Diharap supaya Kerajaan Malaysia terutamanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim sudi untuk mengkaji semula nama yang digunapakai untuk tabung bantuan khas bagi mangsa gempa bumi di Padang Pariaman Sumatera kepada nama yang agak sesuai dengan suasana yang sebenar berlaku.
Cuba kita lihat dan dengar bila di sebut "Tabung Gempa 1Malaysia untuk Asia", apabila kita dengar perkataan 1Malaysia itu disebut ianya akan kedengaran sebagai "Satu Malaysia" iaitu seolah-olah satu Malaysia dilanda gempa bumi. Bukan negara kita yang dilanda gempa bumi jadi mengapa harus diletakkan nama Malaysia untuk meraih derma daripada rakyat negara ini. Nama tabung itu betul-betul menggerun dan mencemaskan perasaan kita rakyat di negara ini.
Tabung bencana itu telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim di Port Dickson baru-baru ini dan berkemungkinan mengambil sempena nama gagasan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia. Walaupun dilihat idea YB Datuk Seri Dr. Rais itu baik tetapi saya berpendapat ianya tidak sesuai digunakan bagi tujuan untuk membantu mangsa gempa di Indonesia.
Adalah lebih baik tabung bencana itu ditukar kepada nama lain sebagaimana yang pernah Malaysia tubuhkan ketika Aceh di landa gelombang Tsunami pada 26 December 2004. Ketika itu Malaysia telah menubuhkan satu tabung khas untuk tujuan itu yang dinamakan sebagai "Tabung Bencana Tsunami Aceh", ianya sesuai kerana ianya berlaku di Aceh.
Oleh itu adalah sangat diharapkan agar nama untuk tabung yang telah diwujudkan itu bagi memungut derma daripada rakyat di Malaysia ini akan ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai dengan keadaan dimana sesuatu kejadian bencana itu telah berlaku. Jangan babitkan nama Malaysia dengan musibah yang menakutkan itu.
Diharap juga kerajaan serta pemimpin-pemimpin di Malaysia ini juga harus memahami perasaan kebanyakkan rakyat yang di negara ini yang telah terjebak dalam dilema yang tidak menentu iaitu berada didalam keadaan yang paling serba-salah. Hendak membantukah ataupun tidak. Apa yang penting sekarang ialah agar peribahasa "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan" tidak berbangkit selepas ini.
Dalam pada kita hendak membantu pada waktu itu juga kita terus dihina, dicerca dan sebagainya dan ada pula yang bertekad hendak menyerang negara kita Malaysia. Tidak hendak membantu tentu sekali kita tidak dapat menipu perasaan kita sendiri yang sangat simpati, sedih dan kasihan melihat mangsa-mangsa gempa sedang menanggung penderitaan.
Betul-betul kita rakyat Malaysia sekarang ini sedang berada didalam keadaan yang sangat serba-salah. Rakyat Malaysia sedang berperang dengan perasaan mereka sendiri. Haruskah kita membantu? Nasib kita rakyat Malaysia sekarang tidak ubah seperti nasib seseorang yang hendak menyelamatkan satu sarang tebuan yang telah terjatuh kedalam sungai.
Samada kita hendak mendapatkan sarang tebuan itu supaya ianya tidak akan terus dihanyut oleh aliran sungai dan jika kita cuba untuk menyelamatkannya maka kita terpaksa berdepan dengan risiko akan disengat tetapi jika kita terus membiarkan sarang tebuan itu terus hanyut mungkin kita akan merasakan diri kita sebagai bersalah kerana gagal untuk menyelamatkan habitat itu daripada terus pupus.
Biar apa-apapun, kepada mana-mana individu terutamanya rakyat Malaysia sendiri, segalanya terpulang kepada diri kita sendiri, jika kita rasa perlu untuk menyumbang maka kita harus berbuat demikian. Berdasarkan kepada keadaan semasa yang sedang kita lihat sekarang ini berhubung dengan maklumbalas yang kita terima daripada masyarakat Indonesia terhadap Malaysia waktu ini, maka tidak akan timbul soal tekanan dari mana-mana pihak agar orang-orang tertentu harus menderma. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Oktober 05, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Salam, kawan agak dah betul tu..... mungkin ianya bermaksud sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, untuk negara Asia yang dilanda bencana. Jadi slogan 1 Malaysia digunakan......
Maaf, kalau kawan tersalah tafsir....
Salam Yanggambi,
Tapi bila kita sebut begini perlahan "tabung... !Gempa 1Malaysia... ianya kedengaran sangat menakutkan seperti kita pulak yang meminta derma untuk mangsa gempa di Malaysia walhal kerajaan kita memohon derma daripada seluruh rakyatnya untuk menyumbang bantuan dalam bentuk wang ringgit untuk mangsa gempa di Pandang Sumatera.
Jika dapat kerajaan harus ubah nama itu kepada nama yang agak sesuai misalnya "Rayuan Tabung Gempa Padang" atau "Tabung Bencana Gempa Padang" atau "Tabung Khas Bencana Asia" dan lainnya yang boleh mententeram hati rakyat Malaysia. Harap memahami perasaan Malaysia yang sekarang sedang dicabar oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia.
Kerajaan Malaysia khususnya harus peka dengan perkara yang berkaitan dengan Indonesia dari masa kesemasa. Kita tidak boleh terus membiarkan nama baik negara terus dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di Indonesia. Kita rakyat Malaysia, kitapun ada hak untuk mempertahankan nama negara Malaysia kita daripada terus dipersendakan oleh pihak luar terutamanya Indonesia.
Catat Ulasan