Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 12, 2009

Usah berbangga dengan kemenangan besar YB Tan Sri Isa Samad.

Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang di Teluk Kemang Negeri Sembilan sudahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia lewat petang semalam.

Calon UMNO/BN Tan Sri Isa Abdul Samad menang besar dengan memperolehi undi majoriti sebanyak 5435 jauh mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh BN pada PRU-ke12 2008 lalu. Tan Sri Isa mendapat undi tertinggi iaitu 8013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohd Nor yang hanya dipilih oleh 2578 pengundi sahaja. Lebih malang lagi apabila calon PAS itu kalah dikesemua 18 kawasan peti undi.

Belum terlambat untuk kami rakyat Sarawak untuk menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada YB Tan Sri Isa khasnya, UMNO khususnya dan BN amnya diatas kemenangan pertama BN pada pilihanraya kecil selepas PRU Ke-12 dulu. Pada PRK yang dulu-dulu selepas PRU Ke-12 BN mengalami kekalahan bersiri dan angkat bendera putih sekali.

Proses Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telahpun selesai, dan sekarang tinggal untuk melunaskan apa saja janji-janji yang telah ditaburkan kepada rakyat dikawasan tersebut. Bagi saya BN tiada masalah dalam soal untuk menunaikan janji kerana BN sentiasa menepati janji mereka kepada rakyat tidak seperti Pakatan Haram DAP/PKR/PAS yang selalu menanam tebu ditepi bibir.

Selain semua itu ada satu lagi tanggungjawab besar sedang menanti Barisan Nasional yang dianggotai oleh 14 parti didalamnya untuk dilaksanakan iaitu usaha untuk membasmi atau menghapuskan rasuah secara berkesan. Apakah dengan kemenangan besar BN di DUN Bagan Pinang akan turut menyumbang ilham besar kepada Barisan Nasional bagaimana cara untuk menemui jalan bagi menghapuskan gejala rasuah dengan lebih berkesan agar ianya dapat terus dihapuskan.

Di waktu Barisan Nasional sedang meraikan kemenangan besar calonnya Di DUN Bagan Pinang diharap pemimpin-pemimpin besar didalam BN tidak terlupa dengan hasrat murni BN sebelum ini yang pernah menyatakan untuk memerangi kegiatan rasuah secara besar-besaran. Sebelum ini Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib pernah mengingatkan semua ahli UMNO dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atasan supaya bersedia untuk "berubah agar tidak rebah." Begitu juga kepada semua ahli parti dalam gabungan Barisan Nasional, peringatan serupa juga telah disampaikan oleh Perdana Menteri.

Dalam apa-apa hal juga, kemenangan besar yang diperolehi oleh UMNO/BN melalui YB Tan Sri Isa Samad haruslah diterima dengan rasa bersyukur kerana Barisan Nasional masih mampu mempertahankan kedudukannya disitu dan kemenangan itu juga tidaklah harus dijadikan sebagai suatu kebanggaan kerana jika perkara utama hampir dilupai maka tidak bermaknalah kemenangan itu. Soalnya, apakah selepas ini Tan Sri Isa Samad sanggup dan berani untuk membicarakan tentang masalah politik wang dan salah guna kuasa ? ...dan jika beliau berani berbuat demikian, tidakkah langkah itu tak ubah seperti usaha untuk "membuka pekung didada" sendiri"

Jika seseorang penagih dadah yang telah insaf dapat diterima masuk semula kedalam pangkuan masyarakat setelah mereka benar-benar berupaya berjaya meninggalkan amalan yang terkutuk itu serta berubah namun setelah itu mereka tetap juga terus akan dikenali sebagai "bekas penagih dadah," jadi bagaimana pula nanti dengan tanggapan masyarakat berkenaan dengan mereka-mereka yang telah dan pernah terlibat didalam lain-lain kegiatan yang tidak bermoral seperti salah guna kuasa, wang, kedudukan dan sebagainya apakah mereka juga akan dilabel sebagai "bekas" ?

Walau apapun, terima kasih kepada penduduk di DUN Bagan Pinang kerana telah memberikan UMNO dan Barisan Nasional satu kemenangan yang sangat besar dan sepatutnya kita harus berbangga dengan keputusan rakyat di Bagan Pinang yang masih memilih BN sebagai pemimpin mereka disitu tetapi kita tidak sepatutnya bangga dan megah dengan siapa yang menang disana. Pandangan saya yang mengelirukan... Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN!

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam kemenangan,

Allah tidak selamanya memakbulkan segala perbuatan jahat PAS, rakyat telah di buka mata hati mereka untuk melihat segala penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin PAS yang menjual maruah bangsa dan agama untuk jawatan dan kuasa……..

antianwaribrahimdotcom berkata...

salam bro!

jangan risau, isa sudahpun menerima hukuman setimpal hingga beliau meletak jawatan. yg salah tetap salah tapi mereka juga berhak diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan. yg sudah itu jadikanlah sebagai pengajaran. walaupun akan dilabel sebagai "bekas", saya percaya "bekas" itulah yg akan membangunkan semula masyarakat untuk lebih bersih daripada rasuah.

cuma si anjing kurap bernama anwar ibrahim bila lagi mahu diadili?

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..YUP KEMENANGAN BESAR YG TAK DI SANGKA2..TAPI KITA JGN LEKA SBB ADE TUGAS YG LEBIH BESAR MENANTI KITA (PRU13). AT THE MOMENT LETS CELEBRATE DIS SWEET VICTORY 4 A WHILE SHALL WE HUHUHU...IDOP BN!!...IDOP UMNO!!..ALL 4 RAKYAT & BN 4 RAKYAT!! YEZZEKKKK!!!

hilbert berkata...

Salam juga Yanggambi, APS & bro Jeffery..dan terima kasih.

Dengan kekalahan besar PAS di Bagan Pinang itu diharap Pakatan Haram jangan terlalu semakin ego dengan kemenangan tipis mereka sebelum ini...

Biar Pakatan Haram DAP/PAS/PKR menilai diri mereka sendiri dulu sebelum bercakap pasal ketelusan, kejujuran dan amanah...

Arkib Blog