Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 09, 2009

Kini PAS Kelantan pula haramkan BTN...

Seakan-akan tepat juga apa yang pernah saya rasakan apabila langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan di negeri Selangor menerusi Menteri Besarnya dari PKR yang mengharamkan semua kakitangan kerajaan dibawah pentadbiran mereka dari mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara(BTN) turut diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Dan langkah tersebut tidak hanya setakat disitu saja apabila negeri Kelantan melalui Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am PAS juga telah mengambil tindakan yang serupa dengan turut mengharamkan kursus BTN di Kelantan. Malah MB Nik Aziz terus mendesak agar BTN segera dirombak dan diselaraskan semula supaya ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Menurut Nik Aziz, kursus yang ditawarkan dalam BTN bercanggah sama sekali dengan ajaran juga tuntutan agama Islam dan maka sebab itulah Nik Aziz mahu BTN kalau boleh dirombak dengan sebeberapa segera...huhhhhh!!!

Jadi jika begitu, yang doa-doa yang diucapkan oleh Nik Aziz selama yang bertujuan untuk menjahanamkan orang lain dengan berbagai-bagai sumpah-seranah hanya kerana tuntutan "royalty minyak" itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam ke ? Nanti apa lagi sunnah Nabi yang akan dikatakan Nik Aziz berkaitan dengan tindakan beliau mengharamkan BTN itu ? ...pasti 100% dia akan kata bahawa dia ikut tindakan Nabi dan yang paling melucukan apabila sering untuk menyamakan setiap tindakan beliau sama dengan Nabi SAW...hmmmmm

Isu BTN ini semakin melarat apabila Menteri Di JPM YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Aziz dengan begitu terbijaksana-terbijaksini telah mengumumkan yang BTN akan dirombak semula agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa tetapi mungkin YB Datuk Nazri mahu ianya sesuai mengikut kemahuan serta selera Lim Kit Siang, Karpal Singh serta semua konco-konco mereka dalam DAP, PKR dan PAS.

Pengumuman Datuk Nazri itu bagaimanapun telah tidak dipersetujui oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa BTN tidak perlu dirombak ataupun dikaji semula. Datuk Nazri yang tidak senang dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu terus hilang punca, lalu terus menuduh Tun Dr Mahathir sebagai 'rasis' ertinya perkaumanlah lebih kurangnya. Tergamak Datuk Nazri menuduh Negarawan Ulung negara kita sebagai rasis semata-mata Datuk Nazri mahu menjaga hati atau boleh juga dikatakan sebagai untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Anwar, Nik Aziz serta mereka-mereka yang sama rasisnya dalam Pakatan Pembangkang.

Lanjutan dari tuduhan rasis oleh Datuk Nazri terhadap Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu telah mengsyorkan supaya Datuk Nazri meletakkan semua jawatan beliau dalam UMNO kerana menurut Tun Dr Mahathir oleh kerana Datuk Nazri anti-perkauman dan tidak sesuai untuk dia berada didalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang hanya terbuka keahliannya kepada kaum Melayu saja dan tidak sama seperti PKR, DAP dan akhir nanti mungkin PAS for ALL, iaitu mungkin Yahudi pun boleh jadi ahlinya.

Bisa, bisa, bisa...bagai tertusuk duri sembilu.

6 ulasan:

Media Cyber's™ berkata...

Apa saja yang di buat oleh kerajaan BN / UMNO semua dia tak setuju, DAP pertikai hal pembinaan Masjid dia setuju la tu..nama pun pembangkang... mana ada yang dia stuju, sume x betul yang betul fatwa yg kuar dr mulut TG jer...

YANG GAMBI berkata...

Bro, beginilah caranya mereka untuk mendapatkan sokongan dalam piliharaya, menjual bangsa dan agama..... itu sahaja modal yang mereka ada.....

DR 1221 berkata...

racist dijadikan alasan utk menggambarkan keburukan Dr M

Jeffry berkata...

NAZRI BOTAK ADE BERANI KE NK KOMEN?? PIRAHHH MABOK!. JGN HARAP DIA AKAN KOMEN SB PD DIA LIM KIT SIANG & PAK AJIS SAMA KEPALA DGN DIA. SEWEL! KEHKEHKEH

Media Cyber berkata...

sya sokong 100% BTN.. ni mmg perlu.. pasal sya sendiri dh pegi kursus tu.. memang menyedarkan dan menerapkan nilai patriotik kepada diri kita..supaya kita lebih sygkan negara kita ni.. dan menjaga maruah negara kita ni.. org bodoh je yg tak sokong..

hilbert berkata...

Salam semua..
Media Cyber's, Yanggambi, DR 1221 serta Jeffery terima kasih atas komen.

saya rasalah jika lebih baik Biro Tata Negara ditukar hanya pada nama dia dan jadikan sebagai Biro Royalty Negara... pasti Nik Aziz buat tanda bagus...

pasti dia pulak yang lebih-lebih mau ianya dilaksanakan segera kat Kelantan.

Arkib Blog