Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 15, 2009

SPRM - Tindakan yang tepat atau silap atau juga sekadar untuk menguji...

Terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengenai keputusan badan penyiasat bebas itu bahawa berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini Sabtu, 15hb. Ogos 2009 pihak SPRM tidak akan lagi membuat sebarang siasatan terhadap semua kes yang dilaporkan sekiranya laporan itu ada membabitkan orang-orang politik.

Kalau dilihat dari segi kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak SPRM untuk memperolehi kerjasama daripada mereka yang didakwa terlibat dengan gejala itu seperti insiden yang berlaku di DUN Sungai Pelik semalam, mungkin ada logiknya juga untuk mereka mengambil langkah yang agak drastik seperti itu.

Tambahan pula, jika kita melihat segala tindakan yang tidak bertanggungjawab terutama sekali oleh pihak Parti Pakatan Pembangkang terhadap badan itu sejak kebelakangan ini yang berterusan menyerang Suruhanjaya tersebut dengan berbagai-bagai fitnah serta kata maki hamun, maka bagi saya eloklah juga SPRM mengambil langkah ini untuk sementara waktu bagi membolehkan badan bebas ini untuk bernafas semula setelah lemas dengan segala kata nista, kutukan serta fitnah oleh DAP/PKR/PAS.

Namun bagi saya, seandainya tindakan ini sudah dikira sebagai satu keputusan yang muktamad dan tidak boleh dibincang lagi, dari sudut lain pula saya melihat ada satu kerugian yang pasti wujud daripada tindakan terburu-buru ini. Rugi jika kes-kes rasuah yang dilakukan oleh jerung-jerung besar dalam Pakatan Pembangkang misalnya, akan terlepas begitu saja tanpa sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasinya.

Jika langkah untuk membekukan siasatan terhadap semua kes-kes yang melibatkan seluruh ahli politik ini bukan bersifat sementara, jadi adakah ada cara lain lagi selain SPRM yang dapat digunakan bagi memerangi gejala rasuah ini dari terus menguasai serta mempengaruhi setiap keputusan oleh mereka yang mengamalkan kegiatan rasuah ini?

Tetapi sekiranya tindakan mengejut oleh pihak SPRM ini hanyalah sebagai salah satu cara bedah-siasat bagi pihak mereka untuk mengenalpasti dimana terletaknya kelemahan gaya pengurusan SPRM sehingga gagal meyakinkan orang ramai terutamanya Pakatan Pembangkang terhadap ketelusan SPRM dalam menjalankan tugas.

Kemungkinan juga SPRM terpaksa membuat keputusan ini adalah semata-mata untuk melihat serta menguji sejauhmana peranan SPRM masih diperlukan dan juga sejauh mana lagi kepercayaan orang ramai terutamanya pihak pembangkang seperti DAP/PKR/PAS terhadap kemampuan SPRM didalam menjalankan kewajipan utama mereka sebagai sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Dan yang paling penting ialah kemungkinan besar SPRM hanya ingin melihat adakah Pakatan Pembangkang ini betul-betul serius untuk mengambil bahagian dalam menyokong usaha kerajaan Barisan Nasional memerangi kegiatan rasuah ini secara besar-besaran. Jika Pakatan Pembangkang benar-benar mahu rasuah dihapuskan, sepatutnya merekalah yang terlebih dulu tampil untuk memujuk Pengarah Siasatan SPRM itu agar menarik balik arahan membekukan segala siasatan terhadap mana-mana ahli politik yang didapati terlibat dengan rasuah tanpa mengira parti mana yang mereka jadi anggotanya.

Bagi pihak Barisan Nasional, pasti keseluruhan daripada pemimpinnya kecewa dengan keputusan SPRM itu, tetapi bagi pihak Pakatan Pembangkang kemungkinan mereka akan merasa lega dan puas kerana tiada lagi pihak yang akan mengambil tindakan terhadap mereka walaupun "menghapuskan rasuah" adalah antara janji mereka kepada rakyat ketika PRU-12 lalu dan slogan anti-rasuah terdapat didalam manifesto Pakatan Pembangkang ketika itu.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat, adakah ini juga merupakan sebuah permainan untuk memerangkap kelicikan DAP/PKR/PAS yang sering mempermainkan undang-undang negara. Nak tengok siapa yang lebih bijak membuat drama... Apakah drama Datuk Dr Hassan Ali muntah arak akan ada pesaingnya selepas ini?
Posted by Picasa

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KDG2 HERAN GAK MCM MNA DIORANG BLH SERENDER MCM TU JE?? TP KITA TENGOK APE REAKSI PAKATAN ROSAK LEPAS NI??..MESTI DIORANG SOKONG PUNYE LAH SBB SPRM BKN 'PEMBUNUH' (SEBELUM NI DIORANG KATE PEMBUNUH!)..HARKK PTUIHH!!

hilbertmontell berkata...

Tapi saya yakin tindakan SPRM ini hanya sementara saja Jeff, sebabnya mungkin mereka iaini SPRM masih tertekan dengan perkara dan bebanan yang datang bertubi-tubi menimpa ke atas mereka tentu ada sedikit hilang pertimbangan akan dibuat kerana emosional, maklumlah SPRM baru berusia setahun jagung jika dibandingkan dengan PDRM yang sudah matang dan terbiasa dengan sepak terajang penjenayah yang berbagai kelas.

Arkib Blog