Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 07, 2009

PKR Sarawak semakin berpecah... sama seperti logonya.

Parti KeADILan Rakyat(PKR) Sarawak akan terus menghadapi masalah perpecahan. Berpecah dan terus berpecah sama juga seperti keadaan logo parti itu yang memangpun kelihatan telah pecah dua.

Ramai daripada ahlinya kini sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah parti baru sebagai persediaan jika mereka telah keluar daripada PKR bermakna mereka sudah ada tersedia sebuah kapal untuk dinaiki.

Perkembangan ini telah mencemaskan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR di Sarawak dan pastinya yang resah gelisah ialah Datuk Hajjah Hafshah Harun, Dominique NG, Mustapha Kamal, Augustine Liom dan yang pasti paling bengang dengan situasi ini ialah Penasihat PKR 16September Anwar Ibrahim.

Berita yang diperolehi daripada sumber yang memang boleh dipercayai mengatakan bahawa sekumpulan pihak dalam PKR kini telah mulai menjalinkan kerjasama dengan Ahli Kongres Dayak Malaysia serta juga dengan bekas ahli-ahli dan juga bekas pemimpin Parti Bansa Dayak Sarawak(PBDS) yang dibubarkan pada tahun 2004 untuk mewujudkan sebuah parti baru yang akan diberi nama sebagai Parti Rakyat Malaysia(nama singkat belum tahu lagi).

Penubuhan parti baru itu dijangka akan dilakukan di Bandar Sibu dan akan dilancarkan pada 15 Oktober 2009 Khamis minggu depan. Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Penerangan PKR Sarawak See Chee How. Keputusan golongan itu untuk menubuhkan sebuah parti baru walaupun sebelah kaki mereka masih berada didalam PKR difaham adalah disebabkan rasa tidak puashati mereka yang tertentu itu dengan cara kepimpinan PKR Pusat dan juga PKR negeri.

Biasalah tu, apabila kepentingan diri telah menguasai perjuangan yang kononnya untuk membela serta untuk memberi keadilan kepada rakyat, maka kepentingan rakyat mudah diketepikan. Pergi jahanamlah dengan janji-janji manis masa PRU-12 dulu, asalkan periuk nasi diri sendiri sentiasa penuh.

Perkembangan selanjutnya, kita kena tunggu sehingga 15 Oktober depan...tak lama lagi minggu depan...hari Khamis, di Sibu Sarawak.

4 ulasan:

TakerRules95 berkata...

UMNO semakin berpecah sama seperti kerisnya

melayujantan berkata...

Itu lambang " PECAH LUBANG BELAKANG " sendiri mahu ingat siapa "KORPALANYA" . Takerules95 hang masih "DARA" lagi ka....Hangkan peminat setia "SANG MAMAT TU KAN". Klu masih DARA bila Hang nak serahkan MAHKOTA HANG tu..... Kesian MAMAT TU dok TUNGGU LAMA !!!!

nalapambu berkata...

Image UMNO akan semakin tercemar jika Isa Samad menang di DUN N31 Bagan Pinang.
Ini akan memberi makna bahawa UMNO mengamalkan dan menyokong RASUAH.
Isa Samad telah didapati bersalah dan di hukum kerana mengamalkan RASUAH dalam politik. Satu dunia sudah sure heboh tentang keburukan salah laku Isa Samad. Perbuatan nya ini telah sangat mencemarkan UMNO sehingga ramai rakyat telah menolak UMNO.

Amalan RASUAH sangat keji dan buruk, ianya bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk islam. Ini kerana RASUAH boleh menghancurkan negara.

Adakah patut kita menjadikan seorang pengamal RASUAH sebagai pemimpin kita? Jika kita menyokong seorang pemimpin yang mengamalkan RASUAH, bermakna kita telah menyokong RASUAH juga.

Marilah kita perangi RASUAH, kita tolak pemimpin yang mengamalkan RASUAH.
UMNO masih kotor dan tercemar dengan RASUAH

daaksaytunk berkata...

dapatkan perkembangan terkini berkenaan isu terkini PKR di Bagan Pinang di http://ohpolitik.blogspot.com

Arkib Blog