Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 09, 2009

Anwar boleh jejak kaki ke Bumi Kenyalang, tetapi dengan syarat !

Menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak yang akan datang, peringatan harus diberikan kepada Penasihat Parti KeADILan Rakyat iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau boleh bebas masuk ke Sarawak jika bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan dikalangan rakyat di negeri ini. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain seperti Penasihat DAP YB Lim Kit Siang, Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP YB Karpal Singh, Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mereka yang sedarah sedaging dengan DAP dan PKR.

Namun sekiranya tujuan beliau serta mereka yang tersebut diatas hendak berkunjung ke Bumi Kenyalang dengan niat semata-mata untuk mengelirukan rakyat dengan dakyah-dakyah serta cerita-cerita palsu pembangkang, membawa budaya tidak sihat seperti merusuh, merosakkan harta benda awam, mengadakan demonstrasi dijalanan, berbaring diatas jalanraya dan sebagainya, maka kehadiran mereka memang tidak dialu-alukan malah mungkin mereka juga akan dihalang daripada memasuki negeri Sarawak serta akan diusir keluar sepertimana yang pernah dikenakan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan serta beberapa orang lagi pemimpin pembangkang setelah mereka didapati cuba untuk menghidupkan budaya yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran kepada penduduk di negeri ini.

Sekiranya kehadiran Anwar Ibrahim ke negeri Sarawak hanya untuk mendatangkan perpecahan dikalangan penduduk Bumi Kenyalang yang telahpun utuh tali perpaduan dikalangan sesama rakyat yang berbilang keturunan ini, maka eloklah Anwar Ibrahim lupakan saja niat beliau kearah itu. Beliau dan sesiapa saja boleh datang untuk melihat perkembangan yang telah berlaku di Sarawak sejak dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, mempelajari apa yang patut sebagai contoh, memberi khidmat nasihat yang baik kepada penduduk di negeri ini dan bukannya datang ke Sarawak untuk mengajar mereka bagaimana cara untuk menentang apa sahaja pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional serta mengajar rakyat di negeri bagaimana cara untuk menyebarkan budaya fitnah-memfitnah terhadap orang yang tidak sebulu dengan parti pembangkang.

Peringatan seperti ini juga telah disuarakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen kawasan Santubong YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam dimana beliau menegaskan walaupun negara ini sebagai sebuah negara demokrasi serta mengamalkan cara pentadbiran demokrasi namun semuanya ada had tertentu yang harus difahami oleh semua pihak. Demokrasi bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh bertindak sesuka hati tanpa dikawal oleh undang-undang. YB Datuk Dr Wan Junaidi diminta mengulas berkenaan dengan kehadiran Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng dan David Yeoh ke Sarawak malam semalam.

Oleh itu, kepada para pemimpin parti politik Pakatan Pembangkang tiada salah bagi mereka daripada memasuki negeri ini jika tujuan mereka bertandang ke negeri Sarawak adalah murni serta tidak menyimpang dari garis panduan dan dari segi peraturan juga undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Posted by Picasa

4 ulasan:

anaz.akira berkata...

Mun nya ke sarawak tok untuk memecahkan perpaduan yang nang kuat dari dolok..lebih baik nya fikir balit kesan dan baik buruknya.Harap kita orang sarawak tauk untuk memilih ney yang paling bagus.. :)

anaz.akira berkata...

membinakehidupansihat.blogspot.com

YANG GAMBI berkata...

Pancas kaki mereka dengan parang panjang atau kerat lidah biawaknya....

hilbertmontell berkata...

Terima kasih,

anaz.akira; betul tu..sekiranya tujuan Anwar dan kroni-kroni dia datang sekadar untuk itu...tolak saja.

Yang Gambi.. potong lima 3 kerat hehe..1 bagi kat PAS, 1 bagi kat DAP dan 1 lagi untuk PKR sendri..

Arkib Blog