Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 09, 2009

Isu Ketuanan Melayu: Dimana KDN ?

Isu ketuanan Melayu tidak habis-habis dibangkit oleh masyarakat bukan Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Walaupun isu itu bukanlah satu perkara yang terlalu mengancam keselamatan atau keharmonian bagi penduduk-penduduk di Sarawak dan juga di Sabah namun kami sebagai kaum Bumiputera tetap memandang apa yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin dalam dalam parti DAP itu tetap ada kena mengena dengan hak serta kepentingan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.


Di Sarawak terutama sekali dimana kaum Bumiputeranya khusus yang bukan berketurunan Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa ketuanan sesuatu kaum mesti ada di Malaysia dan maka itulah ianya harus diberikan kepada bangsa Melayu kerana disamping jumlah mereka sebagai kaum yang terbesar di negara ini mereka juga adalah penduduk asal di Malaysia. Jadi tiada sebab untuk kaum bukan Bumiputera yang jelas asal-usul mereka darimana untuk mempersoalkan segalanya.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya merasa sangat hairan kenapa dalam hal yang begitu sensitif, pihak yang sepatutnya cepat bertindak hanya berdiam diri saja tanpa berbuat apa-apa. Jika dinilai dari nama kementerian itu saja kita sudah tahu apa fungsinya, apa peranannya serta yang pasti ialah menteri yang menerajui kementerian tersebut haruslah seorang yang berani, tegas dan tidak selalu mengeluarkan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan diambil tetapi lebih malang sekali apabila perkara yang sama selalu saja berulang...huh!!! "pi mai pi mai tang tu"


Dalam usaha terbaru oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat YB M. Kulasegaran yang cuba untuk terus meniupkan api kebencian dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini serta untuk menghidupkan semula sentimen perkauman di Malaysia, mengapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bertindak ? Apakah harus dibiarkan saja pemimpin politik seperti beliau itu untuk merosakkan perpaduan kaum dikalangan rakyat dalam negara kita ?


Golongan yang wajar untuk mempertahankan keharmonian kaum di negara kita seperti YB-YB tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka, seandainya mereka jelas untuk mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam Malaysia maka mereka itulah yang seharusnya diambil tindakan dengan kadar sebeberapa segera dan bukannya 12 orang masyarakat Melayu yang didakwa atas perkara memijak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK Selangor.


Cuba kita fikir dengan teliti dan renung betul-betul, manakah yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada hubungan kaum di negara kita, adakah demonstrasi memijak kepala lembu yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa atau cubaan oleh seorang wakil rakyat yang bertaraf Parlimen yang mana dalam kawasan pilihanraya beliau rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, adat, budaya dan agama ?


Jadi kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN), janganlah "teragak-agak" jika mahu bertindak demi keselamatan dan keharmonian kaum dalam negara kita dan juga janganlah selalu hanya memberi "amaran keras" kepada pihak-pihak yang serigkali membuat hal dalam Malaysia ini sehinggakan "amaran keras" yang hanya dipendam dan disimpan akan menjadi semakin "lembut dan lembik" pula.


Oleh itu, sekiranya benar amaran itu keras maka lontarkan saja terus kepada yang dituju dan jangan teragak-agak, dan contohilah semangat yang ada pada wartawan Iraq iaitu Muntazer El-Zehdi yang terus melontarkan kasut beliau ke arah George W. Bush, beliau tidak teragak-agak dalam membuat tindakan. Beliau "berani kerana benar."

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..SAPE LG KLU BUKAN PUAK2 KOMUNIS DAP DAN SEKUTU2 MELAYU PENGKHIANATNYA PUNYE KEJE. SELAGI MEREKA BOLEH HANCURKAN KEHARMONIAN KAUM DI NEGARA NI SELAGI ITU LAH MEREKA X KAN BERHENTI!.

MEREKA SENGAJA NAK MENCABAR KESABARAN ORG MELAYU DAN JUGA MENGADU DOMBA SESAMA KAUM. JGN SAMPAI HATI ORG MELAYU TERBAKAR! SUSAH NAK PADAM!

matrengganu berkata...

Ada orang kita yg beria2 benar cium keris pun buat tak tau jer.. cium bontot lagi bagus. Ado Ketuo Pemudo pun macam tiang letrik . Bagus juga lepas ni jadi timbalan menteri ... eh menteri apo tu yg jago kabel2 letrik ni ?

hilbert berkata...

Salam bro Jeffery,

Saya semakin hairan sebenarnya dengan usaha-usaha orang bukan bumiputera ini, disebalik mereka mempersoalkan status ketuanan Melayu namun kehidupan mereka pula kebanyakkan semakin maju dan mewah...dasar kacang lupakan kulit.

hilbert berkata...

salam Mat Terengganu,

itulah yang dikesalkan kita...ada kuasa diberi tetapi tidak mau menggunakannya...

amaran demi amaran saja diberi, apa ertinya...samalah saja dengan amaran yang terdapat di sisi kotak rokok "Amaran oleh Kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan"

Arkib Blog