Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 12, 2009

Doa bala Mursyidul Am PAS mendapat pujian MB Kelantan

Setelah didoakan agar ditimpa dengan bala oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib yang disertai oleh Perdana Menteri Thailand Abbishit Vejjajiva telah melakukan kunjungan muhibah ke kawasan yang bergolak di Selatan Thailand.

Walaupun ketika lawatan itu terdapat dibeberapa tempat di kawasan Selatan Thailand telah dikejutkan dengan siri letupan bom namun semuanya tidak mematahkan hasrat Perdana Menteri untuk kesana malah beliau dan Abbishit telah selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kejayaan lawatan Perdana Menteri ke Selatan Thailand itu terus mendapat reaksi yang sama sekali tidak diduga daripada Menteri Besar Kelantan yang mana beliau begitu berbangga dengan semangat Najib untuk bertemu dengan masyarakat disana. Nik Aziz telah menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam yang sebenar apabila tidak gentar dengan sebarang ancaman atau kemungkinan yang akan menimpa dirinya demi untuk menemui masyarakat Islam yang ada disitu.

Nik Aziz sendiri turut mengakui bahawa beliau pernah diundang atau dijemput untuk berceramah di beberapa kawasan yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan Islam, namun telah ditolak Nik Aziz atas alasan sebab-sebab keselamatan. Nik Aziz juga menjelas kenapa beliau enggan menerima undangan untuk memberi ceramah daripada penduduk Selatan Thailand kerana beliau takut kena tembak.

Kebetulan juga selepas didoakan dengan doa sedemikian dan tak cukup dengan itu maka di doakan lagi sampai pecah perut maka kita dapat lihat bahawa Perdana Menteri telah berjaya juga sampai ke kawasan yang terkenal dengan mala petaka, bom sudah seperti tradisi bagi masyarakat disitu, ada yang apabila terkena bom bukan saja setakat patah tangan, kaki, buta tetapi ada yang 'pecah perut' namun kita sebagai rakyat Malaysia tetap bersyukur kerana Perdana Menteri selamat tiba di Selatan Thai dan juga selamat kembali semula ke tanah air.

Itulah kata-kata yang selalu kita dengar, "manusia hanya mampu berdoa dan merancang, hanya Tuhan yang akan menentukan segala-galanya," ...memang benar sekali.

4 ulasan:

shonzu berkata...

Orang tua Mudalilul amPAS takut kena tembak??? Hahahaha.... satu petunjuk bahawa Niky Ajeh ni bukan seorang ulama sejati. Hanya berani ditempat yang aman damai dan ramai pengikut seperti di Malaysia ini sahaja. Kalau benar doanya begitu mustajab seperti yang dicakapkan oleh ramai penyokong2nya, mesti orang tua ini tidak gentar ke tempat yang dirasakan kurang selamat seperti selatan Thailand tu.

Di sini kita boleh lihat, 'ulama' Niky Ajeh ini tidak percayakan Allah yang Maha Berkuasa menjaga keselamatan dia jika berada dalam situasi yang mencemaskan. Semoga pengikut2nya segera sedar siapa Niky Ajeh ini sebenarnya.......

shonzu berkata...

Salam saudara Hibert,

Saya pohon untuk mengambil artikel ini untuk ruangan komen blogger2 lain.

YANG GAMBI berkata...

Hai, orang maksum macam Nik Aziz pun takut sesama manusia ?....... takut juga Nik Aziz dengan mati ye...... kata dah pasti masuk syurga......

hilbert berkata...

Boleh saja Shonzu, jika didapati tulisan saya memenuhi kehendak piawaian I.S.O hehe...

Yanggambi, Nik Aziz takut dengan tragedi yang menimpa Zulfikar Ali Bhuto, Ronald Reegan, Benazir Bhuto, Benigno Aquino, Rafiq Hariri...akan berlaku pula ke atas dia hehehe...

...tapi taklah sampai kesitu pula sasaran militan selatan Thailand tu, mereka pun bijak memilih mana yang hendak diletup mana yang tidak, jadi tak perlulah Nik Aziz nak risau..tapi kalau takut menerima risiko tak payahlah berfikir macamana hendak kesana...hmmmm

Arkib Blog