Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 11, 2009

Kabinet Baru: SNAP kecewa tiada tambahan jawatan menteri untuk Sarawak.

Selepas senarai penuh nama-nama menteri yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib diketahui oleh rakyat, reaksi segera dan perlahan dari rakyat keseluruhannya dapat dirasakan. Bukan hanya rakyat yang menyokong kerajaan saja memberi bermacam komen tentang kabinet baru itu, malah dari penyokong serta pemimpin pembangkang sendiri juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan perasaan mereka antara suka dan kecewa.

Di Sarawak kini soal perlantikkan mengapa sedikit pemimpin dari negeri ini yang diberi jawatan sebagai Menteri Penuh jika dibandingkan dengan Sabah telah menjadi perbualan dimerata-rata tempat di Sarawak. Terbaru sebuah parti pembangkang negeri yang berpusat di Miri telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan jumlah jawatan yang diberi kepada Sarawak setelah mengambil kira kedudukan kuat BN adalah di negeri Sarawak. SNAP menerusi Presiden Parti itu iaitu En. Edwin Dundang Bugak telah menyatakan pendiriannya ketika ditemui wartawan akhbar Utusan Borneo semalam.

Berikut adalah sumber berita mengenai kenyataan Edwin itu yang saya perolehi dari ruangan tempatan muka surat 5 dalam akhbar Utusan Borneo keluaran Sabtu, 11 April 2009;

MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak semalam melahirkan rasa kecewa kerana tiada tambahan untuk jawatan menteri dan timbalan menteri diberikan kepada Sarawak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kabinet barunya Khamis lepas.

Beliau yang mengharapkan untuk menyaksikan pertambahan menteri dalam kabinet baru itu berkata Najib sepatutnya memberikan lebih daripada dua jawatan menteri penuh kepada Sarawak sebagai menghargai sokongan rakyat negeri ini kepada BN terutama pada pilihanraya umum yang lepas. "Perdana Menteri baru sepatutnya memberi portfolio tambahan sama ada menteri penuh atau timbalan menteri kepada Sarawak di atas sumbangan besar dalam memastikan kemenangan BN semasa pilihanraya umum Mac tahun lepas," katanya sambil menambah tanpa Sarawak dan Sabah, BN tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan BN yang stabil di Kuala Lumpur.

Edwin berkata pemilihan anggota baru kabinet kali ini menunjukkan bahawa beliau(Najib) seolah tidak mengendahkan kepentingan sumbangan Ahli Parlimen(AP) BN dari setiap negeri khususnya Sabah dan Sarawak. "Dalam hal ini, sumbangan kedua-dua negeri dalam membantu mengekalkan pentadbiran BN perlu diiktiraf dengan melantik lebih ramai di kalangan AP untuk memegang jawatan penting di kabinet," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Edwin, malah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kelmarin turut melahirkan kekecewaan berikutan ketiadaan nama Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem dalam senarai kabinet baru itu. "Sudah tentu saya sedikit kecewa, kita mengharapkan sekurang-kurangnya seorang lagi dilantik bagi memegang jawatan menteri atau timbalan menteri," katanya.

Katanya, jika Najib mahu kerajaan yang mantap dan stabil beliau tidak harus meminggirkan mana-mana negeri sebaliknya memberikan peluang sama rata kepada semua kaum untuk mentadbir negara ini.

Pada pendapat saya apa yang disuarakan oleh Presiden SNAP itu adalah rentetan daripada kenyataan yang telah diluahkan oleh Presiden SUPP semalam juga dalam akhbar Utusan Borneo. Jika dikira dari segi kedudukan parti SNAP dalam politik di Sarawak, parti itu dulu adalah sebuah parti dalam gabungan BN Sarawak namun oleh kerana telah mengalami krisis kepimpinan satu ketika dulu, maka parti itu telah dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan(ROS) kerana gagal menjelaskan surat tunjuk sebab yang telah diserahkan kepada Presiden Parti SNAP ketika itu, iaitu Datuk Amar James Wong. Dan kini SNAP adalah sebuah parti pembangkang negeri.

Walau apapun yang telah dinyatakan oleh Presiden SNAP itu, apakah kenyataan yang beliau telah buat itu ikhlas serta mencerminkan perasaan sebenar rakyat Sarawak, kita sama-sama tunggu perkembangan seterusnya. Apakah Presiden SNAP itu sekadar berkata sedemikian hanya untuk menambat hati rakyat terhadap perjuangan pembangkang? Apakah mereka hanya menangguk di air yang keruh ? Pembangkang memang sentiasa mencari ruang yang ada untuk masuk mempengaruhi hati dan fikiran rakyat supaya membenci kerajaan.

3 ulasan:

Odri berkata...

jangan diharap pagar yang baru...
sebab itulah wujudnya pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi."
di hari akan datang, kita akan lihat banyak lagi nyawa orang dikorbankan, banyak lagi kekecewaan dan banyak lagi ketidakpuasan rakyat. salah satu contoh yang sedang berlaku sekarang, kes Altantuya, kenapa harus pegawai yg menjalankan tugas dihukum bunuh, sedangkan orang yang mengarah membunuh itu disuruh meninggalkan Malaysia @ menjadi ketua pemimpin. salah seorang yang bakal mati itu adalah anak Sarawak, yang hendak berkahwin, menyara keluarga dan memberi nafkah kepada adik2 yang masih kecil, yang berdisiplin menjalankan tugas tanpa mempersoalkan akibatnya kerana dasar berkhidmat untuk negara....dan dasar itu disalahgunakan oleh orang yang memegang kuasa. masihkah anda mengatakan bahawa mereka yang berkuasa itu adalah seseorang yang akan memegang tanggungjawab besar untuk negara? dari satu nyawa orang asing, kepada dua nyawa rakyat sendiri semata2 untuk menutup kesilapan??? berapa lagikah nyawa yang bakal disemah untuk mereka? adakah rakyat akan tertipu dengan tindakan ini? apatah lagi sekiranya Sarawak dan Sabah dipinggirkan dari kabinet baru, masihkah anda percaya akan kata2 mereka yang sering melaung bahawa orang borneo sahabat BN? ya, memang sabah dan sarawak baik dan sahabat BN, tetapi..pernahkah terlintas di pikiran sekalian bahawa adakah BN itu mahu menerima Sabah dan Sarawak? kita adalah bekalan mereka sahaja...hampasnya kelak akan dibuang. pikir-pikirkan lah...

Panglima Perang Cyber berkata...

jangan tak puas hati nanti ada peluang lagi.

kita kena sedia menunggu saat dan giliran kita nanti..

bagi peluang kepada PM melaksanakan apa yang dirasakan betul dan kena dilakukan segera...

Tom yam Pok Tek berkata...

tugas kabinet adalah menjaga seluruh rakyat dan najib pun bukan PM orang melayu tapi dia PM orang malaysia, banyak lagi kaedah boleh digunakan untuk mengelakkan kekayaan negara dapat diagihkan samarata, jika banyak wakil dilantik jika tidak berkualitintidak ada guna , baik seorang dilantik tetapi punyai perfom yang tinggi. Di Malaysia ni nak puashakan semua orang susah sebab terlampau banyak etnik dan suku kaum, kalau nak diikutkan rakyat perlis harus lebih marah lagi sebab tiada wakil seorang pun dilantik menjadi kabinet...
harap perkara sebegini cuba diellakan ini adalh permainan PKR dan awanr untuk memecahbelahkan Malaysia

Arkib Blog