Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 10, 2009

Ikan Puyu mempunyai kuasa pendinding... yakinlah!

Kepada yang suka memelihara bermacam-macam jenis ikan didalam akuarium atau apa saja bekas sekalipun tentu sekali mereka kenal sangat dengan berbagai-bagai jenis ikan dan termasuklah juga dengan ikan puyu.

Ikan puyu mudah untuk didapati dibendang-bendang ataupun dikawasan sawah padi dan kadangkala senang untuk kita temui di semua jenis tanah yang airnya sesuai untuk spesis ikan ini membiakkan habitatnya.

Ada orang yang suka memelihara ikan puyu ini hanyalah semata-mata kerana tarikan yang tertentu pada ikan tersebut namun ada juga yang memelihara ikan jenis puyu ini dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai sumber rezeki sampingan.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca semua mengenai adanya keistimewaan luarbiasa yang ada hanya pada ikan puyu ini ialah ianya tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.

Keistimewaan inilah yang menyebabkan ramai orang di Sarawak terutamanya penduduk-penduduk kampung serta para penghuni rumah panjangnya percaya bahawa kelebihan yang dimiliki ikan puyu ini mampu untuk digunakan sebagai pelindung kepada mana-mana ilmu terutamanya "ilmu pukau."

Apabila saya terbaca satu berita bergambar yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini iaitu mengenai seorang pembekal barang kemas dari Kuala Lumpur yang kerugian hampir RM1 juta ringgit setelah kesemua barang kemas yang beliau tinggalkan dihadapan Pasar kedai Payan, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada jam 2 petang semalam telah lesap dilarikan oleh sekumpulan perompak warga Arab hanya dengan menggunakan ilmu pukau mereka.

Dikatakan juga bahawa sesudah memasuki kedai tersebut kesemua perompak warga Arab itu termasuk salah seorang daripada mereka adalah wanita telah bertindak dengan menyentuh setiap pekerja yang ada didalam premis tersebut dan tidak lama kemudian seorang demi seorang semua pekerja didalam kedai itu telah terpukau dan hanya mampu melihat saja apa yang sedang dilakukan oleh perompak itu.

Oleh itu, kepada semua pemilik-pemilik kedai emas yang mungkin akan menjadi mangsa seterusnya oleh sindiket-sindiket ilmu hitam ini, adalah disarankan supaya segera memelihara sekurang-kurang 3 ke atau 2 ekor ikan puyu dan letakkan di tempat-tempat yang sesuai atau strategik. Perlu ada usaha untuk mencegah sesuatu kejadian daripada berlaku keatas diri kita dan yang paling utama ialah sikap berwaspada selalu.

Perhatian juga, ikan puyu ini hanya boleh ditaruhkan satu ekor saja dalam satu balang atau akuarium kerana tabiat semulajadi ikan puyu ini ialah ianya suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini...kes terlampau perkauman lah ni...

Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung !

Apa-apapun, kepada yang ingin mencuba memelihara ikan puyu ini, usahakanlah mulai dari sekarang...demi harta benda kita yang ada didalam rumah, yakinlah bahawa ikan puyu takkan tidur punya. Ikan ini tak sama macam kucing. Kucing ini kita pelihara buat habis beras saja, kalau bab tidur tu memang nombor satu...tikus dan pencuri masuk pun dia takkan peduli walaupun terlanggar batang hidung dia, makin rapat pula dia tutup mata.

Ilmu pukau takkan berkesan jika kita ada memelihara ikan puyu ini didalam rumah, tetapi mesti mau ada keyakinan mengenai perkara ini. Jika tidak, tak menjadi pula. Selamat mencuba !

12 ulasan:

pria malaya berkata...

salam saudara..

Maaf saya ingin menegur sedikit artikel yang dikarang saudara..

Setakat ilmu yg dimiliki saya, kenyataan saudara sebenarnya telah menghampiri syirik dlm sedar mahupun tidak..

saudara seolah2 telah menyukutukan Allah dengan meyakini kuasa yg ada pada makhluk lain melebihi penciptanya..

perkataa seperti "yakinlah"..hanya membela ikan puyu dalam selamatkan keadaan" dan lain2 sebenarnya antara ciri2 ayat yg menghampiri dosa syirik..

saudara boleh bertanya kepada orang2 agama disekitar saudara untuk kepastian..saya akhiri kalan ini dgn wallahua'lam..

p/s: saudara boleh rujuk disini
http://www.webkl.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3486

hilbert berkata...

Salam pria malaya,

terima kasih atas teguran...

benar ianya memang sesuatu yang syirik dan ditegah sama sekali dalam ajaran Islam.

tetapi harus diingat juga segala yang ada dialam maya ini adalah ciptaanNya juga yang harus kita terima dan akui yang ianya mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Unknown berkata...

salam. saya sangat setuju dengan pandangan pria malaya, terima kasih memberi peringatan. ingata mengingat sangat baik.

