Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 02, 2009

Datuk Mohamad Aziz mahu buktikan "era kerajaan lebih mengetahui telahpun berakhir" benar-benar berlaku.

Jika semalam iaitu sewaktu merasmikan persidangan tahunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib telah menjelaskan kepada semua perwakilan sebab mengapa beliau melantik Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang diberi tugas untuk menjaga Kod Prestasi Indeks(KPI) setiap anggota pentadbiran Kerajaan adalah kerana beliau menghargai peranan Gerakan di dalam gabungan Barisan Nasional.

Walaupun Perdana Menteri tidak menyebut secara langsung atas alasan apa beliau menyatakan perkara itu namun sebagai rakyat biasa, saya sangat maklum bahawa apa yang dijelaskan oleh Datuk Seri Najib itu kepada para perwakilan semalam adalah ditujukan khas kepada Ahli Parlimen Sri Gading, YB Datuk Mohamad Aziz yang secara terang-terangan ketika di dalam Dewan Rakyat telah mempertikaikan kemampuan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai menteri yang menjaga KPI disamping itu juga Datuk Mohamad dengan tegas dan berani telah meminta Koh Tsu Koon agar segera meletakkan jawatan sebagai menteri kerana gagal memberikan khidmat sebagaimana yang diharapkan.

Hak untuk melantik sesiapa saja sebagai menteri memang kita akui adalah hak mutlak Perdana Menteri, namun apabila seseorang individu telah dilantik ke jawatan yang tertentu sebagai menteri penuh atau pun timbalan menteri adalah tidak salah bagi sesiapa saja termasuklah ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional sendiri untuk memberikan pandangan mengenai prestasi semasa mereka-mereka yang telah dilantik itu.

Sebagai rakyat biasa, saya berpendapat bahawa kenyataan yang telah dilontarkan oleh YB Datuk Mohamad Aziz berhubung dengan Tan Sri Koh Tsu Koon ketika siri perbahasan dalam Dewan Rakyat minggu lepas adalah berdasarkan kepada apa yang pernah wakil Sri Gading itu sendiri lihat dan perhatikan tentang setakat mana kemajuan yang telah Koh Tsu Koon buat untuk membuktikan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat untuk ke jawatan itu.

Selain gagasan 1Malaysia yang semakin diterima baik oleh rakyat, kita mungkin hampir terlupa dengan satu lagi perkara yang pernah disebut serta diumumkan oleh Perdana Menteri sejurus beliau mengambil-alih jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu "era kerajaan lebih mengetahui telahpun berakhir" maka dari situlah saya dapati YB Datuk Mohamad Aziz ini cuba untuk membuktikan bahawa perkara itu sememangnya harus dibuktikan dengan tindakan dan bukan hanya untuk dilaung-laungkan ditempat yang tertentu sahaja.

Oleh itu sebagai rakyat, saya mempunyai pandangan bahawa Datuk Mohamad Aziz benar dengan kenyataan beliau itu dan seharusnya pandangan beliau terhadap kemampuan sebenar Tan Sri Koh Tsu Koon untuk mengetuai pasukan pemantau KPI itu juga hendaklah diambil kira serta diberi perhatian dan tidak sepatutnya teguran oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu dipandang sepi saja serta disifatkan sebagai melanggar prinsip setiakawan dalam BN.

4 ulasan:

My Longest Yard berkata...

Hello,

Dalam isu ini, saya ada pandangan lain.

Buat kesekian kalinya kita sekali lagi dipaparkan dengan percaturan politik kelas pertama DS Najib.

Datuk Mohamad Aziz tak salah. Beliau melaksanakan tugasnya dengan baik.

Kenapa isu ini dibangkitkan oleh beliau ketika menjelangnya Perhimpunan Agung Gerakan? Tepuk dada tanya selera.

Dan kita boleh lihat bagaimana DS Najib menjawab isu ini di pentas Gerakan amnya, dan di pentas kaum cina khususnya.

Politik DS Najib cukup mengagumkan. Tabik pada beliau.

Jeffry berkata...

SLM BRO..KLU BLH SETIAP BULAN KOH HARUS MEMPAMERKAN INDEX KPI DIA DLM AKHBAR SUPAYA ORG RAMAI DPT INFO SAPE YG BEKERJA DAN SAPE YG CURI TULANG!. INGAT! PENCAPAIAN DI UTAMAKAN! HEHEH

PUTRA MERDEKA berkata...

Salam Hilbert,
Nampaknya Tok Mad konsisten dan tegas dalam keputusan beliau untuk tidak mahu menarik balik dan meminta maaf...Syabas kerana cukuplah Hishammuddin sahaja pemimpin Melayu yang terpaksa meminta MAAF kepada bangsa lain sedangkan bangsa lain tidak pernah sekali-kali terfikir untuk meminta maaf kepada bangsa Melayu dan Bumiputera.
Tok Mad pemimpin Melayu tulen yang berani, jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan agamanya, bangsanya dan negaranya...
Terima kasih Bro Hilbert

hilbert berkata...

ya hello MyLongestYard,

kita lihat dari satu sudut lain ianya memang ceriternya begitulah, tapi bila kita kenang semula apa yang pernah Gerakan buat satu ketika dulu yang sanggup untuk bersekongkol dengan DAP sehingga memaksa Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian daripada UMNO selama 3 tahun jadi tak mungkin kita akan membiarkan pulak Gerakan untuk membuat perkara yang sama keatas Datuk Mohamad Aziz...

Iya Jeff, sebelum Koh mempamerkan KPI orang lain terlebih dulu dia harus pamerkan KPI dia sendiri baru adil...

Ya! PutraMerdeka, anda betul. Jangan seperti Hisham, pandai dia hunus kris tapi lepas tu minta maaf pulak, memalukan saja... dulu-dulu mana ada Pahlawan Melayu buat macam tu..

Arkib Blog