Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 13, 2009

Mansuhkan PPSMI tapi 'We Love DSAI ~ PAS for ALL'




Dahulu bukan main megah lagi PKR, PAS dan DAP apabila berjaya membuat Menteri Pelajaran ketika itu YB Datuk Seri Hishamuddin menggelabah setelah hampir setiap hari diasak dengan demonstrasi oleh GMI yang mahu kerajaan segera memansuhkan PPSMI.
Malah hampir setiap hari juga dua tokoh Sasterawan Negara diusung ke hulu dan ke hilir oleh para pemimpin Pakatan Pembangkang yang memang gemar menyelam sambil minum air atau dalam ertikata sebenarnya suka mengambil kesempatan daripada isu-isu yang berbangkit.
Tetapi sejak kebelakangan ini isu PPSMI seakan-akan sejuk dan dingin. Harap tidak sampai menjadi beku. Namun rakyat "tidak mudah lupa" dengan insiden dimana para penunjuk perasaan telah berarak sepanjang jalanraya menuju ke Istana Negara dengan membawa replika 'keranda 152.'
Oleh itu apabila melihat puak-puak ini membuat beberapa perhimpunan baru-baru ini samada ianya halal atau haram, nampak dengan jelas dan terbukti bahawa mereka memang tidak berpegang kepada apa yang diperjuangkan.
Lihat sajalah apa yang ditulis pada kain rentang atau dalam bahasa PPSMInya juga disebut sebagai 'banner' yang digunakan oleh para penyokong PKR semasa 'melelong' kes liwat dibawah sebuah jejambat Pulau Pinang baru-baru ini.
"WE LOVE DSAI," ...kalau diterjemahkan atau disebut dalam Bahasa Melayu memang kedengarannya sangat janggal sekali dan mungkin ada yang akan berfikir dua tiga kali sebelum mahu menyebut perkataan itu.
"PAS FOR ALL" pada belon itu sepatutnya ditulis sebagai "PAS UNTUK SEMUA". ...jadi, kenapa PAS membunuh bahasa ibunda sendiri ?
Apa pula komen dua tokoh Sasterawan Negara mengenai perkara ini ? Takkanlah nak berdiam diri saja, ingatlah betapa seksanya kedua mereka ini dulu ketika menyertai perarakan yang dianjurkan GMI dan pihak Pakatan Pembangkang semata-mata untuk mendesak Kerajaan supaya segera menghapus Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KNP KES RAYUAN LIWAT SI JUBOREE TU KENA TOLAK DGN HAKIM? SBB DIA JWB DLM BAHASA INGGERIS. JD MANA PEGINYA PPSMI YG DIA AGUNG2KAN TU? KAN BANGANG NAMANYA TU KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Salam Jeffery,

...ye bro, memang banganlah namanya apabila sudah jadi begitu, dulu bukan main berlagak hero untuk menghapuskan ISA, PPSMi, DEB dan sekarang pulak BTN...entah apa lagi selepas ini yang mereka mahu kerajaan hapuskan...

...lain dimulut lain dihati semuanya PKR/DAP/PAS ini...memang dasar lidah tak bertulang...

Arkib Blog