Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 10, 2009

Adakah Ahli-ahli Parlimen akan gubal akta baru untuk lindungi "lembu" ?

Cuba anda bayangkan jika kerajaan khususnya Ahli-ahli Parlimen bercadang untuk mewujudkan satu lagi undang-undang khas bagi membela nasib lembu atau juga jika mereka berhasrat untuk menggubal akta yang sedia ada seperti akta haiwan terlindung.

Bayangkanlah jika suatu hari nanti haiwan ini akan disenaraikan dalam spesis haiwan yang terlindung sepenuhnya. Maknanya, tidak boleh lagi untuk di sembelih, tidak boleh lagi dicucuk hidungnya, tidak boleh dikurung didalam kandang, tidak boleh dijual, tidak boleh lagi dijadikan sebagai haiwan korban bagi umat Islam dan kesimpulannya ialah tidak lagi boleh untuk dimakan.

Saya sekadar cuba membayangkan keadaan ini jika ianya akan berlaku, adakah semua ternakan ini akan dilarang untuk dimiliki oleh orang perseorangan? Adakah ladang-ladang lembu yang sedia ada dalam negara ini akan ditutup? Kepada sesiapa yang masih lagi berdegil dengan tidak menghiraukan larangan sedemikian, apakah pula hukuman yang bakal dihadapinya?

Saya baru saja tahu bahawa ada rupanya undang-undang yang telah termaktub didalam sistem perundangan Negara kita ini yang melarang perbuatan menyentuh kepala lembu atau memijaknya. Betul, saya baru dapat tahu berkenaan dengan perkara ini. Tetapi sayangnya, undang-undang yang melarang sesiapa saja daripada menggantung atau melempar kepala babi kedalam surau tempat orang Islam beribadat belum lagi diwujud. Kenapa pula begitu...?

4 ulasan:

The Unspinners Kembali berkata...

gani empat tail otak suku tengah gubal.

pecat gani empat tail!!!!

hilbert berkata...

Kesian rakyat terus menjadi mangsa.

Kita lihat rakyat negara Brunei Darussalam...mereka begitu harmoni hidup dibawah pemerintahan hanya sorang Sultan.

Arif Omar berkata...

selepas ini sesiapa jumpa kepala lembu atau tengkorak lembu pun jangan kata pijak , langkah pun tak boleh. ambil dan dakap serta cium dia. kemudian serah kepada pihak kuil untuk kebumikan tengkorak ini.

hilbert berkata...

Ye lah Tuan Arif, selepas ini haiwan apa pula yang tak boleh dipijak.. semut..hmmm

...yang menghairankan saya, kenapa kalau ada kes yang hanya membabitkan kaum bukan Melayu atau Bumiputera lainnya akan segera diberi perhatian.

Arkib Blog