Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 13, 2009

Beras percuma setiap bulan : Terima Kasih BN.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Mohd. Noh Omar telah menggariskan 6 perkara mengenai dengan pemberian berterusan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Yang sangat menarik sekali ialah pemberian itu nanti tidak akan memilih bulu, asalkan mereka rakyat Malaysia walaupun dikawasan yang diwakili oleh Pakatan Haram seperti DAP/PKR/PAS. 6 perkara tersebut adalah seperti berikut;

( 1) Sebanyak 43,000 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan dibandar dan RM420 sebulan diluar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.

( 2 ) Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan dibandar dan RM1,000 diluar bandar pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.

( 3) Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15(15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.

( 4 ) Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti Pembangkang(DAP/PKR/PAS).

( 5 ) Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong diseluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.

( 6 ) Pemberian Kupon itu akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Pekan, Pahang pertengahan November ini.

Sumber berita di Utusan Malaysia hari ini 13 Oktober 2009.

Reaksi spontan rakyat seperti saya;
Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib kerana telah mendahului rakyat didalam pentadbiran beliau dan tepat sekali dengan konsep 1Malaysia Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Disamping sering membantu masyarakat luar yang sering ditimpa musibah alam, kerajaan Barisan Nasional juga tidak mudah lupa kepada rakyat dia sendiri yang masih lagi ada terdapat sesetengah daripada mereka sangat memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.

Mungkin jarang bagi kita untuk mendapati adanya kerajaan lain selain Malaysia yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang sebegini serius mengambil berat mengenai kebajikkan segelintir rakyatnya yang ada masih hidup didalam serba kekurangan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan daripada kami rakyat biasa kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Datuk Seri Noh Omar khususnya, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia amnya diatas segala pemberian itu kelak. Terima kasih.

7 ulasan:

antipkrsarawak berkata...

salam bro! rm60 juta, banyak tu! terima kasih bn!

My Longest Yard berkata...

Alhamdulillah...

Datu Putul berkata...

strategi menteri yang ketandusan idea...kalau nak menolong orang miskin jangan bagi ikan tapi bagi dia pancing... terima kasih BN? Nak tanya pada anda yang kurag fikiran ni, sampai bila BN tertahan nak bagi 60 juta tu? Terima kasih BN? nak tanya kau orang, itu duit 60 juta, duit BN kah? Itu duit rakyat, BN hanya nak cari glamour dengan duit rakyat..Mentaliti kelas kambing untuk antipkrsarawak dan mylongestyard..

hilbert berkata...

AntiPKRSarawak, MyLongestYard terima juga. Itulah nikmat kita hidup dibawah pentadbiran kerajaan BN yang sentiasa adil kepada semua tak kira siapa baik UMNO,MIC,MCA,PBB,- PAS,DAP,PKR,SNAP dan lain-lain lagi.

Datu Putul, hishh...dulu Pakatan Haram dalam manifesto mereka pada PRU-12..macam-macam janji yang mereka buat untuk menipu rakyat. Kononnya jika mereka menang akan dibagi air percuma, akan dibagi biasiswa kepada anak-anak Selangor, dan yang terbaru janji Anwar kepada ADUN Permatang Pasir YB Salleh Man...hmmmm dapat ditunai kah tidak nanti haiyaaa!!!

Beras percuma tu tak pernahpun BN janji dengan rakyat dulu..cuma BN katakan kepada rakyat ialah jika masih mahu BN menjadi kerajaan di Malaysia ini maka pilihlah BN...dan rakyat yang banyak terhutang budi kepada BN pasti tak mahu membelot. Rakyat tetap setia bersama BN. Oleh itu, lihatlah sekarang BN sentiasa berbuat banyak perkara yang terbaik hanya untuk rakyat...lihatlah,lihatlah...wahai Datu Putul(Datuk betul keh hehe)

iceman berkata...

Marahla pasal temberang pakatan rakyat dah terbongkar cakap berapi tapi buatnya tidak.pada yang tk layak jagan gatal pulak pie amik jugak.bertimbang rasa kepada mereka yang lebih berhak.sama2 kita jayakan projek in sebagai sokongan kepada kerajaan.

hilbert berkata...

Ya...betul,betul,betul tu Iceman...

Pakatan Haram selalu cakap tak serupa bikin...janji kosong saja...lihat apa dah jadi dengan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang...lama-lama kerajaan BN juga tempat mereka mengadu hmmmm...

antipkrsarawak berkata...

datu patul:
kau dengan mak bapak kau org kaya, hidup senang! tak kan pernah rasa bagaimana org miskin rasa!

bg org miskin beras tu tersangatlah penting. nk beli beras pun susah walaupun ada bantuan wang.

datu patul sekeluarga seketurunan mmg sial makan rezeki haram!

selangor bg air percuma, tak guna duit rakyat ker?

Arkib Blog