Tanpa Nama berkata...

Setiap makhluk yg allah swt jadikn d atas dunia ada kelebihan masing masing cuma kita shj x tau...apa2 pn allah swt adlh sebaik2 pelindung..

akuanakkampung berkata...

salam..maaf ye jika sya berkata membuat anda terasa..setiap makluk dan pokok kayu itu ciptaan allah..semua benda yang di jadi kan ad kelebihan dn kekurangn..contoh sya bagi kan...ubat-ubatan...kenpa orang anggap bnda tu penyembuh...itu bukankah syirik ka...sedangkan kita hanya mengubati allah yg memberi penyembuh...sama jugak makluk lain..ada keistimewaan dia..jadi kita hnya mencegah setiap bnda yang allah bari kita guna kelebihan dia..jadi kita berserah kepda allah..kalu macam tu..kita xyah lah guna bnda untuk kebaikan yg allah bagi..jadi semua syirik lah..orang yg syirik sebenarnya dia telalu taksub dgn satu bnda..tu baru yg di nma kan syirik
kita cuma guna kelebihan allah bagi dan kita berserah kpda allah...

Unknown berkata...

Saya sangat terima

Unknown berkata...

Entah la aq mmg tak pcaya dgn petua2 ngarut ni... Kalo masih nk pcaya gak dgn petua2 ni iq kita masih lgi level kampung...ayat ayat alquran la paling efektif buat halau atau cegah sihir ni suma

Unknown berkata...

rasanya tak salah kita letak ikan puyu buat sebagai pendinding.apa yg penting kita selalu mesti ingat yg berkuasa atas segalanya hanyala Allah.guna ikan puyu hanyala sebagai usaha kita selepas kita baca Al Quran.contoh cam lada hitam.petua org dulu selain baca Al Quran pada org yg kena rasuk kita juga boleh cuba penyek lada hitam pada mangsa yg dirasuk.sy sendiri pernah buat skali pada kawan yg disantau.yg penting tanamkan dlm minda kita segalanya dari Allah yg menentukan

Unknown berkata...

Pads pndgan sy Tak salah memoercayai ttg keistimewaan sesuatu mahluk ciptaan Allah dimukabumi ini."yakin"yg penulis maksudkan adalah tiada rasa sangsi.bila Kira yakin utk melakukan sesuatu insyaalah Kira didorong olh suatu kekuatan dlm fikiran Kira sndiri.byk lg prkara syirik yg blh Kira kaitkan dgn menyekutukan Allah..umpama mcmilmu hitam yg Kita sedia tahu perkara begitu Ada syaitan Dan iblis mnjadi peeantaraan.Tuhan jadikan sesuatu Dan Dia members Kita akal utk beeikhtiar Dan bertawakal pdnya stlh Kita beeikhtiar..so apakah perkataan yg sesuai dgn tawakal?yakin bukan?sbb sy percaya haiwan sntiasa beezikir.sy tidak membunuh semut krn pesan org tua jgn bunuh semut sbb mrk sntiasa beezikir..sy hanya bercakap dgn mrk sbb sy yakin mrk akn pergi bila Kita cakap elok2dgn kmpulan ini.esok semut2tu pergi Dan Tak Ada lg.klu sy Tak yakin dgn pesan org tua pasti sy Tak buat ini semua.samalah dgn saudara Kita kingsikan dgn puyu ni.

mia family till jannah berkata...

Betul. Saya setuju apapun ciptaan dari nya kita yakin dalam apapun yg kita buat isnyallah Allah akan beri jalan.lain kalau penulis suruh sembah siang dan malam ikan tu. Sifat Allah jadi kan semua berbeza dan istemwa kalau kita kaji san gdurian je belum tentu habis pikir tapi org sanggup bayar dgn wang yg mahal utk dptkan nya. Adakah itu syirik . Jd jgn sok tahu husnuzon lbih baik saudara.

mia family till jannah berkata...

Betul nyamuk sekecil itu pun ada manfaat dan pengajaran yg Allah kirim bersama dia dia sekecil kecil nya dibanding kita tapi bahayanya gigitan nya buat seluruh tubuh terasa. Disitu Allah ingat kan sebesar mana pun kita sehebat mana pun kita balik pada yg satu kerana kita tak akan bisa melawan takdir nya.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin tegur , maaf ya. Mungkin tersilap sikit ayat "pelihara kucing hanya habiskan beras saja". Kucing kalau dipelihara mngkin lagi bertambah rezeki kita. Kucing yg dipelihara mendoakan tuan. Insyaallah rezeki bertambah

Arkib Blog