Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 26, 2009

Salam Takziah buat keluarga mangsa kemalangan Express SANI


Negara sekali lagi dikejutkan dengan satu kemalangan yang sangat mengerikan membabitkan sebuah syarikat pengangkutan bas express dua tingkat, Express SANI Sdn. Bhd.

Adalah difahamkan bahawa punca awal kemalangan itu berlaku hanya disebabkan oleh pemandunya "terlelap" seketika. Akibatnya bas tersebut telah melanggar pembahagi jalan di KM 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara.

Keadaan itu telah menyebabkan bahagian bawah bas telah ditusuk oleh besi penghadang yang dipasang atas pembahagi jalan itu yang menyebabkan 10 penumpang tingkat bawah telah maut setelah tergesel dengan besi yang menerjah kebahagian dalam tingkat bawah bas dan ada yang dikatakan telah terputus kepala.

9 orang mangsa telah dikenalpasti manakala seorang lagi belum dapat disahkan apabila dua nama serta tempat asal didapati serupa iaitu Shaharin Mohd Noor yang berasal dari Klang Selangor turut disenaraikan sebanyak dua kali. Mangsa lain ialah;

1. Noor Jismi Noordin (Kangar, Perlis)

2.Musa @ Ismail Abdullah (Gurun, Kedah)

3.Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar, Perlis)

4.Mohd Bilal Osman (Sungai Besar, Perlis)

5.Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani, Kedah)

6.Supiah Adam (Klang, Selangor)

7.Ng Poh Ngoh (Alor Setar, Kedah)

8.Ng Kah Kit (Alor Setar, Kedah)
Seperti biasa apabila berlakunya kejadian seperti ini, maka akan muncullah berbagai-bagai ulasan atau komen, cadangan serta tidak terlepas ialah pesta salah menyalah antara satu dengan yang lain. Yang itu kata yang ini tak betul dan yang ini kata yang itu gagal dan sebagainya.
Walau apapun saya ingin menyampaikan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga mereka yang telah maut didalam kemalangan itu dan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi segala yang telah terjadi. Sesungguhnya malang tidak berbau dan apa yang pasti ialah ajal serta maut adalah ketentuanNya jua.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..ALFATIHAH & BELASUNGKAWA UTK KELUARGA MANGSA YG TERLIBAT. SEMOGA MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.... sesekali kita ken terima hakikat bahawa ini adalah kehendak yang Maha Kuasa.......

hilbert berkata...

Salam Jeffery, Yanggambi,

kita semua harap keluarga mangsa kemalangan tersebut tabah dan banyak bersabar...

Arkib Blog