu demi untuk menghalang pihak-pihak tertentu daripada mempergunakan tarikh itu sebagai modal bagi merasuk fikiran sesetengah rakyat yang masih terdapat kurang mendapatkan maklumat yang tepat.

Dengan pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri itu, bermakna kita rakyat Malaysia akan mendapat cuti tambahan satu hari lagi sebagai cuti umum dan kita akan selalu bercuti tapi taklah bercuti lama sampai enam bulan seperti yang dibagi oleh Anwar kepada Datuk Zaid Ibrahim atau tiga bulan seperti yang pernah PKR bagi kepada YB Elizabeth Wong dulu.

4 ulasan:

USD berkata...

Salam, tindkn mjadikan 16 /9 Hari malaysia tindakan tepat yg disokong penuh. Hari Msia wajar diangkat dan dimuliakan sbg hari pbtkn Perekutuan negara ini.
Puak PR sekarang ini kata idea ni dari durang, sbb Anwar yg dulu bjanji akan jadikan 16/9 hari Msia. Kita jwb: memanglah Anwar & PR cuma mampu bjanji, tp BN juga yg mampu laksanakan!

hilbert berkata...

Ya Ustaz, Pakatan Haram hanya pandai menabur janji tapi tidak tahu menunaikannya...

Terima kasih kita kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib yang terus ambil berat tentang masalah Sarawak dan juga Sabah.

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, tarikh pembentukan Malaysia sebenarnya telah menjadi ingatan seluruh rakyat Malaysia, apalagi bermula tarikh itu, kenangan pahit maung konfrantasi Sukarno terhadap Malaysia....

Kawan amat bersyukur kerana PM Dato' Sri Najib dapat mengisytiharkan 16 September adalah hari cuti umum khas selepas 31 Ogos.... 16 Sept 1963 kawan baru 10 tahun umur....

Kama At-Tarawis berkata...

Salam
Dah lama perkara ni dibincang, bertahun sebelum kemelut Anwar lagi, cuma kerajaan teragak2 meluluskan satu lagi National Day. Alhamdulillah, sekarang dah jadi kenyataan. Saya kira it's long overdue. Ini satu penghargaan kepada saudara kita di Sabah & Sarawak. Semoga kita akan sejahtera sentiasa.

Arkib Blog