Lagu ini berjudul "Gali Lobang Tutup Lobang" nyanyian Raja Dangdut terkenal dari Indonesia iaitu Haji Rhoma Irama. Lagu ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah lagu tema ataupun dalam bahasa filemnya sebagai lagu latar untuk filem terbaru terbitan syarikat perfileman tempatan iaitu Pakatan Goyah Film Production Sdn. Bhd.
Tajuk filem itu juga ada persamaan dengan judul lagu ini. Lagu ini mengisah tentang apa yang berlaku didalam kehidupan masyarakat pada masa kini terutamanya sikap masyarakat yang gemar menyembunyikan sesuatu perkara serta menutup hal tertentu itu dengan perkara yang lain. Sebagaimana drama yang terdahulu, filem ini juga memilih negeri Selangor Darul Ehsan sebagai tempat lokasi penggambarannya. (semua ini adalah kiasan semata)...
Jika kita melihat kepada senario yang sedang berlaku didalam kerajaan negeri Selangor pada masa ini yang diterajui oleh Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, kita merasakan bahawa kitapun seperti mempunyai tanggungjawab bersama dengan rakan-rakan kita di sana untuk berbuat sesuatu kepada Negeri Selangor bagaimana kita dapat membantu dari segi untuk menyelamat negeri tersebut daripada terus-menerus ditimpa bencana.
Rakyat Malaysia harus berbuat sesuatu serta terus berikhtiar, bagaimana untuk melepaskan negeri Selangor dari terus berada didalam genggaman "tangan-tangan" pembinasa bangsa dan negara ini. Dalam kes terbaru dimana tragedi yang paling menyayat hati telah berlaku di Selangor, tak payah saya nak taipkan disini...seluruh dunia dah tahu dah...
Setiap hari kita sebagai rakyat serta masyarakat telah disajikan dengan berita ini. Setiap hari juga kita ditunjukkan dengan bermacam-macam helah daripada pembangkang untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada kes sebenar yang sedang disiasat oleh pihak SPRM kepada peristiwa kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock.
Secara jelas juga kita dapat melihat, semua helah ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat yang sedang tertumpu terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes mesyuarat antara exco kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor dengan kumpulan kongsi gelap atau gangster dan banyak lagi. Namun, tersusun macam mana sekalipun usaha mereka untuk menutup segala rahsia sebenar, pasti akan terbongkar jua akhirnya.
Maka, inilah yang cuba saya bawa anda untuk menilai secara perlahan perihal perkara yang telah dan sedang atau yang akan berlaku didalam negeri Selangor. Dengarkan baik-baik senikata lagu ini dan kembangkan maksudnya secara lebih meluas agar dapat kita semua menfaat daripadanya. Selamat berhibur dan berjuang !
2 ulasan:
saat ini, selangor walaupun negeri maju, dikatakan bajet kewangan negeri sudah kering, sehingga khalid gagap dalam sidang DUN ingin gunakan duit zakat umat islam untuk buat kerja pembangunan. bayangkan dalam tempoh setahun hasil pendapatan merudum hasil campurtangan dap. laykkan mereka ingin tadbir negara
terima kasih Tom Yam,
itulah..tepat sekali kata bidalan "indah khabar dari rupa".
kalau kita baca balik janji-janji dalam manisfesto pakatan pembangkang semasa PRU12, sepatutnya merekalah yang 100% lebih baik daripada BN...TETAPI itu cuma pembohongan besar mereka saja...lebih kepada menipu rakyat
Catat Ulasan